Bab 2

16.8K 549 7
                                    

Aviera melangkah masuk ke dalam rumah agam milik kedua ibu bapanya. Susun atur di rumah itu masih sama dan tidak berubah walau sedikit pun. Masih sama dan masih sunyi. Dua buah luggage di tarik masuk ke dalam rumah.

"Cik Viera !" sapa seorang pembantu rumah iaitu Mak Nab. Mak Nab telah menguruskan rumah keluarga mereka sejak Aviera berusia 4 tahun lagi. Mereka sangat rapat malah lebih rapat daripada ibunya sendiri.

"Mak Nab !" jerit Aviera dengan teruja.

Aviera berlari mendapatkan tubuh Mak Nab dan memeluk wanita yang sudah lanjut usia itu. Pelukan erat dibalas oleh Mak Nab. Tubir mata Aviera terasa hangat.  Pantas Mak Nab meleraikan pelukan kerana dia tahu gadis itu pasti akan menangis.

"Haaa ini Mak Nab tak suka. Mak Nab tak suka Viera menangis. Viera menangis buruk sangat. Muka macam pontianak tau ! Jangan menangis Viera. Mak Nab takut tak boleh tidur malam ni" usik Mak Nab.

Aviera menyeka air matanya dari mengalir dan ketawa. "Mak Nab ni jahat lah ! Viera punya la cantik boleh pulak Mak Nab samakan dengan pontianak." balas Aviera sambil memaut lengan Mak Nab.

"Kenapa Viera tak beritahu nak balik harini ? Boleh Mak Nab masak special untuk sambut Viera balik. Mak Nab sunyi tau Viera tak ada dekat rumah ni." ujar Mak Nab. Tangannya mencubit manja lengan gadis itu.

"Aduh sakitlah Mak Nab" Aviera mengusap lengannya yang dicubit. "Viera tak beritahu sesiapapun sebab nak buat suprise. Mana mama dengan papa, Mak Nab ?"

Mak Nab tersenyum memandang wajah anak gadis yang dijaga sejak kecil itu. "Mama dengan papa belum balik lagi. Ada meeting dengan Dato Ismail." jawap Mak Nab.

Aviera menjuihkan bibir ke hadapan tanda menyampah dengan jawapan yang diberikan Mak Nab.

"Mama dengan Papa memang selalu busy pun. So, tak hairanlah kalau selalu tak ada dekat rumah. Call Viera pun sebulan sekali. Mak Nab dengan Alvin yang selalu ada dengan Viera." jawap Aviera dengan nada sedikit sedih.

Sepanjang dia menuntut di Melbourne, kedua ibu bapanya jarang bertanya khabar hanya sebulan sekali sahaja. Sekadar memasukkan wang ke dalam akaun bank Aviera sahaja. Mak Nab dan Alvin yang selalu menelefon dan bertanya khabar semasa Aviera di luar negara. Semua masalahnya diceritakan kepada mereka berdua. Pendengar setia buat Aviera.

" Tak baik cakap macam tu Viera. Mereka sayang Viera dan cari rezeki untuk kesenangan Viera juga. Mereka berkorban untuk Viera. Kejap lagi mama dengan papa balik la." jawap Mak Nab tenang.

Aviera sekadar mengangguk tanda faham. Tidak mahu memanjangkan isu ini. Hatinya sakit dengan layanan ibu bapanya yang tidak mengambil berat terhadap dirinya. Hanya Alvin dan Mak Nab yang selalu memberi semangat ketika dia putus asa atau dalam masalah sepanjang melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka yang menjadi penasihat buat Aviera.

" Aviera naik atas dulu. Mandi dan solat. Bilik Aviera setiap hari Mak Nab bersihkan. Tak pernah missed tau ! "

Aviera terharu mendengar kata kata Mak Nab. Dia merasa kepulangannya sangat di nantikan oleh pembantu rumah itu.

" Baik boss ! " Aviera terus berlalu mengangkat luggagenya sendiri. Cincin di tangan di perhati sebentar dan senyuman terlakar di wajah gadis itu. Tidak sabar dia ingin menceritakan lamaran itu kepada kedua ibu bapanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Until Forever, My Star Where stories live. Discover now