Bab 19

12.2K 602 16
                                    

Luggage di bawa masuk ke dalam kereta oleh Leo. Aviera memerhati pintu utama kediaman milik Daniel itu. Pandangan yang penuh harapan yang Daniel akan menghantarnya ke lapangan terbang.

Tetapi hanya hampa, Daniel tidak muncul. Hanya Leo yang setia menemani Aviera.

" Let's go, Miss" ujar Leo. Leo membuka pintu kereta buat Aviera.  Aviera masuk ke dalam kereta dengan wajah sedih.

Dia ingin melihat Daniel buat kali terakhir. Sudah pasti mereka tidak akan bertemu lagi selepas ini.

" Miss Aviera, kita bertolak ke airport sekarang ya."

" Mr. Lewis busy ke ?" soal Aviera.

" Sorry Miss. Mr. Lewis ada meeting penting." balas Leo.

" It's okay. At least awak ada dengan saya. Jom Leo." Aviera senyum segaris.

Dia melihat pemandangan pulau milik Lewis Family itu buat kali terakhir. Tidak mungkin dia dapat kembali ke sini lagi. Ini adalah pengalaman pertama dan mungkin terakhir buatnya.

Dari tingkap kereta, dia dapat melihat suasana pantai. Memori saat dia ke pantai bersama Daniel berputar kembali di dalam fikirannya.

Mengapa berat hatinya untuk pulang ? Seperti ada sesuatu yang menghalang dia pulang.

" Miss, i hope we can see each other again." suara Leo dari bahagian pemandu kedengaran. Hanya mereka berdua sahaja yang akan ke lapangan terbang.

" Me too. Nanti awak datang Malaysia tau Leo."balas Aviera dengan ukiran senyuman manis di wajah.

" Baik Miss. Kalau saya cuti, saya datang Malaysia jumpa Miss."jawap Leo.

Leo kembali fokus pada pemanduannya. Apabila keluar dari kawasan pulau milik Lewis Family, sudah mula kelihatan manusia yang menjalani kehidupan seharian mereka.

Untuk keluar masuk ke pulau milik Lewis Family, boleh mengunakan jalan darat dan udara. Helicopter adalah pengangkutan yang lebih cepat berbanding kereta. Oleh kerana cuaca tidak begitu baik, mereka harus menggunakan jalan darat walaupun sedikit jauh.

Lamunan Aviera terhenti apabila kereta yang dipandu Leo berhenti mengejut. Kelihatan dua buah kenderaan lain menghalang dari hadapan dan belakang kenderaan mereka.

Leo menekan berkali-kali alat hitam di telinganya. "Emergency. Emergency. White rose in danger. White rose in danger." keras suara Leo memberi maklumat melalui alat komunikasi itu.

Beberapa orang lelaki bersenjata keluar dari kereta hadapan mereka. Aviera ketakutan apabila melihat mereka yang lengkap bersenjata. " Leo.... kenapa ni ?" bergetar suara Aviera.

Kejadian lama seperti berulang semula. Jantungnya berdebar. Seluruh badannya sudah ketar. Dia dalam bahaya sekali lagi.

" Wait here Miss. Jangan keluar." arah Leo. Sebuah glock yang diselitkan pada pinggangnya di keluarkan. Pintu kereta di buka dan  Leo  mengacukan glock ke arah empat orang lelaki itu.

Mereka seperti sedang bertengkar  dalam bahasa yang tidak difahami Aviera. Aviera tidak mampu berbuat apa-apa. Dia buntu.

Beberapa tembakan dilepaskan oleh mereka. Leo dapat mengelak tetapi dua orang lelaki keluar dari satu lagi kenderan yang berada di belakang. Mereka cuba menghampiri Leo.

Tidak mungkin Leo mampu melawan semua lelaki itu. Aviera mencari sesuatu di dalam kereta untuk membantu Leo. Dia menjumpai sebuah kotak hitam di bawah tempat duduk pemandu.

Tangannya pantas membuka kotak hitam itu. Terkejut Aviera melihat isi kandungan kotak itu. Sebuah glock di ambil. Dia keluar dari kereta dan menghalang dua lelaki yang menghampiri Leo dari belakang.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now