Bab 53

16.5K 659 26
                                    

Badan diregangkan sepuasnya. Lenguh badannya kerana seharian menyiapkan kertas kerja untuk
project terbaru. Terpaksa dia meneliti kembali kertas kerja kerana cukup kenal sikap Dato Emir yang cerewet dan terlalu teliti.

Aviera mengemas meja yang penuh dengan fail itu. Hari pun sudah lewat malam. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 7 malam. Pejabat juga sudah sunyi dan kosong tanpa para pekerja.

"Siap dah kerja ?" soal Daniel. Seharian dia menunggu Aviera bekerja. Lagipun, tiada apa yang boleh dia buat di rumah. Lebih baik teman Aviera di pejabat.

Aviera angguk. " Dah. Jom balik. Saya dah sakit pinggang ni."

Belum sempat Aviera mencapai tas tangannya, Daniel lebih pantas mencapai terlebih dahulu. "Abang bawakkan." ujar Daniel. Aviera hanya diam. Bukan berat macam batu pun, tetapi dibiarkan sahaja. Bodyguard kan.....

Mereka berjalan beriringan menuju ke lift dengan tangan yang saling bersulam. Langsung Aviera tidak meleraikan pegangan itu. Hanya dibiarkan sahaja.

Langkah mereka terhenti secara tib-tiba. Terlopong mulut Aviera melihat papan tanda pada lift yang menunjukkan lift sedang rosak dan akan di baiki.

Daniel mengerling Aviera yang berada disisinya. "So, this is prank or real one ?"

Aviera mengigit bibir bawahnya. "Saya rasa yang ni real." balas Aviera.

" Wait. Saya tanya Sarah." pantas Aviera melihat telefon pintar yang berada ditangannya. Satu whatsapp message di hantar oleh Sarah dibuka.

Puan Viera, lift rosak. Kali ni betul-betul, bukan cobaan. Technician yang baiki lift kita tak boleh datang asap. Isteri dia bersalin. Dalam 4 jam lagi, mungkin dia sampai lah.
-Sarah PA-

Aviera menghela nafas berat. Wajahnya sudah masam mencuka. Daniel pula ketawa apabila melihat wajah Aviera yang tidak ceria itu. Sudah tentu berita yang tidak baik. Nyaris sahaja Daniel tidak ketawa berguling.

" Seronok ketawa ?" sinis Aviera menyoal. Sempat dia menyiku perut Daniel.

" Seronok. Ni mesti balasan sebab kenakan suami sendiri."

Aviera mencebik.  Tak pasal-pasal gurauan menjadi realiti. Badan sudah seharian penat bekerja. Lebih baik dia fikir cara untuk balik rumah.

"Technician tu tak boleh datang lagi. Isteri dia nak bersalin. Tak sampai hati pula nak minta dia tinggalkan isteri dia." kata Aviera.

" His wife need him more than us" balas Daniel.

Laju Aviera angguk dengan senyuman. Tidak sampai hati untuk meminta technician itu segera membaiki lift kerana sedang menunggu isterinya bersalin.Dia faham perasaan memerlukan suami disisi ketika melahirkan.

" So, what should we do ? wait or use the stairs." soal Daniel sambil mengangkat kening.

" Tak boleh tunggu. Saya dah penat sangat. Badan saya dah lenguh. Nak balik tidur." rungut Aviera.

Daniel garu kening. Nak buat apa ni......

" Okay jom kita turun guna tangga." putus Daniel. Hari sudah lewat. Jadi, lebih baik mereka guna tangga sahaja.

" What ? Awak tengok perut saya macam mana sekarang. Baru sampai tingkat 5, anak awak ni dah terkeluar." bidas Aviera. Mana mungkin dia cukup kuat untuk turun dari tingkat 10 itu sehingga ke tingkat bawah dalam keadaan sekarang.

Daniel melihat perut Aviera. Boleh pula dia lupa isterinya sedang mengandung.

" Okay kita tunggu." cadang Daniel lagi.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now