Bab 58

29K 966 232
                                    

4 tahun kemudian.....

" Mommy !"

Aviera mengalihkan pandangan ke arah Ivy yang sedang berlari ke arahnya. " Ivy, jangan lari. Nanti jatuh." pesan Aviera. Dia hanya bersantai di luar rumah untuk mengambil angin malam.

Ivy pantas memeluk pinggang Aviera erat. Tangan kecil itu melilit kemas di pinggang ramping Aviera. Hidungnya pula dilekatkan di tubuh Aviera. "Mommy, Ivy suka la bau Mommy." puji Ivy.

Aviera ketawa dengan telatah Ivy. " Ya allah Ivy, ikut perangai siapa kamu ni." Aviera geleng kepala.

" Daddy pun suka bau Mommy juga" sampuk Daniel. yang baru muncul. Pinggang Aviera dipeluk erat oleh tangan kekar Daniel. Dia mencium leher dan pipi Aviera. Bau yang sentiasa dia rindukan.

Aviera menghela nafas berat. Naik lemas dia dengan dua anak beranak itu. Setiap malam dia akan jadi mangsa pelukan Daniel dan Ivy. Dia pula yang terpaksa tidur di antara mereka. Masing-masing berebut untuk memeluknya.

Aviera mencubit perut Daniel. " Abang jangan gatal sangat. Malu sikit depan anak."

Daniel hanya ketawa tanpa rasa bersalah. " Biarlah. Viera kan isteri abang. Sayang abang punya."balas Daniel bersahaja.

Ivy melepaskan pelukannya pada Aviera. Dia memandang tajam ke arah Daniel. " Apa Daddy ni ! Mommy Ivy punya la !" marah Ivy. Bukan main panjang muncung mulutnya.

" Sebelum jadi hak Ivy, Mommy tu Daddy punya. Daddy yang jumpa Mommy dulu." balas Daniel.

"Mommy is mine !" Ivy juga masih tidak mahu kalah. Sebelah kaki sudah menghentak lantai. Marah betul....

" Sudah. Jangan bergaduh dekat sini. Apa ni birthday girl gaduh dengan Daddy dia." sampuk Aviera. Jika tidak di halang, mahu sampai ke pagi mereka bertekak. Ivy pun bukan boleh kalah dengan Daniel. Ada sahaja cara nak membalas balik.

Daniel ketawa. Seronok dapat mengusik Ivy. Ivy terlalu manja dengan Aviera sehingga dia pula yang terabai. Nasib anak.....

Mereka akan meraikan ulang tahun Ivy pada esok petang. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir. Datin Alya yang bersungguh-sungguh merancang semuanya, mereka hanya ikutkan sahaja.

Daniel pantas mengambil Ivy dan tubuh kecil itu didukung. " Berat betul anak daddy sekarang ni." Tak sangka anaknya sudah besar panjang sekarang. Ivy membesar menjadi gadis kecil yang sangat comel dan banyak celoteh.

" Daddy, mana hadiah birthday Ivy ?" Terkelip-kelip mata Ivy memandang Daniel. Sengaja membuat wajah comel.

" Alamak Daddy lupa." balas Daniel. Ivy sudah mencebik tunggu masa sahaja ingin menangis.

" Abang ni kan, busy sampai terlupa hadiah Ivy. Kesian dia." marah Aviera.

" Sorry, little angel. Daddy terlupa. Okay Ivy minta jer apa-apa, Daddy belikan." Daniel cuba memujuk. Risau anaknya itu menangis pula.

Ivy meletakkan jarinya di dagu seperti memikirkan hadiah yang dia inginkan. Matanya pula memandang ke atas seperti mencari ilham.

Ketawa Aviera melihat Ivy yang berfikir lama itu. "Lamanya Ivy fikir. Last-last minta toys juga."Aviera bersuara.

" Ha !" jerit Ivy kegembiraan setelah mendapat idea.

" Apa dia ? Ivy nak toys apa ?" soal Daniel.

" Ivy nak adik. Boleh tak Daddy ?"

Terbeliak mata Aviera mendengar hadiah yang Ivy inginkan. Daniel pula sudah tersenyum gatal. Bukan main gembira wajah Daniel dengan permintaan anak perempuannya itu.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now