Bab 11

12.4K 520 29
                                    

Aviera melangkah masuk ke dalam bangunan World Empire. Beberapa orang pekerja memerhati kehadirannya dengan wajah yang kehairanan. Kemungkinan mereka sudah tahu tentang khabar perkahwinan Isaac dan Khadeeja.

" Sorry Cik Aviera. Cik tak boleh masuk. " halang pembantu peribadi Isaac.

Langkah Aviera terhenti. Dia memandang wanita itu atas bawah. " Do i care ? Just go away !" balas Aviera. Dia menolak pembantu peribadi itu.

Tanpa menoleh, Aviera terus meluru masuk ke dalam pejabat Isaac. Isaac yang sedang sibuk meneliti fail terganggu dengan kekecohan yang berlaku.

" Sorry Encik Isaac. Saya dah halang tap..." kata pembantu peribadi itu. Aviera hanya menayang wajah tidak bersalah.

Isaac mengangkat tangannya tanda meminta pembantu peribadi itu beredar. Aviera tersenyum manis dan menghampiri Isaac. " Busy ke ?" soal Aviera.

" Aviera, what are you doing here ? Please balik Viera. I busy sangat. I tak ada masa nak bergaduh dengan you." balas Isaac serius. Wajahnya kelihatan bengang dengan tindakan Aviera.

" Kenapa I tak boleh ada dekat sini ? I kan girlfriend you." jawap Aviera tenang. Dia berdiri di hadapan meja kerja Isaac.

" Girlfriend ? You buat lawak apa ni Viera ? I dah nak kawin. We are over. Got it ?"

Aviera ketawa mendengar jawapan Isaac. " You nak kawin, then kawin jer la. Go on with that stupid marriage but nothing can stop me. You're mine !" sambung Aviera. Dia menekankan ayat terakhirnya.

Isaac mengurut kepalanya sedikit. Sakit kepala dengan kerenah Aviera.

" Then you nak rosakkan perkahwinan I ? You nak jadi perempuan simpanan I ?" tanya Isaac.

" Yes. Why not ?" pantas Aviera menjawap. Aviera menghampiri Isaac yang duduk di kerusi kerjanya. Dia mendekatkan wajah mereka. Isaac hanya diam dengan tindakan Aviera.

" As i said before, nothing can stop me as long as you love me. From your eyes, i can see clearly that you still love me." bisik Aviera lembut.

Pintu pejabat Isaac di buka oleh seseorang. Aviera dengan pantas duduk di atas riba Isaac. Isaac terkejut dengan tindakan Aviera tidak mampu menolak.

Khadeeja yang berada di muka pintu itu kelihatan sangat terkejut. Plastik beg di tangan terjatuh selamat mendarat di atas lantai. Wajahnya pucat melihat adegan dihadapannya.

Aviera tersenyum jahat ke arah Khadeeja. Puas hati melihat reaksi wanita itu.

" Khadeeja" tegur Isaac. Isaac juga masih dalam keadaan terkejut.

Khadeeja menahan air mata dari mengalir dan berlalu pergi dari pejabat itu. Isaac menolak Aviera dan mengejar langkah Khadeeja.

" Khadeeja, let me explain" jerit Isaac sambil berlari ke arah Khadeeja.

Aviera ketawa melihat adegan kejar mengejar itu. "Baru sikit dah gaduh. Tak challenging langsung. Too easy." ujar Aviera sendirian.

Aviera mencapai tas tangan di atas meja Isaac. Bunyi sesuatu terjatuh saat dia mencapai tas tangannya membuatkan dia berhenti. Dia mencapai sebuah bingkai gambar yang sudah terbaring di atas meja.
Matanya berkaca melihat bingkai gambar yang memaparkan wajah Isaac dan Aviera semasa di Melbourne.

Dia sangat rindukan kenangan mereka di sana. Semuanya indah dan bahagia. Tetapi sekarang hubungan mereka sudah berakhir. Semuanya kucar kacir.

" I wish i can turned back time."

" Aviera" panggil satu suara.

Aviera berpaling ke arah suara itu. Alvin menghampiri Aviera dan menarik kasar tangan adik perempuannya.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now