Bab 16

12.7K 620 69
                                    

Aviera terjaga dari lena apabila waktu sudah menunjukkan jam sepuluh pagi. Sungguh lena Aviera tidur kerana kepenatan walaupun selalunya dia agak sukar untuk tidur di tempat baru. Aviera mencapai tuala yang tersedia dan membersihkan diri.

Aviera mengenakan jeans and blouse berwarna putih. Rambut blonde miliknya itu diikat kemas.
Selesai bersiap, dia turun ke tingkat bawah.

Suasana rumah itu sangat sunyi. Apabila dia menuruni tangga, rumah itu kosong.

" Mana semua orang ni ? Aku bangun lewat sangat ke ?" ujar Aviera. Mata masih melilau mencari kelibat manusia di dalam rumah itu.

" Morning , la mia stella" bisik satu suara pada telinga Aviera. Aviera terus berpaling ke belakang kerana suara itu kedengaran datang dari belakang badannya.

Daniel membungkukkan badannya untuk menyamakan ketinggian mereka.

Aviera terdiam kaku apabila hidung mereka bersentuhan. Matanya tidak berkelip menatap wajah lelaki itu. Wajah Daniel begitu dekat dengannya sehingga Aviera dapat merasakan hembusan nafas hangat lelaki itu. Haruman minyak wangi pada tubuh Daniel dapat dihidu oleh Aviera.

Aviera memandang tepat ke dalam mata milik Daniel. Mata yang dingin sedingin lautan antartika. Mata yang seakan penuh rahsia tetapi membuatkan Aviera terpesona. Jantung Aviera berdetak laju.

Daniel leka melihat kecantikkan milik Aviera. Akhirnya wanita itu berada dekat dengannya. Wanita yang tidak mampu di gapai selama ini kini berada di hadapannya.

Mata Aviera jatuh pada bibir milik Daniel.

Daniel tersenyum melihat Aviera yang memerhati lama bibirnya. " Wanna steal a kiss ?"

Aviera tersedar lantas wajahnya terus dipalingkan ke arah lain. Daniel juga kembali berdiri tegak. Masih tidak lekang senyuman nakal di bibir Daniel.

" Ehem..." Leo yang baru muncul berdehem.

" Hi Leo !" sapa Aviera dengan senyuman. Berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Kekal tenang walaupun jantungnya hampir terkena cardiac arrest kerana Daniel.

Daniel tidak bereaksi. Wajah beku dan dingin ditayangkan serta merta.

" Good morning Miss Viera" balas Leo dengan senyuman manis.

Daniel memandang tajam ke arah Leo. Mati senyuman Leo.

" Mr. Lewis, you have meeting with Henry at 12. Saya dah sediakan kereta. " sambung Leo dengan wajah serius.

Aviera hanya memerhati perbualan mereka. Daniel memandang Aviera yang tidak berganjak dari situ.

" Let's go. Bring this girl too" arah Daniel lalu berjalan ke arah pintu keluar. Leo tunduk hormat.

Aviera terpinga. " Ha ?"

" Miss, let's go. Kita kena bertolak sekarang." jawap Leo.

" Kenapa I kena ikut ? Tak nak lah." balas Aviera. Dia menolak kerana pakaian sangat tidak sesuai untuk meeting dan kelihatan tidak professional.

" It's an order. Not choice." pintas Daniel dari muka pintu.

Aviera yang cuak mendengar suara Daniel terus mengikut langkah Leo. Seram betul mamat beku tu.

Aviera masuk ke dalam kereta. Daniel duduk di sebelahnya manakala Leo duduk di hadapan bersama pemandu.

Berapa banyak pekerja dalam rumah itu pun Aviera tak tahu.

" Leo, biarlah saya duduk dekat depan. Awak duduk lah dekat belakang dengan Mr. Lewis." bisik Aviera ke telinga Leo yang berada di kerusi hadapan.

Leo menahan tawa. Daniel yang melihat Aviera sudah melekat pada kerusi hadapan terus menarik Aviera untuk bersandar kembali. Seatbelt di pasangkan oleh Daniel. Terdiam Aviera dengan perbuatan lelaki itu.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now