Bab 26

13K 587 18
                                    

" Lepaslah !"

Daniel menarik Aviera masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat.

"Kenapa awak tarik saya ? Saya belum puas tampar muka perempuan mulut puaka tu !" marah Aviera.

Daniel menghela nafas berat. Dia cuba menenangkan dirinya. " Kenapa awak tampar dia ? Ini kan majlis kesyukuran bukan gelanggang untuk awak bergaduh dengan sepupu awak."

" Dia yang mula dulu. Dia kata saya ni bukan perempuan yang baik-baik sebab tu Isaac tinggalkan saya. Mulut longkang dia tu juga cakap yang Isaac cuma nak berseronok jer selama ni dengan saya."balas Aviera dengan nada yang tinggi.

" Saya ni nampak macam perempuan murah ke ? Memang saya tak jaga batas dengan Isaac tapi perlu ke nak hina saya ?" soal Aviera kepada Daniel.

" Viera, stop it. Awak pergi minta maaf dekat Puteri sekarang. At least jaga air muka Papa dan Mama." ucap Daniel dengan nada tenang.

" No !" tengking Aviera.

Daniel memandang Aviera tajam kerana Aviera berani meninggikan suaranya. "Saya takkan sesekali minta maaf dekat perempuan mulut longkang tu ! Saya tak salah. Memang patut dia kena lempang."

" Saya tampar dia sebab dia hina saya. Awak tak ada masatu Daniel, saya sendiri yang pertahankan diri saya sendiri. Awak dekat mana masa tu ? Awak sibuk urut kaki Maya !" Aviera masih tidak mahu mengalah.

" What's wrong with you ? Jangan salahkan orang lain Viera. Saya cuma tolong Maya sebab kaki dia terseliuh. Alvin pun ada dengan saya. Nothing more than that !" jawap Daniel dengan sedikit tinggi.

" Nothing konon. Dulu Isaac pun cakap benda yang sama dengan saya. Nothing more than that Viera. Sekarang awak tengok apa jadi ? Dia kawin dengan perempuan lain dan tinggalkan saya macam tu jer."

"So, awak tampar Puteri sebab dia bandingkan awak dengan isteri Isaac, right ? Awak rasa tercabar bila dibandingkan dengan isteri Isaac. Awak marah macam ni sebab Isaac tinggalkan awak untuk perempuan yang lagi baik."

Perasaan marah kini mengunung apabila Daniel seolah-olah ingin menyalahkan Aviera kembali.

"Wait ! Maksud awak, saya cuma rasa tercabar sebab Khadeeja lagi baik dari saya ?" soal Aviera dengan nada yang membentak.

Tajam mata Aviera menikam mata Daniel. Daniel memegang lengan Aviera. Dia sedar kata-katanya menyakiti hati isterinya itu. "I'm sorry. Saya tak patut cakap macam tu."

Aviera menepis tangan Daniel yang cuba memegangnya. " Awak pun sama. Awak anggap saya ni perempuan murah. Saya cuma nak pertahankan maruah saya dari kena pijak. Bukan sebab Khadeeja lebih baik dari saya."

" I don't give a shit kalau orang nak bandingkan diri saya dengan Khadeeja. Tapi orang tu bukan awak Daniel."

Aviera cuba menahan air matanya tetapi air matanya sudah mengalir laju. Daniel menarik Aviera ke dalam pelukannnya.

" Jangan bagi saya harapan,Daniel. Saya dah cukup terluka dengan apa yang berlaku." Aviera meleraikan pelukan.

" You don't love me. Awak cuma lindungi saya. Suatu hari nanti, bila tugas awak dah selesai, awak pun akan tinggal saya. Sama macam Isaac."

Aviera memandang Daniel yang masih tidak mampu membalas. Benar tanggapannya selama ini. Lelaki itu hanya baik terhadapanya. Bukan kerana cinta.

" Saya keliru. Saya tak tahu sama ada awak cintakan saya atau tak. Tapi sekarang, saya yakin yang awak tak cintakan saya."

Aviera berlalu pergi ke bilik air. Pintu ditutup dan dia menangis sepuasnya di dalam bilik air. Hari ini dia banyak terluka dengan kata-kata keluarganya tetapi kata-kata suaminya lebih menyakitkan.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now