Bab 6

11.9K 432 4
                                    

3 tahun yang lalu....

Isaac mendekati Fahri yang sedang leka bermain telefon pintar di sebuah bangku. "Fahri"

Fahri memandang. "Kenapa bro ? Jarang sekali kau cari aku ni kalau tak ada hal penting." balas Fahri sambil mengangkat kening.

"Aku nak tanya pendapat kau." wajah Isaac serious. Berkerut dahi Fahri dibuatnya. Isaac mengambil tempat di sebelah.

"Kau rasa perlu ke aku confess dengan Viera yang aku sukakan dia" tanya Isaac.

Dia keliru sama ada meluahkan atau memendam sahaja perasaan terhadap Aviera.

Fahri ketawa lalu menepuk bahu Isaac. "Who's she ? Dia perempuan yang selalu dengan kau tu ke ? So nama dia Viera la ?"

Isaac mengangguk. Senyuman cuba disembunyikan.

"Confess jer la. Kau bukan main main dengan dia pun." jawap Fahri. Pertama kali dia melihat sahabatnya itu bersikap seperti ini.

"Kau boleh tolong aku ?"

Pecah lagi ketawa Fahri. "Of course boleh tapi kau kena belanja aku maggi asam laksa. Dah lama aku teringin. Bukan main susah nak cari maggi asam laksa dekat sini"

"Tapikan...." sambung Fahri lagi.

Isaac memandang kehairanan. "Kenapa ?"
soal Isaac.

Fahri cuba mengingati sesuatu. "Aku rasa aku pernah nampak dia tapi tak tahu dekat mana. Yang pasti dia bukan ex girlfriend aku"

Isaac hanya diam membiarkan sahabatnya itu berfikir. Dia juga hairan melihat tingkah laku Aviera yang agak pelik apabila bertemu dengan Fahri.

 Dia juga hairan melihat tingkah laku Aviera yang agak pelik apabila bertemu dengan Fahri

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.


Pejam celik pejam celik sudah dua minggu sejak perjumpaan kali pertama Isaac dan Aviera. Hubungan mereka semakin rapat. Isaac selesa dengan sikap Aviera yang tidak merimaskan dan lemah lembut itu. Tidak seperti wanita lain yang selama ini cuba mendapatkannya dengan godaan.

Isaac dan Fahri memandu ke lapangan terbang untuk menjemput sahabat mereka iaitu Alvin. Setiba di sana, susuk tubuh Alvin di cari.

Mata mereka meliar mencari Alvin. Fahri melambaikan tangan apabila melihat Alvin yang masih tercari-cari.

Alvin tersenyum memandang wajah dua orang sahabatnya yang setia menunggu. Luggage di tolak menghampiri mereka.

"Welcome to Melbourne bro !" sapa Fahri dengan ramah. Mereka berjabat tangan.

" Kau sihat, bro ?" soal Isaac. Isaac mendakap tubuh Alvin.

Alvin tersenyum. "Alhamdulillah sihat. Hidup lagi ni" gurau Alvin.

Trio kacak. Mereka bertiga berkawan rapat sejak sekolah lagi. Mereka menjadi kegilaan wanita kerana rupa yang kacak dan berasal dari keluarga yang kaya raya. Typical budak popular.

"Alvin" suara wanita menghentikan perbualan mereka.

Mereka serentak berpaling ke arah suara itu. Alvin sudah mengukirkan senyuman. Fahri dan Isaac terdiam.

" Viera!" balas Alvin. Alvin berlari ke arah Aviera dan memeluk erat tubuh adiknya itu.

Mata Fahri sudah membuntang melihat adegan pelukan itu. Wajah Isaac berubah kelat. Matanya memandang Alvin dan Aviera.

" Isaac, Viera tu girlfriend dia ke ?" bisik Fahri. Isaac masih diam.

"Kalau girlfriend Alvin, tak ada chance la kau dengan Viera tu" sambung Fahri lagi.

"Viera sihat ? Sorry aku datang lambat jumpa kau. Aku busy sikit" sambung Alvin sambil meleraikan pelukan.

Aviera tersenyum bahagia. Sungguh dia sangat rindukan abangnya itu. "It's okay. Aku sihat jer. Aku pandai jaga diri"

Fahri mendekati mereka. "Alvin, since when ? Kenapa tak perkenalkan girlfriend kau dekat kita orang ?"

Aviera menahan tawa. Wajah Isaac dikerling. Masam betul.

Alvin menyiku perut Fahri. "Cakap elok sikit. Aviera ni adik aku"

"what the - . Patutlah aku macam pernah tengok muka dia tapi tak tahu dekat mana !" ujar Fahri dengan teruja. 

Isaac yang diam dari tadi kembali bereaksi normal.

"Aviera, meet my friends. Yang handsome ni Isaac. Yang muka tak berapa nak siap ni Fahri." Alvin memperkenalkan sahabatnya kepada Aviera.

Aviera mengangguk dengan senyuman. "Aviera Ratasya"

Fahri menghulurkan tangan ingin berjabat tangan. Dia sengaja berpura pura tidak mengenali Aviera.

Pantas Alvin mencapai huluran tangan itu. Mata tajam menikam wajah Fahri. Fahri senyum senget apabila hasratnya tidak tercapai.

"Okay dah jom balik. Buat apa lepak airport ni lama lama" sambung Fahri.  Dia merangkul bahu Alvin agar Alvin mengikuti langkahnya. Dia mahu memberi ruang kepada Aviera dan Isaac untuk berbicara.

"So....Do you have anything to explain ?" suara Isaac kedengaran serius.

Aviera mengigit bibir bawahnya. Takut hendak berbicara. "Actually I tahu you kawan abang I" jawap Aviera perlahan. Mata memandang lantai.

Isaac tersenyum sinis. "Good acting, young lady. Nice one ! I was almost deceived."

Isaac meninggalkan Aviera sendiri. Aviera tidak tahu bagaimana dia mahu berterus terang dan membaiki salah faham ini. Dia mencintai Isaac selama 3 tahun dalam diam. Dia merahsiakan identiti sebagai adik kepada Alvin kerana tidak mahu Isaac menjauhinya. Apabila mereka sudah rapat, keadaan menjadi begitu rumit. Nafas berat dihela oleh Aviera.

 Nafas berat dihela oleh Aviera

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
Until Forever, My Star Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz