Bab 37

12.4K 539 66
                                    

Aviera masuk ke dapur untuk pertama kalinya. Sengaja dia menyuruh semua pembantu rumah untuk pulang ke kediaman pekerja kerana dia ingin memasak buat Daniel.

Namun, dia termenung seketika di dalam bilik bahan masakan kerana tidak punya idea untuk memasak. Berkerut dahinya memikirkan menu yang sesuai.

" Masak apa eh ?" soal Aviera sendirian. Barang yang berada di atas rak itu di ambil dan diperhatikan satu persatu.

" Spaghetti jer la senang !" ujar Aviera. Hanya itu sahaja yang paling mudah untuk dia yang tidak pernah masuk ke dapur.

Aviera menonton youtube pada Ipadnya sambil mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan di dalam video youtube itu.

" Sayang , where are you ?" suara Daniel yang tercari-cari itu samar kedengaran pada telinga Aviera kerana dia tekun memasak.

Daniel melangkah ke arah dapur. Tergerak hatinya untuk mencari gadis itu di dapur walaupun dia tahu tidak mungkin Aviera berada di situ.

Telahannya kali ini salah apabila dia melihat gadis tinggi lampai dengan rambut yang di sanggulkan sedang memasak di dapur. Gerak geri Aviera yang kekok tetapi kelihatan bersungguh itu di perhati.

Daniel menghampiri Aviera. Pinggang isterinya dipegang. " Sayang masak apa ?" soal Daniel. Rambut isterinya di cium sekilas. Harum seperti selalu.

Tersentah Aviera apabila pinggangnya di pegang oleh seseorang dari belakang. Ternganggu fokusnya kepada masakan itu.

" Saya tengah masak untuk awak." jawap Aviera.

" Mana maid ? Kenapa tak tolong awak ?" Daniel mengerling keadaan dapur yang kosong dan sunyi tanpa sesiapa itu.

Aviera berpusing menghadap suaminya. Mata mereka bertaut. " Saya suruh balik sebab saya nak masak sendiri untuk suami saya."

Tersenyum Daniel mendengar jawapan Aviera. "Really ? I'm so lucky."

Aviera pula ketawa melihat reaksi Daniel. " Awak jangan happy sangat, belum tentu lagi sedap."

" Awak masak apa pun saya makan. Sedap atau tak tu tak penting. Yang penting, special untuk saya."

" Okay fine, will see. Awak nak pergi mana bersiap handsome ni ?" soal Aviera setelah menilik tubuh badan suaminya yang segak bersuit seperti ada urusan penting.

" I have meeting. But, lunch hour saya balik."

Aviera angguk. Sudah pasti suaminya banyak urusan yang tertangguh kerana berada di Malaysia.

" Take care sayang. Don't cut yourself. Call me if anything happens. I love you,wife." Daniel mencium dahi isterinya.

" I love you too, husband." balas Aviera. Dia tersenyum indah.

Daniel berlalu pergi meninggalkan Aviera sendirian. Tanpa berlegah, dia meneruskan kerjanya yang terhenti tadi.

Setelah hampir dua jam berperang di dapur untuk memasak buat pertama kali, masakan Aviera selesai di hidangkan. Dia tersenyum manis melihat masakannya.

" Finally done !" teruja Aviera melihat masakannya sendiri.

" Setakat spaghetti, budak lima tahun boleh masak." Hailey yang baru sahaja selesai sesi yoganya. Sejak awal pagi lagi Aviera sudah melihat dia melakukan yoga di halaman rumah.

Aviera berpeluk tubuh. " Ada aku tanya pendapat kau ? Yang nak makan tu, laki aku. Bukan kau." balas Aviera. Kening di angkat seperti mengejek.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now