TDLM - bab 52

Depuis le début
                                    

"EH, Kasyaf buat apa dekat sini?"

Terkejut melihat anak lelakinya tiba-tiba berada di rumah pada bekerja seperti ini. Puan Azizah menyambut huluran Kasyaf untuk menyalaminya.

"Yang lain mana? Tak datang?" mana tahu datangnya ke sini bersama menantu-menantunya.

Kunci kereta dimasukkan ke dalam poket seluar. "Tak ummi, Kasyaf singgah sekejap je. Nak ambil barang."

"Oh ya ke? Barang apa?" rasanya hampir kesemua barang Kasyaf sudah berada di rumah. Sudah bertahun lama Kasyaf tinggalkan rumah ini jadi sikit sangat lah barang yang masih ada.

"Barang lama ke?"

Dia garu kepala yang tidak gatal. "Lama lah juga, tu pun tak tahu elok ke tidak lagi."

Kepala diangguk kecil. "Hah ye lah." Malas mahu tanya lagi, Puan Azizah ke dapur manakala Kasyaf mendaki anak tangga menuju ke tingkat tiga.

Kasyaf cuba untuk mengingat di mana dia letakkan benda sekecil itu. Bukan setakat elok ke tidak lagi yang dia khuatiri, entah ada atau tidak yang sebenarnya dia fikirkan.

Laci meja ditarik kesemuanya tetapi kosong, masih belum ditemui.

Dia beralih pula membuka pakaian almari yang terdapat pakaian lamanya. Kebanyakannya mungkin pakaian yang masih menyimpan memori lama, seperti baju sekolah yang diconteng pada hari terakhir persekolahan.

Satu kotak yang berada di bahagian bawah almari. Diselongkar namun masih belum diketemui.

Untuk seketika Kasyaf duduk di hujung katil. Keluhan kecil dilepaskan. Mungkin agaknya benda itu sudah tiada. Lagipun sudah hampir 13 tahun berlalu.

Punggungnya diangkat kembali. Biar dia cari sekali lagi sebelum berpuas hati yang benda itu memang tidak akan ditemui lagi.


TEH yang panas diletakkan sedikit jauh daripada komputer riba Kasyaf milik Kasyaf. Medina yang hanya memakai baju kelawar mengambil tempat bersebelahan dengan Kasyaf di sofa 3 tempat.

Matanya dikecilkan melihat skrin komputer riba. "Ni bukan gambar kita masa dekat pulau dulu ke? Like pulau yang kita jumpa untuk first time."

Bibirnya senyum lebar sambil mengangguk. Hampir 1 jam juga lah Kasyaf menggeledah biliknya untuk mencari pendrive yang menyimpan gambar lamanya ketika di pulau dahulu.

"You simpan lagi?"

"Simpan lah, tadi lama gila I cari pendrive yang simpan gambar-gambar ni."

Hampir ternganga mulut Medina melihat stail pakaiannya ketika dahulu. Dengan tudung bawal yang kelepet.

Tetapi menimbulkan rindu di hati. Rasanya itu kali terakhir mereka bercuti berempat. Selepas itu, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Dan Dhiya pula mula mengelakkan diri dari mereka.

"Nanti you tolong upload dekat google drive lepas tu bagi dekat I eh."

"Okay."

Teh yang disediakan oleh Medina disisip perlahan. Masih panas. Tangannya ligat mengasingkan beberapa yang diinginkan.

"You nak buat apa dengan gambar-gambar ni?" soal Medina. Dia perasan akan Kasyaf yang mengasingkan beberapa gambar ke dalam folder yang berlainan, majoritinya ada lah gambar yang focus pada Dhiya.

Matanya memandang Medina. Kasyaf senyum nipis, "I nak cuci gambar-gambar ni, letak dalam album bagi dekat Dhiya."

Jawapan itu membuatkan Medina memandang skrin komputer yang memaparkan gambar Dhiya yang tersenyum lebar.

Waktu itu sahabatnya masih tidak memakai tudung, masih lagi berisi dan tidak sekurus sekarang. Atau perlu dia kata waktu itu masih lagi sihat.

"Kenapa?"

"Birthday dia on this Monday kan?" tadi ketika dia melihat tarikh pada jam tangan, dia perasan akan beberapa hari lagi hari lahir Dhiya.

Mungkin kerana dia sering menguruskan hal berkaitan dengan Dhiya yang membuatkan dia menghafal nombor kada pengenalan Dhiya, jadi dia teringat.

Bebola mata beralih pada tarikh yang ditunjukkan di hujung bawah belah kanan skrin komputer riba, melihat tarikh.

Betul apa yang diberitahu oleh Kasyaf.

"So you nak bagi album dekat dia?"

"Ya. How? Okay?"

Tangannya bersilang pada dada. "Zaman sekarang kan orang mana ada dah cuci cuci gambar ni. Baik you send through whatsapp je."

"Ei, lain lah. Tak sama. Digital dengan yang dah cuci tak sama tau feel dia."

Medina ketawa kecil. "Okay je."

Makin giat Kasyaf mengasingkan gambar-gambar yang ingin dia cuci. Kusyuk sehingga Medina yang berada di sebelahnya memandang sahaja Kasyaf.

"You nak buat celebration ke untuk birthday dia?" Medina tanya, pecahkan kesunyian.

"Nak buat ke?"

"You rasa?"

Kasyaf berfiikir. "Tak payah kot, kita bertiga je lah."

"Okay." Lagipun Dhiya bukan selesa pun apabila berada di khalayak ramai. Bukan dia ada kenal sesiapa pun yang dekat-dekat dengan Kuala Lumpur selain daripada keluarganya.

Terasa mengantuk, Medina angkat punggungnya dari sofa. "I nak masuk tidur dah. Malam ni you tidur dengan siapa?"

"You. Tadi Dhiya dah tidur. I tak nak terkejutkan dia kalau I masuk bilik nanti."

Medina letakkan tangannya pada bahu Kasyaf. "Alright, jangan lewat sangat. I masuk bilik dulu, goodnight."

"Goodnight."

Dia berlalu pergi, meninggalkan Kasyaf yang masih lagi ralit.

Dia berlalu pergi, meninggalkan Kasyaf yang masih lagi ralit

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzOù les histoires vivent. Découvrez maintenant