Haa siapa suruh rampas boyfriend orang lagi.

"Khadeeja" panggil Datin Evelyn lembut apabila melihat wajah menantunya yang tidak ceria itu.
Khadeeja mengangkat wajah. Datin Evelyn menarik tangan Khadeeja ke luar rumah. Mereka duduk berduaan di gazebo yang berhadapan dengan kolam ikan.

Tangan Khadeeja digenggam erat. "Kenapa dengan Khadeeja ? Isaac ada sakitkan hati Khadeeja ke ?"

Khadeeja tersenyum palsu. Tidak mahu menambahkan kerisauan pada ibu mertuannya. "Tak ada apa mommy. Isaac baik dengan Khadeeja. Baik sangat." ujar Khadeeja.

Datin Evelyn tahu Khadeeja sedang menipunya. Raut wajah Khadeeja jelas menunjukkan dia sedang sedih. Dia cukup kenal sikap Isaac. Tidak mudah menerima wanita dalam hidupnya. Hanya Aviera yang mampu.

" Mommy kenal Isaac lama dah Khadeeja. Bukan sehari dua. Mungkin tak mudah untuk dia terima Khadeeja tapi kalau Khadeeja ikhlas sayangkan Isaac, Khadeeja rebutlah hati dia."

Khadeeja memandang wajah Datin Evelyn kehairanan. Bagaimana wanita itu tahu perasaan dia terhadap Isaac ? Selama ini dia hanya memendam perasaan. Malah hubungan Isaac dan juga Aviera baru sahaja diketahui selepas kejadian Aviera menyerangnya tempoh hari.

" Mommy kenal Khadeeja dari kecil. Mommy tahu Khadeeja simpan perasaan dekat Isaac. Dari padangan mata Khadeeja pun, Mommy tahu yang Khadeeja tak terpaksa langsung kahwin dengan Isaac. Betul ?"

Kepala diangguk perlahan. Dia tidak mampu mengelak lagi.

"Mommy, Khadeeja tahu perkahwinan ni takkan berjaya sebab hati Isaac bukan untuk Khadeeja tapi Viera. Khadeeja selfish dan ambil kesempatan atas kesulitan Isaac." ucap Khadeeja sambil menahan tangis.

Datin Evelyn mengusap lembut belakang tubuh menantunya. " Ini namanya takdir. Isaac dah sah jadi suami Khadeeja bukan Viera. Khadeeja ada hak atas Isaac." balas Datin Evelyn sambil tersenyum manis. Cuba memberi semangat kepada menantunya.

" Tapi dia sayangkan Viera. Dia berjuang sekarang pun sebab Viera. Viera dah cukup terluka sekarang Mommy. Khadeeja tak sampai hati nak rosakkan hubungan mereka. Mungkin suatu hari nanti, Isaac akan kembali pada Viera semula. Viera pasti akan terima kalau dia tahu perkara sebenar."

Khadeeja tunduk melihat lantai. Hatinya sakit membayangkan diri yang akan ditinggalkan oleh suami sendiri. Hidup dia terlalu menyedihkan. Mencintai tetapi hanya bertepuk sebelah tangan.

" Memang tak mudah untuk Isaac sebab dia masih sayangkan Viera. Tapi hati manusia Allah swt yang pegang. Mungkin takdir akan berpihak pada Khadeeja."

Khadeeja hanya terdiam. Masihkah ada harapan untuk dia bersama Isaac ? Sebagai suami isteri yang sebenar- benarnya ?

 Masihkah ada harapan untuk dia bersama Isaac ? Sebagai suami isteri yang sebenar- benarnya ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aviera meneliti rupanya di dalam cermin. Lipstick ditambah pada bibir untuk menaikkan lagi seri di wajah. Aviera mencapai perfume di atas meja solek dan disemburkan ke badannya.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now