Bab 1

25.4K 721 6
                                    

Aviera Ratasya memperkemaskan gaun paras lutut di badanya dan menekan butang lift dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Sungguh terserlah kebahagian di wajah Aviera apabila dia menapak masuk ke dalam lift di dalam bangunan World Empire itu.

Sempat Aviera mengukirkan senyuman kepada pembantu peribadi yang berada di luar bilik yang ditujunya itu. Pembantu peribadi itu kelihatan sedikit terkejut namun masih menunduk hormat kepada Aviera. Aviera terus berlalu pantas menerjah bilik yang tertera nama kekasihnya.

Isaac Ethan Dato Ismail
Chief Executive Officer

Pintu dibuka perlahan agar tidak menganggu privasi pemilik bilik itu. Aviera berhenti di hadapan pintu apabila melihat kekasihnya Isaac yang sedang memberi sepenuh perhatian kepada skrin komputer. Sungguh kacak penampilan Isaac yang kemas berbaju kemeja putih. Jelas rahangnya berbentuk dan rambut yang sedikit perang.

Terbit senyuman di bibir Aviera apabila melihat wajah kekasihnya. Sungguh dia rindukan lelaki itu.

"Busy betul boyfriend I ni. You tak nak tengok girlfriend you dah ke?" suara Aviera akhirnya dapat mengalihkan perhatian Isaac daripada skrin komputer. Isaac tergamam sebentar apabila melihat susuk tubuh wanita yang sangat dia kenali berada di muka pintu pejabat.

"Viera !" panggil Isaac.

"What are you doing here ? Bila you balik Malaysia ? Kenapa tak inform I ?" tanya Isaac dengan riak wajah yang masih tidak percaya. Isaac teruja melihat kekasihnya yang muncul tiba tiba di pejabatnya. Lantas Isaac bangun dan berlari ke arah Aviera.

Aviera juga turut melangkah mendapatkan kekasihnya. Pelukan erat diberikan oleh Isaac. Aviera juga turut menyambut pelukan itu tanpa segan silu.

Isaac tersenyum gembira apabila tubuh Aviera berada dalam dakapannya. Sungguh dia merindui Aviera kerana sudah setahun gadis itu tidak pulang ke Malaysia. Tangan kekar milik Isaac mengusap perlahan rambut panjang berwarna blonde milik Aviera. Haruman wangian vanilla yang dirinduinya itu menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"I miss you so much dear" ucap Isaac dengan penuh rasa cinta.

"I miss you more" balas Aviera. Dia tersenyum senang. Saat ini dia benar-benar bahagia berada di sisi Isaac setelah lama tidak pulang ke Malaysia.

Isaac meleraikan pelukan itu. "Kenapa balik tak inform I ? Boleh I jemput you dekat airport. You baru sampai ke dear ?" tanya Isaac. Dia masih tertanya mengapa langsung Aviera tidak memberitahu tentang kepulangannya ke Malaysia.

Aviera hanya tertawa kecil. " I sampai pagi tadi. I tak inform sesiapapun sebab I nak suprisekan you ! I excited sangat nak balik Malaysia and jumpa you tau" katanya dengan nada teruja. Sengaja dia ingin memberi kejutan kepada Isaac.

Mereka ketawa bahagia kerana akhirnya penantian Isaac berakhir apabila Aviera telah menamatkan pelajaran di Melbourne. Aviera dan Isaac menuntut di universiti yang sama di Melbourne. Namun, Isaac telah menamatkan pelajarannya lebih awal setahun daripada Aviera kerana jarak usia mereka.

Mereka saling mengenali dan jatuh cinta semasa di universiti. Perkenalan yang ringkas seorang senior dan junior membawa kepada persahabatan yang akhirnya menjadikan mereka pasangan kekasih yang saling mencintai.

Isaac memandang sepasang mata milik Aviera. Raut wajah cantik milik Aviera benar-benar membuatkan dia jatuh cinta. Dia mengusap lembut rambut panjang milik Aviera. " You look so different dear." ujar Isaac.

Aviera mencebik. " Why ? You tak suka rambut I ke ?"soal Aviera. Pada Aviera, tiada apa yang berubah kecuali rambutnya. Sengaja dia menukar warna rambut kerana inginkan sesuatu yang baru.

Until Forever, My Star Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα