Bab 27

13.1K 496 39
                                    

Lamboghini yang dipandu Daniel memecut ke arah hotel milik Zafran. Daniel menapak laju ke pejabat Zafran di tingkat 20 dengan wajah dingin. Pekerja hotel tersebut memerhati Daniel kerana tidak pernah melihatnya di hotel itu. Dia bergegas ke Hotel Z Luxurious selepas mendapat panggilan daripada Zafran.

Pintu pejabat di buka dengan pantas oleh Daniel. Terkejut Zafran dengan kehadiran sahabatnya itu.
" Laju betul kau sampai Irvan. Terkejut aku !"

Daniel duduk berhadapan dengan Zafran tanpa dijemput. " Explain please." ucap Daniel dengan nada dingin.

" Okay aku explain." Zafran mengambil nafas terlebih dahulu. Apa yang ingin disampaikan ini pasti membutkan Daniel terkejut. Malah dia pun belum habis terkejut lagi.

"Tadi hospital Princeton Italy ada call aku. Dia inform yang Hailey dah bangun."

Daniel terkejut. Wajahnya berubah pucat. "Impossible. Dia dah koma 2 tahun tau Zafran !"

" Irvan, tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Doktor memang cakap yang Hailey dah tak ada harapan untuk bangun sebab dia dah koma 2 tahun. Tapi keajaiban berlaku, dia bangun 2 hari lepas." cerita Zafran.

Daniel memejam matanya. Serabut dan terkejut dengan apa yang berlaku. " Dia ingat apa yang berlaku masa kemalangan tu ?" soal Daniel.

Zafran memandang lama wajah Daniel. " Sadly dia tak ingat langsung pasal kemalangan tu. And the worst part is dia tak ingat yang adik kau Ian dah meninggal."

Daniel menghela nafas berat. " Shit ! Aku tunggu dia bangun 2 tahun untuk tahu perkara sebenar." marah Daniel.

" Sabar Irvan. Dia satu-satunya saksi yang ada time kemalangan maut Iaan. Dia mesti tahu sesuatu. Kita kena pulihkan ingatan dia semula supaya kita boleh cari siapa pembunuh Ian." terang Zafran. Dia cuba menenangkan Daniel yang kelihatan serabut itu.

"Irvan, Ada satu perkara yang doktor pesan dekat aku" ucap Zafran. Daniel memandang wajah Zafran yang kelihatan serius itu.

"Kita tak boleh pressure Hailey untuk ingat semua kejadian semasa kemalangan tu sebab dia mesti akan trauma. Bagi Hailey, Ian Lewis belum mati."

" Then, kau nak suruh aku hidupkan Ian balik untuk dia ? Kalau boleh hidupkan Ian balik, aku dah lama buaf Zafran." ujar Daniel dingin.

" Maksud aku, kita tak boleh cerita kemalangan tu dekat Hailey. Kita tak boleh berterus terang yang Ian dah tak ada. Kau sendiri tahu macam mana Hailey sayangkan Ian, nanti akan bagi kesan dekat kesihatan dia."

" Yes I know that " balas Daniel sambil berpeluk tubuh.

" Kita kena jaga kesihatan mental dan fizikal dia. Kalau dia kemurungan or bunuh diri sebab tak boleh terima yang adik kau dah mati, dia tak boleh jadi saksi untuk kes kemalangan adik kau." terang Zafran lagi.

Daniel mengangguk. Dia cuba mencerna semua kata-kata yang keluar dari mulut Zafran.

" Jadi kita kena tipu dia ? Tipu dia yang Ian masih hidup ?"

" Itu jer jalan yang ada."

" What if dia cari Ian?" Daniel menyoal lagi.

" Muka kau kan sama dengan Ian."

Tercenggang Daniel mendengar kata-kata Zafran. "Bullshit. Do you want me to pretend to be Ian ?"

Zafran mengangguk. " Itu jer jalan yang ada. Ini sahaja cara untuk kita bongkar siapa pembunuh Ian. Kes ni dah 2 tahun Irvan. Sampai sekarang kita tak dapat cari siapa yang rancang kemalangan Ian."

Daniel diam. Benar apa yang dikatakan oleh Zafran, sudah 2 tahun dia mencari siapa pembunuh yang merancang kemalangan adiknya Ian di Italy.

"Irvan, kau sendiri tahu kan siapa target sebenar kemalangan yang dirancang tu ?" soal Zafran.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now