Bab 23

13.3K 569 38
                                    

Sudah seminggu dia menjadi isteri kepada Daniel dan rutinnya di rumah itu hanya makan, tidur dan berehat. Langsung Daniel tidak mengizinkannya berbuat apa-apa. Bosan.

Aviera menhampiri bilik tidur Daniel. Pintu diketuk perlahan agar tidak menganggu lelaki itu. Aviera menunggu lama di hadapan pintu bilik itu kerana langsung tiada sahutan dari Daniel.

" Lamanya... mana dia ni ?"

Telinga didekatkan pada pintu untuk mendengar bunyi dari dalam bilik. Pintu dibuka dari dalam. Hampir terjatuh Aviera di hadapan pintu itu tetapi sempat di sambut oleh Daniel.

Berkerut dahi Daniel melihat gadis itu hampir terjatuh. Aviera tersengih melihat wajah segak milik Daniel. Bersih dan manis sahaja wajah suaminya itu. Handsome betul.

Daniel melepaskan pegangan pada tubuh Aviera. Aviera berdiri tegak semula.

" Saya nak bincang dengan awak something. Boleh saya masuk ?"

" Come in." arah Daniel. Aviera menapak ke dalam bilik Daniel. Matanya meneliti setiap sudut bilik milik suaminya itu. Kemas dan teratur.

Aviera mengikuti langkah Daniel ke balkoni bilik. Udara malam itu menyentuh tubuh Aviera yang hanya mengenakan dress tidur separas lutut.

" No need to ask for permission to come in. I'm your husband, so don't be too formal with me. Got it wife ?" Daniel bersuara dengan tenang. Terselit sedikit senyuman nakal di bibir lelaki itu.

Aviera mengangguk. " Okay husband"

Mereka berdiri bersebelahan menghadap pemandangan dari balkoni itu. Jarak mereka didekatkan oleh Aviera. Daniel memandang Aviera kerana hairan dengan tindakan isterinya itu.

" Awak dah lama kenal Papa ?" soal Aviera.

" Why ?" Daniel menyoal kembali.

" Sebab Papa ada cerita yang dia kenal dengan your dad, Edward Lewis. Awak pernah jumpa Papa before this ?" soal Aviera lagi.

" Saya kenal Papa 1 years ago. First time jumpa for business purpose. At that time, Papa ada cakap yang dia kenal my dad." jawap Daniel.

Aviera berfikir. " Tapi kenapa Papa kata dah tiba masanya awak jumpa saya ?"

Daniel memandang Aviera. Aviera mengangkat kening inginkan penjelasan. Daniel senyum.

" I'm not sure. Maybe Papa nak kenalkan kita." balas Daniel.

Aviera mengeluh dan menahan marah di dalam hati. Dato Emir dan Daniel seolah olah sembunyikan sesuatu. Penat berhari-hari dia memikirkan perkara itu.

" Saya rasa awak rahsiakan banyak perkara dari saya."

" After all, everyone has secret." sambung Daniel dengan nada tenang.

Dasar perahsia !

Aviera hanya mencebik. Dia yakin lelaki itu ada rahsia besar darinya dan Papa tahu tentang perkara itu. Dia yakin suatu hari nanti pasti dia akan dapat jawapan.

" Saya sebenarnya ada benda nak cakap dengan awak"

Daniel menanti Aviera menghabiskan ayatnya. Aviera kelihatan sangat gelisah.

" Tell me. What's it ?" sambung Daniel.

Aviera memegang lengan Daniel lembut. " Saya nak ajak awak balik Malaysia. Kita balik Malaysia sama-sama nak ?"

Daniel tersenyum. Rupanya gadis itu ada keinginan sehingga sanggup datang berbicara dengannya seperti ini.

" Kenapa ? Ada perkara penting ?" soal Daniel.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now