Bab 22

12.8K 617 23
                                    

Aviera melangkah  ke arah pintu utama kediaman bersama senyuman manis. Dato Emir dan Datin Alya sudah siap untuk berangkat pulang. Alvin dan Leo pula sibuk memasukkan beg ke dalam kereta.

" Papa Mama" sapa Aviera.

Datin Alya tersenyum manis apabila Aviera muncul. Hati terasa lega apabila Aviera telah berkawin kerana dia tahu gadis itu banyak berubah semenjak berpisah dengan Isaac.

" Nak balik dah ke ? Jangan la balik lagi. Duduk la sini lama sikit." ujar Viera.

" Tak boleh Viera. Banyak urusan dekat syarikat yang kami kena uruskan. Viera duduk sini elok elok dengan Daniel. Jaga makan minum suami."sambung Datin Alya. Tangan anaknya itu digenggam erat.

" Nak jaga makan minum apa ? Viera bukan pandai masak. Silap haribulan, Daniel yang masak untuk dia." sampuk Alvin dari belakang.

Aviera memandang tajam ke arah Alvin yang sedang bersandar pada pintu kereta. " Shut up !"

Mereka yang berada disitu ketawa melihat wajah Aviera yang masam mencuka.

" Kamu ni kan Alvin, asyik menyakat Viera jer. Tak baik cakap macam tu. Nanti Viera belajar la masak slow slow okay ?" lembut Datin Alya bersuara.

" Kalau Viera dengan Daniel nak balik Malaysia, inform kami." sambung Dato Emir.

Aviera mengangguk faham. Semestinya dia akan mengajak Daniel pulang ke Malaysia.

Alvin mengampiri Aviera dan memeluk bahu adiknya. " Viera, kau jangan lupa bagi aku anak saudara cepat cepat tau. Aku tak sabar nak jadi uncle ni. Aku dah ready nak main bola dengan anak kau." bisik Alvin ke telinga Aviera.

Dengan pantas, Aviera mencubit pinggang Alvin. "Nonsense la Alvin ! Kau ni kan !" marah Aviera.

Alvin ketawa menahan sakit dan geli apabila Aviera mencubit pinggangnya.

" Alvin , dah jangan menyakat adik kamu ni. Malu dia nanti. Merah dah muka dia." sampuk Datin Alya.

Aviera memegang pipinya yang terasa bahang. Malu.

Dato Emir tersenyum segaris. Daniel menapak ke arah keluarga itu.

" Sorry. Tadi Daniel ada hal sikit." ucap Daniel.

" Tak apa Daniel. Kami faham." balas Dato Emir.

Leo muncul di hadapan mereka semua. " Kalau dah sedia, kita boleh pergi ke airport sekarang."

Mereka semua mengangguk. " Ok jom balik Malaysia. Rindu nasi lemak dah ni." balas Alvin.

Aviera memeluk Datin Alya dan juga Alvin seeratnya. " Take care Viera." pesan Datin Alya.

Daniel bersalaman dengan Dato Emir. Dato Emir menatap lama wajah menantu lelakinya itu. "Papa amanahkan Viera untuk Daniel. Jaga dia dengan baik. Lindungi dia dan sayangkan dia selayaknya seorang isteri. Papa percaya hanya Daniel boleh jaga Viera. Jika suatu hari nanti kamu berdua tak boleh teruskan perkahwinan ni, pulangkan Viera kepada kami dengan cara terhormat."

Hampir menitis air mata Aviera mendengar pesan yang dititipkan oleh Dato Emir. Dia sudah lama tidak melihat Dato Emir begitu. Jauh berbeza dengan sikapnya yang dingin.

" InsyaAllah Papa. Daniel jaga Viera dengan seluruh nyawa yang ada." balas Daniel.

Dato Emir tersenyum mendengar jawapan Daniel. Aviera bersalaman dengan Dato Emir.

" Jangan melawan suami. Dengar cakap Daniel." pesan Dato Emir. Dato Emir sangat kenal dengan sikap Aviera yang keras kepala dan suka melawan. Aviera sekadar mengangguk. Banyak betul pesanan dia dapat hari ini.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now