Bab 4

13.1K 475 6
                                    

3 tahun yang lalu.....

Daun kering memenuhi tanah. Udara pada waktu ini tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk ditambah lagi dengan daun-daun pelbagai warna berguguran ke atas tanah yang begitu cantik sekali. Keindahan musim luruh mewarnai bumi Melbourne itu.

Isaac menyusun langkah keluar dari bangunan universiti. Kuliahnya sudah berakhir untuk hari ini. Beg galas di bahu dibetulkan. Tangan di masukkan ke dalam hoodie yang tersarung di badan sasanya.

"Isaac" panggil satu suara dari belakang. Isaac cukup kenal dengan suara milik sahabatnya itu, Fahri.

Fahri berlari mendapatkan Isaac. Bahu sahabatnya dipeluk. " Kau tahu tak yang Alvin nak datang Melbourne dua minggu lagi ?" soal Fahri.

" Serious ? Kenapa dia datang sini ?" soal Isaac kembali. Mereka bertiga adalah trio kacak ketika di sekolah menengah lagi. Hubungan mereka cukup akrab. Namun, hanya Isaac dan Fahri yang menyambung pelajaran di University of Melbourne. Alvin berkeras untuk menuntut di Malaysia sahaja. Walaupun didesak oleh Dato Emir, Alvin masih tetap dengan pendiriannya iaitu menjadi seorang inspektor polis.

"Dia melawat adik dia dekat sini." jawap Fahri ringkas. Mereka berjalan beriringan menuju ke kolej kediaman mereka.

" Wait. What ? Adik ? Biar betul kau ni ? Sejak bila dia ada adik ?" hairan Isaac. Setahu dia, Alvin tidak mempunyai adik.

" Kau ni... Vin ada adik lah. Perempuan. Cantik gila" jawap Fahri sambil tersenyum senget. Fahri memegang status playboy sejati dalam kalangan mereka bertiga.

" Fahri, i know what's in your mind. jangan buat kerja gila. Vin belasah kau nanti. "balas Isaac tenang.

Fahri tertawa mendengar amaran daripada Isaac.
" Chill la. Aku tak usik la adik member sendiri"

"Fahri...." nada manja kedengaran dari belakang mereka. Fahri sudah menghembuskan nafas berat. Sally menghampiri Fahri dan memeluk
lengan lelaki itu.

Fahri menarik lengannya namun makin kuat Sally memeluk. Isaac sudah ketawa membahan sahabatnya itu. Terserlah wajah Fahri yang rimas dan bengang dengan kehadiran Sally kekasihnya yang ke 99 di Melbourne.

" Gerak dulu bro." pamit Isaac dengan wajah menahan tawa. Sengsara juga hidup berstatuskan playboy sejati.

 Sengsara juga hidup berstatuskan playboy sejati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aviera melihat jam di tangan. Dia sudah terlambat 10 minit untuk ke kuliah. Langkah di atur laju. Tangan mencari telefon pintar di dalam tas tangan.

Buk !

Aviera terlanggar sesuatu yang keras seperti pokok. Tetapi jika pokok, mengapa air kopi tertumpah mengenai bajunya.

" Oh god damn it !" ujar Aviera. Baju putih di badannya sudah disimbah kopi. Sungguh jelas kotoran di bajunya. Terlopong mulut Aviera melihat kesan kotoran itu.

" Watch your step young lady" jawap pokok itu. Ha ?

Aviera mengangkat wajah memandang tepat ke dalam mata pemilik suara itu. Bukan pokok tetapi crushnya, Isaac Ethan.

Kaki Aviera terasa goyah. Mulut terkunci rapat tidak bersuara. Dia sangat mengenal Isaac sebagai sahabat baik kepada abangnya. Tetapi dia juga sudah 3 tahun menyimpan perasaan terhadap jejaka kacak itu.

Isaac turut memandang wajah gadis di hadapanya yang sudah kaku seperti patung apabila melihat wajahnya. Isaac ketawa kecil. " Stop dreaming, young lady." tegur Isaac apabila Aviera masih leka melihat wajahnya.

Tidak dinafikan gadis dihadapnya itu sangat cantik. Rambut hitam panjang melepasi bahu. Hidung mancung dan alis yang tidak terlalu tebal.

Aviera tersentak. Wajah di larikan daripada lelaki itu. "Sorry. Saya tak sengaja" ucap Aviera.

" Malaysian ?" tanya Isaac kembali apabila mendengar gadis itu boleh berbicara bahasa melayu.

Aviera mengangguk perlahan. Sudah pasti Isaac tidak mengenali dirinya.

" Okay great ! Sebab kita sama sama Malaysia. Budi bahasa kan budaya kita so i tak akan marah you but you kena ganti kopi i" balas Isaac.

Aviera lega mendengar kata-kata Isaac. " Okay deal " jawap Aviera sambil tersenyum.

Isaac membalas senyuman namun matanya jatuh ke arah baju Aviera yang terkena kopi itu. Isaac pantas membuka hoodie di badannya.

Apa dia buat ni ?

Hoodie dihulurkan kepada Aviera. Aviera masih bingung. Kening dinaikkan tanda ingin penjelasan.

" Takkan you nak pakai baju kotor and basah pergi kelas." balas Isaac.

Aviera menyambut huluran Isaac. Gentlemen. Itu apa yang Aviera nampak pada Isaac ketika ini. Senyuman disembunyikan."Thanks" ringkas balasan Aviera.

" By the way, Isaac Ethan." Isaac memperkenalkan dirinya. Tangan dihulurkan. Aviera menyambut huluran itu. Confirm, tak cuci tangan dua minggu.

"Aviera Ratasya" sambung Aviera.
Senyuman dihadiahkan Aviera buat Isaac untuk kesekian kalinya.

Tersentak Aviera dengan realiti ketika ini. Dia sudah lambat ke kelas. " i need to go. Bye !"

Berlari Aviera pergi meninggalkan Isaac. Dia sudah terlambat. Sangat lambat.

 Sangat lambat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Until Forever, My Star Where stories live. Discover now