Bab 48

15.1K 596 50
                                    

" Viera."

Aviera berpaling ke arah Khadeeja yang muncul di dapur itu. Dia duduk di dapur sendirian kerana tidak mahu berjumpa sesiapa. Lebih baik dia duduk bersendirian dan menenangkan perasaan. Majlis kesyukuran masih belum berakhir dan tetamu juga masih ramai jadi dia tidak boleh naik ke bilik lagi.

Perlahan-lahan Khadeeja mendekati Aviera. " Viera, maafkan akak. Akak minta maaf sebab rampas Isaac dari Viera. Betul kata Viera, akak bergembira di atas air mata orang lain." perlahan suara Khadeeja berkata.

Aviera memandang Khadeeja. Dari raut wajah wanita itu, dia dapat melihat sebuah kekecewaan. "Akak, jangan la cakap macam tu. Memang dah tertulis jodoh akak dengan Isaac. Bukan dengan Viera. Waktu tu, Viera tak mampu terima takdir. Viera tak bermaksud nak cakap macam tu. Akak jangan la macam ni."

Khadeeja meraih tangan Aviera. " Viera masih sayangkan Isaac ? Tolong jujur dengan akak. Akak nak dengar jawapan dari Viera sendiri. Akak terima semua jawapan Viera."

Tergamam Aviera dengan soalan itu. Dia sudah lama melupakan Isaac dan hatinya kini milik Daniel.

"Kalau Viera setuju, akak izinkan Viera kahwin dengan Isaac. Akak sanggup bermadu dengan Viera. Akak tak kisah kalau Isaac akan lebihkan Viera. Akak terima seikhlas hati." sambung Khadeeja. Belum sempat Aviera menjawap soalan itu.

Terbeliak mata Aviera. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dia sedang dengar itu. Khadeeja mengizinkan dia untuk bersama Isaac ?

Khadeeja tunduk. Menahan air mata dari mengalir. Berat mulutnya untuk meneruskan ayat. "Kalau Viera tak sanggup bermadu, akak akan minta Isaac lepaskan akak. Tapi memang itu yang dia akan buat pun, itulah perjanjian dalam perkahwinan kami. Cepat atau lambat, dia akan lepaskan akak juga bila tiba masanya."

" What ? Apa maksud akak ?" soal Aviera. Buntu dia dibuatnya.

" Viera, Isaac tak pernah cintakan akak. Sepanjang perkahwin kami, hanya Viera yang ada dalam hati dia. Kami berdua setuju untuk berpisah secara baik jika rawatan Isaac berjaya." ujar Khadeeja dengan nada yang sedikit bergetar.

Tidak sedap hati Aviera dibuatnya. Seperti ada penting yang Isaac sembunyikan darinya. "Rawatan ? Rawatan apa ? Isaac sakit ?"

Khadeeja menarik nafas. Mungkin sudah tiba masanya untuk Aviera tahu perkara sebenar. Terlalu lama Isaac menyembunyikan perkara itu.

"Barah hati stage tiga." jawap Khadeeja tenang.

Aviera geleng kepalanya. Tidak mungkin Isaac sakit. Tidak mungkin. " Akak jangan main-main. Viera tak suka akak cakap benda mengarut macam ni."

"Akak tak main-main, Viera. Isaac tinggalkan Viera sebab dia tak tahu kemungkinan dia sembuh atau tak. Dia tak nak Viera tunggu dia balik dari US tapi hanya jasad dia yang balik pada Viera. Dia tak nak beri harapan palsu pada Viera. Dia tak nak tengok Viera menangis."

"Dia pernah cakap pada akak yang lebih baik Viera membenci dia dari meratapi pemergian dia. Dia berjuang melawan penyakit dia untuk kembali pada Viera. Di US, Isaac jalani pembedahan untuk buang sel-sel barah. Sepanjang rawatan, Viera penguat dia."

Kolam mata Aviera sudah berair. Jadi selama ini, Isaac berjuang untuk hidup sendirian. Dia tidak ada di sisi Isaac saat Isaac memerlukannya.

"Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta. Akak adalah doktor yang merawat Isaac. Perkahwinan ini adalah permintaan ayah akak untuk elakkan fitnah dan perkara yang tidak diingini kerana akak perlu sentiasa ada dengan Isaac. Akak terima perkahwinan ini sebab akak nak dia sembuh. Akak nak dia bahagia walaupun akak tahu akak cuma isteri sementara untuk dia."

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now