Bab 44

13.1K 582 28
                                    

Aviera menikmati gula-gula kapas sambil mengoyang kaki keseronokkan. Akhirnya dapat juga dia makan gula-gula kapas. Movie yang terpampang pada skrin televisyen tidak menarik perhatiannya lagi. Rumah agam itu sunyi sepi kerana Mak Nab pulang ke kampung halaman manakala Dato Emir dan Datin Alya pula ada urusan perniagaan di luar negeri.

Prang

Terhenti suapan gula-gula kapas apabila bunyi itu kedengaran jelas pada telinga Aviera. Aviera menoleh ke arah belakang kerana bunyi itu seperti datang dari arah dapur. Dia telan air liur.

Aviera mencapai alat kawalan jauh dan menutup siaran televisyen. Bunyi kaca pecah itu sangat jelas kerana keadaan rumah yang sunyi sepi itu. Tanpa berlengah lagi, Aviera menapak ke arah dapur.

" Siapa tu ?"

" Ada orang ke ?"

" Alvin, kau ke tu ?"

Dia menjenguk ke dapur tetapi sepi. Langsung tiada sesiapa di dapur. Matanya jatuh pada serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Terkejut dia melihat tingkap yang sudah pecah itu.

Meremang bulu romanya apabila terasa ada bayang di belakang tubuhnya. " Mrs Lewis." suara garau itu kedengaran jelas dari belakang. Jantung Aviera berdegup laju. Perlahan-lahan dia berpaling untuk melihat pemilik suara itu.

"We meet again." lelaki berhoodie serba hitam yang lengkap dengan mask itu bersuara.

Terbeliak mata Aviera melihat lelaki yang pernah menculiknya itu muncul di dapur. Dia takut. Kakinya menapak ke belakang beberapa langkah sehingga terpijak kaca yang bertaburan di atas lantai.

" Auchhh." dersis Aviera kerana kesakitan. Namun perasaan takut melebihi rasa pedih pada tapak kakinya.

" Watch out Mrs Lewis. Nanti luka kaki you yang seksi tu." kata lelaki itu dengan tawa yang cukup menyeramkan.

Aviera berlari ke arah pintu keluar dari dapur itu secepat mungkin. Dia perlu larikan diri. Tetapi, pinggangnya dipeluk erat dari belakang oleh lelaki itu. Entah bagaimana, dia sudah berjaya di tangkap.

" Lepaslah !!! Tolong !!!" jerit Aviera. Dia meronta sekuat tenaga untuk melepaskan diri.

Lelaki itu semakin kuat memeluk tubuh Aviera. Dia menghidu bahagian leher Aviera yang terdedah.

" Lepaslah bodoh !" jerit Aviera.

Aviera mencapai blender yang berada di atas kabinet dengan pantas dan menghentak kepala lelaki itu sekuat hati. Hanya blander yang mampu dia capai.

" Arghhh" lelaki itu mengerang kesakitan dan memegang bahagian kepalanya. Tangannya melepaskan tubuh Aviera secara automatik.

Aviera berlari ke tingkat atas sekuat hati. Dia tiada arah tujuan selain biliknya. Pintu bilik ditutup rapat dan dia bersandar pada pintu sambil memeluk kaki. Seluruh tubuhnya ketar kerana terlalu takut.

Air mata ketakutan mula mengalir. " Daniel....." nama itu meniti di bibirnya. Hanya lelaki itu yang selalu datang menyelamatkannya dalam keadaan apa pun.

" Nak lari mana sweetie" lelaki itu bersuara. Bunyi tapak kaki kedengaran dari luar bilik semakin jelas. Aviera menekup mulutnya sendiri agar tidak menghasilkan bunyi.

" Kau tak akan boleh lari." tombol pintu digoncang kuat dari luar membuat Aviera semakin ketakutan.
Aviera bangun dari duduknya. Dia perlu lari.

Pintu ditendang kuat oleh lelaki itu. Aviera merundur ke belakang saat melihat lelaki itu sudah masuk ke dalam biliknya.

Ketawa lelaki itu bergema kuat di dalam bilik Aviera.
" Kan aku dah cakap kau tak boleh lari."

" Kau nak apa ha ?" Aviera semakin berundur menjauhi lelaki yang semakin dekat.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now