Bab 20

14.2K 622 25
                                    

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Hairan Aviera mendengar bunyi bising dari tingkat bawah kerana selalu rumah itu sunyi sepi. Dia menyusun langkah turun ke tingkat bawah.

Terlopong mulut Aviera melihat kehadiran Dato Emir dan Datin Alya di rumah itu. Daniel dan juga Leo berada di ruang tamu bersama mereka.

" Aviera." sapa Datin Alya sambil memeluk erat tubuh anaknya. Aviera membalas pelukan Datin Alya.

" Alhamdulillah anak mama okay. Mama risau dekat Viera." sambung Datin Alya.

Makin hairan Aviera dibuatnya. Mengapa papa dan mamanya berada di sini ?

" Kenapa Papa dengan Mama datang sini ? Nak bawak Viera balik ke ?"

Dato Emir memandang anaknya. " Kami ada perkara nak bincang dengan Aviera."

Daniel dan Leo kekal dengan wajah serius di sofa. Mereka duduk berbincang di ruang tamu bersama. Sauana sangat tegang. Hanya bunyi penghawa dingin kedengaran.

" Viera, Daniel dah ceritakan semuanya kepada papa dan mama tentang serangan tempoh hari. Papa rasa ini bukan perkara main-main. Nyawa Viera dalam bahaya." kata Dato Emir memecahkan kesunyian. Tiada senyuman pada wajah tua itu.

Berkerut dahi Aviera. " Kenapa nyawa Viera dalam bahaya ?"

Aviera memandang Daniel tetapi hanya wajah beku ditayangkan.

Leo mengeluarkan beberapa keping gambar dari sampul surat berwarna putih. Gambar itu diletakkan di atas meja di tengah ruang tamu itu.

Aviera mencapai setiap keping gambar itu. Terkejut Aviera melihat gambarnya bersama Daniel di ambil orang seseorang. Gambar mereka semasa di pantai dan juga majlis di hotel.

" Siapa punya kerja ni ?" soal Aviera.

" We are still investigating . Tapi sekarang Miss Aviera adalah target utama mereka. Mereka akan gunakan Miss Aviera sebagai kelemahan Mr. Lewis" terang Leo.

Aviera mencampakkan gambar itu semula. Dia bangun dari duduknya. " Kita cari siapa yang hantar and then explain yang saya ni tak penting untuk Mr. Lewis. Saya tak ada kena mengena dengan Mr. Lewis. Hanya urusan business." cadang Aviera. Dia takut ketika ini kerana buat kesekian kali nyawanya dalam bahaya.

Daniel hanya berpeluk tubuh dengan wajah serius.

" Kalau boleh selesai dengan cara macam tu, Papa tak akan datang dari jauh. Sesiapa yang tengok gambar itu pun akan agak yang Viera ada hubungan dengan Daniel." Dato Emir bersuara pula. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu berbicara panjang.

Aviera mengerling gambar itu semula. Memang kelihatan akrab dan sangat mesra seperti pasangan kekasih.

Aviera mengeluh berat. Dia serabut dengan keadaan sekarang. Dia seperti sudah terjerat dengan permainan yang tidak pernah diketahuinya.
" Then, papa nak suruh Viera buat apa ?"

Dato Emir memandang lama wajah Aviera. Seram Aviera melihat tatapan bapanya itu.

" Papa nak Viera kawin dengan Daniel."

Aviera ketawa berdekah apabila Dato Emir usai berbicara. Daniel hanya beku tanpa sebarang reaksi. Langsung tidak membantah.

" Papa, are you out of your mind ?" soal Aviera.

" Ini untuk keselamatan Aviera. Hanya Daniel yang mampu jaga dan lindungi Aviera." jawap Dato Emir.

Aviera sudah tidak mampu bertenang. " Wow, impressive ! Haritu papa kata Isaac tak boleh jaga Viera and now Papa kata Daniel boleh jaga Aviera pulak ?"

Dato Emir bangun. " Dengar cakap Papa. Hanya Daniel yang boleh jaga Viera. Lupakan Isaac." tinggi suara Dato Emir.

Datin Alya memegang tangan Aviera dan cuba memujuk." Viera, dengar cakap Papa. Ini untuk keselamatan Viera."

Until Forever, My Star Donde viven las historias. Descúbrelo ahora