Bab 3

13.6K 555 12
                                    

Ting !
Terjatuh sudu dan garfu dari tangan Aviera. Degupan jantung bagai terhenti. Dia tidak percaya dengan apa yang didengari sebentar tadi.

"Im sorry Viera" sayu suara Isaac. Mata memandang wajah Aviera yang sudah tergamam tidak percaya.

" what do you means ? jangan main main dengan i ! i tak suka you buat lawak bodoh macam ni" tutur Aviera dengan nada sedikit geram. Apa yang keluar dari mulut Isaac sangat tidak logik ketika ini.

" i tak boleh teruskan relationship kita. i just can't. I'm so sorry Viera." balas Isaac.

" You baru melamar I tau Isaac. You janji nak kawin dengan i ! You nak i jadi isteri you ! Apa semua benda ni ?" marah Aviera. Pengunjung di restoran itu memandang ke arah mereka kerana suara Aviera cukup jelas.

Aviera yang tidak selesa dipandang pengunjung yang lain terus mencapai tas tangan miliknya dan berlalu keluar dari restoran itu. Isaac mengejar langkah Aviera.

" Viera, wait ! Let me explain about this !" panggil Isaac apabila kami sudah keluar dari restoran itu. Aviera masih mengabaikan panggilan itu.

" Aviera Ratasya !" keras suara Isaac memanggil wanita itu. Langkah Aviera terhenti. Dia memusingkan badan dan memandang tepat ke arah Isaac.

" i kena kawin dengan Dr Khadeeja." sambung Isaac.

Aviera ketawa mendengar kata-kata Isaac. Tidak percaya. Itu apa yang Aviera rasakan sekarang. Dr Khadeeja merupakan anak kepada pemandu keluarga Isaac dan doktor peribadi keluarga mereka. Keluarga Isaac telah membantu Khadeeja melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menampung semua perbelanjaannya.

Berdasarkan apa yang diceritakan Isaac sebelum ini, keluarga Isaac sangat sayangkan Khadeeja seperti anak sendiri. Malah Isaac juga menganggap Khadeeja seperti seorang kakak. Khadeeja tua setahun daripada Isaac. Semestinya lebih tua daripada Aviera yang masih 23 tahun itu.

" Apa you mengarut ni Isaac ? your mom and dad tahu tentang relationship kita but why Khadeeja ?Kenapa bukan I ? 3 years bukan sekejap Isaac !" bentak Aviera sambil menolak dada Isaac.

" I don't want to hear all this shit. I akan lupakan semuanya. I anggap you cuma main-main okay."

Isaac mencapai tangan Aviera. " Viera, i kena dengar cakap parents i. i sayangkan you sangat sangat tapi mereka penting untuk i. ini permintaan mereka and i tak sanggup nak tolak. Cuma ini sahaja jalan yang ada"

" You langsung tak pertahankan relationship kita Isaac ! you such a coward ! you're a liar ! i hate you" tinggi suara Aviera menengking Isaac. Suasana luar restoran yang sunyi itu memberi privasi kepada mereka untuk berbincang. Bukan berbincang tetapi bertekak.

Aviera tidak faham dengan apa yang berlaku ketika ini. Apa punca Isaac sanggup mengahwini Khadeeja dan meninggalnya seperti ini sedangkan mereka sudah 3 tahun bersama. Dato Ismail dan Datin Evelyn juga sangat mengenali Aviera. Hubungan mereka cukup baik.

Akhirnya air mata Aviera tumpah. " You can't do this to me Isaac ! its not fair for me." ucap Aviera sambil menangis.

" i pun tak nak hubungan kita berakhir. i love you but -" mata Isaac berkaca melihat Aviera yang menangis tidak henti itu.

" Don't fucking said you love me if you cannot protect our relationship." tengking Aviera sambil memukul dada Isaac. Isaac memegang kedua belah lengan wanita itu. Cuba menghentikan Aviera.

" Aviera..." panggil satu suara yang cukup dikenali Aviera. Isaac memandang wajah lelaki yang memanggil kekasihnya itu. Pegangan tangannya terlepas. Mata Isaac berkaca.

Lengan Aviera dicapai lelaki yang bersuara itu. Menarik Aviera ke dalam pelukkannya. Tangan mengusap lembut belakang badan Aviera.

Aviera cukup mengenali susuk badan yang dipeluknya ketika ini. Tangisan makin kuat. Dia lemah apabila berada di dalam pelukan lelaki itu.

"It's okay Viera. You have me" ucap Alvin lembut.

Isaac menguakkan rambutnya ke belakang. Dia melangkah pergi meninggalkan mereka berdua. Tiada apa yang harus dibicarakan lagi. Hati Aviera sudah cukup terluka.

" Isaac tinggalkan aku. Dia jahat" teresak esak Aviera berbicara.

" Ya dia memang jahat. Aku benci tengok dia buat kau macam ni" balas Alvin. Aviera melepaskan pelukan itu.

Dia memukul Alvin. " Kawan baik kau tu memang tak guna ! Dasar lelaki guna ! Pengecut !" marah Aviera.

Alvin menyeka air mata di pipi Aviera. " Aku dah maki dia berbakul dah. Kau jangan risau. Nyaris aku tak tumbuk muka dia yang tak berapa nak melayu tu. Ada ke patut dia buat adik aku macam ni" ucap Alvin sambil mengusap kepala Aviera.

" Kau tembak jer la dia sampai mati terus. Kau kan polis." balas Aviera. Alvin merupakan seorang polis dan abang kesayangan Aviera.

Alvin membuka jaketnya dan meletakkan di bahu adiknya itu. " Gila ke pakai seksi macam ni sejuk sejuk ni." Aviera memakai dress satin pendek berwarna hitam.

Alvin ketawa melihat sikap adik perempuannya itu. "Jom balik. Habis comot makeup kau. Takut aku tengok ! Dengan rambut blonde nya. Awal betul rambut kau beruban" balas Alvin sambil menunjukkan muka ngeri.

Aviera mencebik dan terus mengikut langkah Alvin ke kereta. Sepanjang perjalanan ke rumah, mereka hanya diam. Alvin memberi ruang kepada adiknya untuk tenang.

Air mata Aviera membasahi pipinya sekali lagi. Dia tidak boleh menerima apa yang sedang berlaku ketika ini. Dia menyimpan perasaan terhadap Isaac sejak berusia 17 tahun. Hubungan mereka bermula ketika Aviera berusia 20 tahun di universiti. 6 tahun Aviera mencintai seorang lelaki dengan setia. Dia sanggup menyambung pelajaran ke universiti yang sama dengan Isaac kerana mahu berada di sisi Isaac walaupun Isaac tidak mengenalinya.

Namun akhirnya dia tewas. Dia dambakan pengakhiran yang bahagia buat mereka namun dia silap. Kesudahnya amat menyedihkan.

 Kesudahnya amat menyedihkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Until Forever, My Star Where stories live. Discover now