Bab 42

13.3K 541 40
                                    

Leo yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik pejabat itu kaku mendengar kata-kata Hailey.

" You bukan Ian." ulang Hailey sekali lagi.

Daniel mendekati Hailey apabila gadis itu sudah semakin jauh daripadanya. " Hailey..."

" You're not Ian right ? Who are you ?" soal Hailey dengan matanya yang sudah berkaca. Dia yakin lelaki dihadapannya bukan Ian.

Daniel memandang mata Hailey. Rasa bersalah kerana menipu gadis itu selama ini. Penipuan apa yang harus dicipta lagi untuk menyembunyikan kematian Ian ? Dia buntu.

Hailey semakin marah apabila Daniel hanya diam membisu. Dia memegang kolar leher Daniel. " Tell me ! Where's my Ian Lewis ?!" jerit Hailey. Tajam matanya memandang ke arah Daniel tanpa gentar.

Leo meluru ke arah Hailey dan tangan Hailey di capai agar tidak menyentuh Daniel. Hailey akur apabila tangan Leo lebih kuat menarik tangannya.
Leo tahu Daniel tidak akan menyentuh atau menyakiti wanita.

" Who are you ?!"

Daniel tarik nafas dalam. Mungkin sudah tiba masanya untuk Hailey tahu perkara sebenar. Maafkan aku Zafran....

" I'm Irvan Lewis. I'm not Ian Lewis. I'm not your fiancé right from the beginning. I'm Aviera Ratasya's husband."

Lemah lutut Hailey mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Daniel. Sungguh dia tidak menyangka lelaki di hadapannya bukan Ian. Dia jatuh melorot di atas lantai.

" Kenapa tipu I ? Apa salah I ? Mana Ian ?" bertubi-tubi Hailey menyoal.

Leo memandang wajah Daniel yang kelihatan sangat serabut. Pasti rasa bersalah kerana rahsia mereka telah bocor.

Leo menapak ke arah Hailey yang sudah terduduk itu. Mungkin Hailey terlalu terkejut dengan pengakuan Daniel. Hailey bangun kembali dengan bantuan Leo. "Mana Ian ? I'm talking to you, Irvan !"

"Leo, bawa Hailey jumpa Ian." arah Daniel. Tiada guna dia menerangkan perkara itu. Lebih baik Hailey melihat sendiri. Leo angguk setelah mendengar arahan majikannya itu. Mungkin sudah tiba masanya untuk Hailey menerima kenyataan.

Leo dan Daniel hanya memerhati Hailey dari jauh untuk memberi ruang kepadanya bersendirian. Daniel membuka kaca mata hitamnya dan diselitkan pada bajunya. " They were not just a lover, they were soulmate and best friend. So how do you live with only half a soul left. It's not easy." ujar Daniel.

Leo angguk perlahan. Dia tahu bukan mudah untuk Hailey menerima kenyataan itu. Kehilangan orang yang paling disayangi bukan mudah. " Tapi lebih baik menanggung perit sebuah kenyataan dari terbuai dalam sebuah penipuan." balas Leo.

Hailey berdiri di hadapan makam yang bertanda salib itu. Dia merenung lama nama yang jelas tertera di batu berwarna hitam itu.

In loving memory of
Ian Lewis

Dia terduduk di hadapan makam itu. Air mata mengalir laju. Tangannya menyentuh nama yang tertera pada baru hitam itu. " Ian...." dia memanggil nama tunangnya dalam tangisan. Rasa sesak di dada apabila tidak mampu memeluk dan mencium jasad tunangnya buat kali terakhir.

Dia tidak menyangka Ian pergi meninggalkannya begini. Tidak pernah dia sangka lelaki yang dicintainya sudah tiada. Selama ini dia mengejar cinta lelaki yang salah.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now