TDLM - bab 69 [tamat]

Start from the beginning
                                    

"Kenapa?" soalan Dhiya sedarkan Kasyaf ke dunia nyata.

Dia berikan senyuman nipis lalu menggeleng. Tapi Dhiya masing pandang dia.

"Dhiya."

"Hmm?"

Diam. Kasyaf kelihatan teragak-agak. Sekejap pandang Dhiya sekejap larikan ke lain.

"Saya—" terhenti. Rasa seperti kata tak terluah dari bibir.

Tapi Dhiya masih menanti hingga pada akhirnya dia dapat mengagak.

"Saya cin—"

"Jangan." Dhiya potong kata Kasyaf.

Apabila mereka saling berpandangan, Dhiya pandang ke lain.

"Hah?"

"Jangan katakan sesuatu yang awak tak maksudkan."

Hujung bibir digigit. Malu? Mungkin kesal kerana dia terlalu mudah untuk dibaca.

"Bukan sebab awak menipu saya Kasyaf, tapi sebab saya tak nak awak tipu diri awak sendiri."

Senyap.

"Saya tak apa, saya seorang yang cintakan awak pun dah cukup. Awak tak perlu rasa terbeban untuk balas balik perasaan saya."

Akhirnya Kasyaf diam tidak berkutik.

Dhiya batuk lagi sambil mengurut dada. Sungguh terasa pedih.

"Nak air tak?"

Terlalu perit untuk menjawab, Dhiya hanya gelengkan kepala.

Melihatkan batuk Dhiya makin teruk, Kasyaf mendekati Dhiya sambil mengurut belakang Dhiya hingga dia lihat darah yang keluar dari mulut.

Terbuntang mata Kasyaf. Sewaktu dia bukakan mulut untuk panggil Medina, segera tangan Dhiya menghalang.

Dia gelengkan kepala tanda jangan berbuat begitu.

"Dhiya—"

"Jangan bagitahu sesiapa?" sungguh dada terasa perit.

"Kita pergi hospital ya, saya tak bagitahu sesiapa. Kita pergi berdua."

Tapi Dhiya masih tidak mahu. Saki baki darah pada bibirnya dikesat. "Tak ada guna, Kasyaf." Lemah dia berkata.

Kasyaf tatap Dhiya, cuba untuk memahami hingga pada akhirnya dia akur.

"Kita masuk bilik, rehat ya."


SEHARIAN selepas kejadian pagi tadi Dhiya hanya tidur. Tubuhnya terasa terlalu lemah, dadanya perit walaupun untuk bernafas.

Hanya akan bangun untuk menunaikan solat dan kemudiannya akan kembali ke lena.

Kali ini sedar-sedar sahaja persekitaran sudah semakin gelap. Dia pandang jam dinding, hampir ke pukul 7.

Terdengar bunyi pintu bilik air ditutup, Dhiya pandang ke arah Kasyaf yang keluar dari situ kemudiannya mendekati katil.

"Nak apa-apa ke?"

Dhiya geleng lemah.

"Nak sandar dekat katil?"

Kali ini Dhiya angguk pula kepala.

Jadinya Kasyaf dirikan bantal lalu dia angkat dengan berhati-hati tubuh Dhiya bersandar pada kepala katil.

Dia pandang ke luar. Tiba-tiba air matanya jatuh ke pipi. Mungkin ini senja terakhirnya.

Kasyaf mendekat dengan Dhiya, duduk betul betul di sebelah Dhiya tepi katil.

"Kasyaf."

"Ya." Tangan Dhiya diraih. Kasyaf tidak senang duduk melihat Dhiya seperti ini, puas dipujuk ke hospital tapi tetap berkeras tidak mahu.

"Saya bahagia, Kasyaf. Menjadi isteri awak."

"Shhh, rehat je." Perasan akan Dhiya yang bernafas melalui mulut dengan mengah.

"Saya cintakan awak dengan seluruh jiwa saya." Terasa perlu untuk dia beritahu, kerana belum pernah dia katakan.

"Dhiya—" suara Kasyaf pecah, dia dapat mengagak apa yang akan berlaku.

Anak mata Kasyaf ditatap lama, Dhiya nampak cahaya cintanya di situ. Sungguh bahagia.

"Saya minta maaf kalau kehadiran saya membebankan awak."

"Tidak Dhiya, tidak pernah." Melihatkan Dhiya mulai seperti itu, Kasyaf sedar yang dia takut.

Takut untuk kehilangan Dhiya. "Awak membahagiakan saya, setiap saat."

"Awak juga, saya bahagia dengan awak."

Air liur ditelan berkali-kali. Sungguh perit anak tekak, lalu air mata jatuh ke bawah.

"Awak nak saya panggilkan yang lain?"

Dhiya menggeleng. "Saya nak luangkan masa dengan awak." Terasa singkat tapi terasa lama.

Kasyaf dekatkan lagi tubuhnya dengan Dhiya. Matanya sendiri sudah mula berair.

Pipi hangat Dhiya disentuh. "Saya cintakan Dhiya, demi Allah saya cintakan awak—"

Tersekat apabila tekak terasa pedih lalu air matanya turut turun.

"Saya minta maaf sebab lambat bagitahu tapi sumpah Dhiya, saya cintakan awak sebesar alam."

Takut dan sesal menanti di hujung jalan. Terlalu lambat untuk dia sedar betapa dia tidak mahu kehilangan Dhiya.

Air mata Dhiya makin lebat. Sebagaimana bisikan memberitahu itu adalah bohong, Dhiya sedar Kasyaf jujur.

Pada hujung nafasnya, dia dapat mendengar kata itu. Lebih 10 tahun menanti.

Akhirnya dia dengar dengan jujur dan ikhlas.

"Halalkan makan minum saya, Kasyaf. Terima kasih untuk segalanya yang awak berikan, saya bawa ke syurga kasih, cinta dan kenangan kita bersama."

Sebak di dada tidak dapat ditahan sehinggakan esakannya kedengaran.

Lantas Kasyaf memeluk erat tubuh Dhiya. Merayu dan berdoa pada Tuhan jangan ambil Dhiya.

"Mengucap Dhiya." Makin kedengaran nafas berat Dhiya di telinganya.

"Ashadu alla ilahaillah," ucapan itu diketuai oleh Kasyaf.

"Ashadu alla ilahaillah." Diikuti oleh Dhiya.

"Wa asyhadu anna muhammadarrasulullah."

"Wa asyhadu anna muhammadarrasulullah."

Serentak mereka berkata.

Nafas Dhiya makin berat. Atas demi nama Allah, jika ini nafas akhir, Dhiya bahagia dengan pengakhiran hidupnya.

Kelopak mata mulai kuyu, gambaran makin kabur sebelum Dhiya pejamkan mata.

Terasa tubuh Dhiya menjadi dingin, esakan Kasyaf makin kedengaran hinggakan dia mengeratkan dakapan.

Medina yang bersiap dengan telekung ingin memanggil untuk solat Maghrib terhenti di muka pintu melihat dua tubuh di depan matanya.

Air mata perlahan jatuh tapi tangannya ditekup pada mulut menghalang esakan.

Tertulis di luh mahfuz kisah hidup Dhiya tamat padasaat itu.

Tertulis di luh mahfuz kisah hidup Dhiya tamat padasaat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now