Bab 51

16.4K 627 25
                                    

Daniel membuka pintu kereta buat isterinya. Puas dia memujuk Aviera untuk pulang bersama. Bukan apa, dia risau jika Aviera memandu sendirian dalam keadaan mengandung. Motor Pak Brahim yang di bawa ke pejabat sudah dia minta untuk Pak Brahim ambil sendiri. Pandai-pandai lah.

Selepas pergaduhan dengan Isaac, Daniel ambil keputusan untuk menunggu Aviera di cafe berdekatan bangunan AR Group itu.

Aviera masuk ke dalam kereta dengan perasaan marah. Sempat dia menjeling Daniel sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Sebenarnya masih tidak puas hati dengan Daniel yang muncul di pejabatnya. Disebabkan Daniel datang, langsung dia tidak dapat fokus kerana serabut dengan pergaduhan itu. Terpaksa balik pulang lebih awal ke rumah.

Bukan dia tidak tahu, Daniel menjadi buah mulut para pekerja di situ kerana masih ramai yang tidak tahu siapa suami Aviera. Habis berbakul-bakul andaian muncul dari mulut pekerjanya. Sehingga ada gosip liar yang mengatakan anak dalam kandungannya adalah milik Isaac. Sakit kepalanya memikirkan semua masalah yang timbul ini.

" Kenapa awak datang office ?" soal Aviera.

Daniel diam. Sibuk menghidupkan enjin kereta.
Daniel berpaling ke arah isterinya. Langsung tidak menjawap pertanyaan itu. Tangan Daniel laju memakaikan seatbelt kepada Aviera.

" Selesa tak ? Kalau tak selesa, beritahu abang. Takut baby sakit pulak." sempat Daniel mengusap perut Aviera. Risau jika Aviera tidak selesa dengan seatbelt  itu.

Aviera terdiam dengan tindakan Daniel. Tersentuh. Lama dia memandang wajah Daniel.

Daniel tersenyum nakal. " Tadi marah abang, ni tengok abang macam nak makan pulak. Sabar okay sayang. Kita balik dulu."

Pantas tangan Aviera memukul lengan Daniel. Sempat lagi menyakat dalam keadaan dia marah.

" Eeee gatal ! Saya tanya awak ni, kenapa datang office saya ?"

" Am i not allowed to see my wife ?" soal Daniel kembali.

" Yes. Saya tak izinkan. Awak ingat bagus sangat ke datang office saya dan buat kecoh macam tu ?"

" I'm sorry. Abang terlalu ikutkan perasaan." balas Daniel.

Aviera mendengus kasar. "Can you just stay away from my life ? Saya serabut tahu tak !"

Daniel merenung ke dalam mata Aviera. Mata yang penuh dengan api kemarahan. Marak.

" Sayang, I can't. I can't stay away from you. Not anymore. Abang perlukan sayang. Hidup abang tak sempurna tanpa sayang." balas Daniel lembut.

Daniel meraih tangan isterinya dan diletakkan di dadanya. Betul-betul di mana jantungnya terletak.

" Rasa tak degupan jantung abang ?" soal Daniel.

Aviera angguk perlahan. Dia dapat rasakan jantung yang berdegup laju. Sangat laju. Mata mereka bertaut.

" Abang akan pergi dari hidup sayang kalau jantung abang berhenti. Selagi jantung abang masih berdetak, abang tak akan tinggalkan sayang. I'm not gonna leave you anymore. Cukuplah sekali abang jadi lelaki paling bodoh sebab tak tepati janji abang pada sayang."

Aviera menarik tangannya semula. Sekali lagi dia terleka dengan pujukan Daniel.

" Saya tak nak dengar semua penipuan awak. I'm not interested. Saya tak bodoh lagi untuk terima semua lakonan awak. Penipu." Dikeraskan hatinya yang sudah ingin lentur itu.

" I'm not lying. Trust me." pujuk Daniel.

"Never ! Benda paling bodoh saya buat dalam hidup saya adalah percayakan awak. Saya percaya yang awak tak akan tinggalkan saya tapi awak tengok apa yang awak buat ?"

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now