Bab 38

12K 550 74
                                    

Sudah seminggu sejak kejadian itu dan mereka masih tidak bercakap seperti biasa. Daniel pula sentiasa mengelak untuk berjumpa dengan Aviera. Malah, Daniel semakin sibuk dengan urusan kerja. Jarang melihat lelaki itu di rumah seperti sebelum ini.

Aviera mengerling jam di dinding. Sudah pukul 2 pagi tapi perutnya sudah berkeroncong seperti tiada hari esok. Terpaksa juga dia turun ke tingkat bawah untuk mencari makanan. Sudah seminggu ini juga perutnya sering meminta untuk di isi pada tengah malam.

" Aduh gelapnya. Kalau jumpa pontianak macam mana ? Tapi dekat Italy ada pontianak ke ?" bebel Aviera sendiri. Keadaan rumah yang sunyi dengan cahaya samar-samar itu memudahkan dia untuk ke dapur. Tidak perlu terserempak dengan sesiapa.

Dia menuju ke peti ais. Lama dia memerhati pelbagai makanan yang ada di dalam peti itu. Sepotong kek coklat di ambil dan di letakkan di kitchen island. Dia menikmati kek itu dengan penuh berselera.

Bunyi tapak kaki menghentikan suapannya. Matanya beralih ke arah pintu masuk dapur. Terbeliak matanya melihat Daniel yang hanya memakai seluar tanpa baju di muka dapur itu.

Daniel juga terkejut melihat isterinya di dapur pada waktu lewat begini. Sedangkan dia tahu Aviera tidak suka makan pada waktu lewat malam kerana menjaga badannya.

" Kau buat apa ?" soal Daniel. Aviera terdiam mendengar panggilan itu. Kasar dan tidak lagi selembut dulu. Namun, dia rindukan suara maskulin itu. Sudah lama dia tidak dengar.

" Makan la. Takkan tidur dekat dapur pulak." balas Aviera. Dia kembali meneruskan suapannya tanpa pedulikan kehadiran suaminya itu.

Daniel meneguk air mineral sambil memerhatikan tingkah laku Aviera. Pelik.

" Bukan kau tak suka makan lewat ?"

" Dah perut saya ni asyik berbunyi jer. Terpaksa la turun makan jugak. Kenapa ? Saya tak boleh makan dekat rumah awak dah ke ?" balas Aviera selamba.

" Hm ikut kau lah." sambung Daniel. Dia melangkah meninggalkan dapur.

" Saya nak cakap sesuatu dengan awak."

Langkah Daniel terhenti. Dia berpaling semula ke arah Aviera. Wajah yang dingin dan serius itu ditayangkan. Nasib handsome.

" Saya balik Malaysia dah esok." ujar Aviera. Rasa sebak mula menghurung hatinya.

" Aku tahu. Aku akan hantar kau balik Malaysia esok." balas Daniel.

" Tak ada peluang untuk saya baiki hubungan kita ?" soal Aviera. Matanya sudah berkaca. Dia yakin Daniel menghantar dia pulang ke Malaysia kerana masih marah tentang rahsia itu.

Daniel diam tidak membalas.

" Awak tak nak dengar penjelasan saya ?" soal Aviera lagi.

" Perlu ke ? Akan ubah apa apa ?" soal Daniel kembali.

Aviera menghampiri Daniel dan tangan suaminya diraih. " Yes. Akan ubah semuanya. Saya tak tipu awak, Daniel. Saya memang keguguran. Saya tahu awak tak boleh terima yang awak bukan lelaki pertama tapi percayalah, semua tu terjadi bukan atas kehendak saya."

Daniel menarik kasar tangannya. " Enough, Viera. I'm not interested ." dingin suara Daniel membalas.

" Awak minta saya untuk percaya awak. Kenapa awak tak boleh percaya saya ?"

"I don't need the whole world to trust me.I just need one person to trust me and that's you." ujar Aviera lagi.

Daniel diam. Daniel meninggalkan Aviera sendirian di dapur.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now