"Dia nak kahwin dengan siapa?" Dazrin tertanya-tanya. Dia sungguh tidak percaya dengan perkhabaran tersebut.

          "Maknanya kamu memang tidak ambil tahu la pasal ni." tutur Datin Noreen perlahan.

          "Tak. Dazrin memang tak tahu apa-apa pasal ni." balas Dazrin.

          "Tak boleh jadi ni. Mummy nak kamu halang perkara tu dari terjadi. Pastikan Mikael tak akan dapat kahwin dengan perempuan tu." ujar Datin Noreen memberi arahan kepada Dazrin.

          "Perempuan tu? Siapa dia?" tanya Dazrin lagi.

          "Manalah mummy tahu. Nenek dengan auntie kamu tak bagitahu mummy pun. Tapi mummy nak kamu siasat dan cari siapa perempuan tu." jawab wanita itu tanpa rasa bersalah.

          "Untuk apa mummy? Nak rosakkan hubungan dia orang ke? Dazrin taknak." Dazrin masih berkeras untuk tidak mengikuti arahan dari ibunya itu. Datin Noreen mula berasa berang.

          "Kamu jangan memandai nak ajar mummy. Mummy tahu apa yang mummy buat. Kamu just ikut apa yang mummy suruh. Itupun kalau kamu masih anggap diri kamu tu anak mummy." Datin Noreen mengugut Dazrin.

          "Mummy!” Dazrin meninggikan suaranya. Datin Noreen menjeling ke arah anak lelakinya itu.

          "No. Mummy dah taknak dengar apa-apa alasan dari kamu lagi. Semuanya terpulang kepada kamu sekarang ni. Kalau kamu rasa kamu tu anak mummy, kamu buatlah apa yang mummy suruh. Cukup simple." ujar Datin Noreen lagi.

Dazrin mati kata. Dia tidak dapat melawan kata-kata ibunya itu. Dia kini di dalam dilema. Meskipun dia tidak suka dengan sikap yang ditunjukkan oleh Datin Noreen itu tetapi dia tetap perlu menghormati wanita itu sebagai ibunya.

***

Haura berjalan menuju ke pantri sambil membawa sebuah buku di tangannya. Dia baru sahaja usai berbual dengan Laila. Dia ke pantri untuk membancuh air buat mereka berdua memandangkan Laila sedang sibuk melakukan tugasnya.

          "Apa hubungan kau dengan Mikael? Korang berdua ada apa-apa ke? Dan apa lagi masalah yang kau dah cetuskan kali ni." soal Suri yang tiba-tiba muncul menghampiri Haura yang sedang mengambil sesuatu di rak. Haura sedikit terperanjat. Dia kemudian mengerling ke arah Suri.

          "Apa benda yang kau merepek ni?" balas Haura tanpa memandang wajah Suri.

          "Dah tu kenapa pagi-pagi buta lagi Mikael cari kau? Kalau kau tak timbulkan masalah takkan dia terhegeh-hegeh cari kau awal pagi macam ni." balas Suri sinis.

          "Mikael cari aku? Dah kenapa pulak? Ish.. Mamat ni pun satu hal, tak menyabar langsung. Macamlah aku boleh lari dia dia." bebel Haura di dalam hati. Tangannya tak berhenti membancuh air.

          "Woi, kau ni dah pekak ke? Jawablah apa yang aku tanya tu." Suri menujal bahu Haura dengan kasar sehingga air tertumpah sedikit ke atas kabinet.

Haura mengeluh panjang. Namun dia tetap tidak menjawab pertanyaan Suri itu. Haura mencapai selembar tisu lalu mengelap sisa air yang tumpah itu. Perkara itu telah membuat Suri bertambah sakit hati.

          "Kurang ajar punya perempuan. Mentang-mentanglah kau kerja dengan Mikael kau nak berlagak dengan aku. Kau ni memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan?" tutur Suri sendirian. Dadanya turun naik dengan laju dek menahan rasa marah yang menyelubungi dirinya.

Setelah usai membersihkan perkakas yang digunakan, Haura mengambil 2 gelas air tersebut lalu mula membuka langkah untuk keluar dari pantri tersebut. Namun Suri tetap jua menghalang. Haura menjeling tajam ke arah Suri.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz