Bab 8

11.8K 484 5
                                    

Masa sekarang .....

Ketukan pintu mematikan lamunan Aviera. Pintu yang diketuk itu dipandang lemah. Mata yang dulu bersinar kini suram. Sudah seminggu dia tidak keluar dari bilik.

Dunia Aviera bagai terhenti ketika ini. Hidupnya sepi tanpa Isaac. Sudah seminggu sejak kejadian malam itu tetapi Isaac langsung tidak mencarinya. Kenangan bersama Isaac sentiasa bermain di dalam fikirannya.

" Aviera, dah seminggu kau tak keluar bilik. Makan minum pun tak terurus. Kau dah nak mati sangat ke ?" suara dari sebalik pintu kedengaran jelas. Alvin sedang memujuk Aviera.

Hampir seminggu Mak Nab dan Datin Alya memujuk tetapi masih tidak berhasil. Terpaksa memanggil Alvin untuk memujuk adiknya. Alvin tidak tinggal bersama keluarganya kerana masih bermusuh dengan Dato Emir yang tidak menerimanya menjadi seorang polis.

Aviera bangun dari katil dan melihat cermin. Rambut serabai dan mata yang sembab. "Buruknya rupa kau sekarang Viera, dah macam nenek kebayan" kata Aviera kepada dirinya sendiri.

" Aviera ! Jangan sampai aku pecahkan pintu ni" ugut Alvin.

Aviera bergerak perlahan membuka pintu. Wajah abangnya di pandang sepi.

" Tahu takut" sambung Alvin apabila pintu bilik sudah terbuka.

Aviera merebahkan diri di atas katil kembali. Dia membuang pandangan ke arah balkoni. Tempat pertama kali dia melihat Isaac.

Terbuntang mata Alvin melihat keadaan bilik Aviera yang tidak terurus dan dipenuhi tisu.

" Berapa baldi air mata kau menangis sebab Isaac ?" perli Alvin. Dia mengambil tempat di birai katil Aviera.

"Shut up" balas Aviera.

" Sudah sudah la tu Viera. Kau kena terima kenyataan yang dia dah pilih jalan hidup dia dan kau bukan lagi termasuk dalam jalan hidup dia. Cinta tak seharusnya memiliki Viera." ujar Alvin lembut. Tidak mahu membuat adiknya makin sedih.

Aviera bangun daripada perbaringan dan memandang wajah Alvin. " Kau cakap senang la. Kau tak duduk tempat aku. Kau tak rasa apa aku rasa. Hati aku sakit sangat Vin. Dia dah janji nak kawin dengan aku, tapi sekarang dia tinggalkan aku dengan alasan yang tak logik langsung." suaranya sedikit bergetar menahan tangis.

Nafas berat dihela oleh Alvin. " Mungkin sekarang Allah s.w.t pisahkan kau dengan lelaki yang kau cinta dan nanti digantikan dengan lelaki yang sangat cintakan kau. Lebih dari dia cintakan diri dia sendiri. Percaya dengan takdir"

Tubir mata Aviera terasa hangat. Air mata sudah mengalir membasahi pipi mulus itu.
" He's fucking left me for that girl. Apa kurangnya aku ? I just want to be happy. Kenapa dia tak cuba pertahankan relationship ni." kata Aviera dalam tangisannya.

Alvin menyeka air mata di wajah Aviera. " You're enough Viera. Sometimes you have to accept the fact that some people are your temporary happiness." pujuk Alvin.

Tangan Aviera di capai. " Please don't cry. There are so many things that meant for you but they will not be yours until the time comes."

Aviera masih menangis. Alvin menarik adiknya ke dalam pelukan. Gadis yang dulu ceria kini begitu menyedihkan.

 Gadis yang dulu ceria kini begitu menyedihkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah di atur menuruni tangga. Aviera memandang ke arah ruang makan. Dato Emir dan Datin Alya sedang bersarapan pagi.

"Viera, jom makan sekali" ajak Datin Alya sambil tersenyum manis. Lega melihat anaknya sudah tidak berkurung lagi.

Apabila tiba di meja makan, Mak Nab menarik kerusi untuk Aviera. Makanan disendukkan ke dalam pinggan Aviera. Aviera tidak suka di layan begitu oleh Mak Nab tetapi Mak Nab sering berkata yang dia berbuat demikian bukan sebagai seorang pembantu rumah tetapi seorang emak. Ikhlas. Cukup bahagia dia melihat keadaan Aviera yang semakin baik.

Dato Emir masih menikmati sarapannya dengan tenang. Itulah sikap Dato Emir yang dingin dan tidak banyak berbicara sejak Alvin pergi meninggalkan rumah.

" Viera dah okay ?" tanya Datin Alya.

Aviera mengangguk. Kunyahan diteruskan tanpa sebarang kata- kata.

" Viera, tadi ada orang hantar bunga untuk Viera" jelas Mak Nab.

Berkerut dahi Aviera. Kunyahan terhenti. Dia teringat akan Isaac yang pernah memberikan bunga ros merah ketika di Melbourne dahulu.

"Siapa kirim ? Mana bunga tu ?" soal Aviera.

"Mak Nab letak dekat ruang tamu. Lepas makan Viera pergi la tengok. Mak Nab tak tahu siapa yang hantar sebab dia letak dekat depan pintu. Nama pengirim pun tak ada " jelas Mak Nab.

Dato Emir memandang Aviera yang terdiam seketika. Aviera berlalu pergi meninggalkan ruang makan.

Bunga di atas sofa di perhati lama. Tangan mencapai jambakan bunga itu perlahan. Ternyata bukan rose merah tetapi rose putih.

" Kau masih harap dia ke, Viera ?" soal Aviera sendiri. Air mata yang hampir jatuh diseka. Sudah penat dia menangisi perpisahan itu. Dia tahu walaupu dia menangis sepuas hati, air matanya tidak akan mampu mengubah keputusan Isaac.

" Viera tahu siapa yang bagi ?" sapa Datin Alya dari belakang.

Aviera sekadar memandang sayu bunga di tangannya. Kepala digeleng tanda tidak tahu siapa pengirim jambakan bunga itu.

" Viera tahu tak apa maksud ros putih ?" soal Datin Alya lagi.

Aviera diam.

"everlasting love and new beginnings" sambung Datin Alya. Tangan mengusap lembut belakang tubuh anak perempuannya.

Entah mengapa Aviera terasa sebak. Bukan sedih kerana pengirim itu bukan Isaac tetapi kerana maksud ros putih itu.

Datin Alya menarik Aviera ke dalam pelukan. " It's okay sayang. Mulakan hidup baru dan cari kekuatan Viera balik. Mama tak suka tengok Viera sedih macam ni"

"Viera akan jumpa lelaki yang lebih layak untuk Viera. Jangan pernah salahkan diri Viera." pujuk Datin Alya lagi.

Tangisan Aviera mula kedengaran. Dia lemah ketika ini. Lemah menahan luka di hati. Takdir tidak menyebelahinya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Until Forever, My Star Where stories live. Discover now