Bab 45

13.8K 467 18
                                    

Isaac membuka pintu rumah dengan lemah. Bajunya juga masih tidak kering sepenuhnya. Rambutnya juga kusut.

"Isaac, kenapa basah macam ni ?" soal Khadeeja yang muncul dari arah dapur. Terkejut dia melihat keadaan Isaac yang tidak terurus dan wajah yang muram.

Isaac memandang wajah Khadeeja lama. Perasaannya bercampur baur ketika ini. Khadeeja banyak berkorban untuknya tetapi dia tidak mampu mencintainya gadis itu seikhlas hati kerana hanya Aviera yang bertakhta di hatinya.

" Isaac, awak okay tak ni ?" lembut Khadeeja bertanya apabila Isaac langsung tidak menjawap. Dia menatap ke arah mata redup milik suaminya.

Terkedu Khadeeja melihat air mata Isaac gugur. Dia tidak pernah melihat lelaki itu menangis sepanjang perkenalan mereka dari kecil. " Isaac, kenapa ni ?"

" Kita duduk dulu. Awak kena bertenang." kata Khadeeja sambil menarik tangan Isaac ke sofa. Risau melihat keadaan Isaac.

Isaac menyeka air mata yang mengalir tanpa henti itu. "Khadeeja...." bergetar suara Isaac.

Khadeeja memandang tepat ke arah Isaac. Menanti apa yang ingin dibicarakan oleh lelaki itu.

"Saya menyesal tinggalkan Viera."perlahan Isaac bersuara. Dia tidak menyangka Aviera sudah menjadi hak milik orang lain.

Wajah Khadeeja sedikit berubah. Mungkin suaminya sudah tahu tentang perkahwinan Aviera sendiri.

"I still love her. I can't let her go. Benda paling bodoh saya pernah buat dalam hidup saya adalah tinggalkan Viera saat saya terlalu yakin yang Viera akan tunggu kepulangan saya. Dia tak tunggu saya, Khadeeja. Dia pergi pada lelaki lain." luah Isaac.

Khadeeja cuba menahan tangisnya. Hancur hati seorang isteri apabila suaminya seolah-olah menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina.

" Isaac, awak tak salah. Awak buat untuk kepentingan Viera. Awak cuma tak nak dia sedih dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Mungkin ini masanya untuk awak lepaskan dia. Lepaskan dia pada lelaki yang mampu buat dia bahagia."

" I can't Khadeeja ! Macam mana saya nak lepaskan dia sedangkan dia tengah menderita sekarang."

" Apa maksud awak ?" Khadeeja menyoal.

" Suami dia dah tinggalkan dia. Dalam keadaan Aviera tengah pregnant sekarang, lelaki tak guna tu sanggup tinggalkan dia."

" Saya nak tebus kesalahan saya. Saya nak jaga dia. Saya nak lindungi anak dalam kandungan dia. Saya tak mampu lindungi anak kami, saya kena tebus kesalahan saya." sambung Isaac lagi. Hatinya hancur mengenangkan nasib Aviera yang menanggung sakit kerana keguguran sendirian. Walaupun anak itu adalah hasil luar nikah mereka, anak itu tetap berharga untuknya.

Bagai terhenti jantung Khadeeja. Ketar tangannya apabila mendengar luahan Isaac itu. Anak mereka ?
"Apa maksud awak Isaac ? Anak awak ?"

Dia cuba mencerna apa yang baru sahaja Isaac katakan. Khadeeja menekup mulutnya kerana terlalu terkejut dengan pengakuan itu. " Awak pernah...." terketar ketar suara Khadeeja menyoal.

Isaac angguk lemah.

" Viera pernah pregnant anak saya tapi dia rahsiakan dari pengetahuan saya. Dia keguguran kerana terlalu tertekan. Saya lelaki yang tak bertanggungjawab. Saya bodoh." kata Isaac. Sungguh dia menyesal.

Khadeeja senyum kelat. " Setiap orang melakukan kesilapan Isaac. Kita cuma manusia biasa. Manusia yang tak akan lari dari melakukan kesilapan. Awak rest dulu. Tentang Viera, nanti awak fikir ya. Baju awak basah ni. Nanti demam pulak." pujuk Khadeeja. Walaupun hatinya hancur, dia perlu menenangkan Isaac.

Until Forever, My Star Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin