(special) Diari Mikhael

1K 16 31
                                    

Hai.
Aku Syed Mikhael Putra.
Apa aku buat dekat sini?
Aku di sini untuk menjawab segala soalan yang mungkin berlegar dekat kepala korang semua.
Kalau ada yang tak cukup, komen dekat bawah.

Q1. Kenapa Syed Mikhael Putra pergi tinggalkan Fatima selama setahun?

Yang ni, korang kena ingat satu peristiwa ni. Di mana aku yang sedang berada di dalam surau hospital, sambil menunggu Fatima menjalankan pembedahan. Aku yakin korang ingat yang masatu, aku ada buat panggilan telefon dengan seorang lelaki yang bernama Khairin. Ya, aku suruh dia jejak lokasi papa aku sebenarnya. Bila dah dapat lokasi papa, aku pergi cari dia. Aku... Aku pukul papa sampai dia hampir mati. Kemudian, aku dimasukkan ke penjara atas tuduhan cubaan membunuh. Papa lumpuh seluruh badan di sebabkan aku. Selepas setahun, baru aku dapat keluar daripada penjara atas ikat jamin yang berjumlah satu juta ringgit. Kenapa aku buat semua ni?

Q2. Macam mana mama (Puan Roziah) boleh meninggal?

Aku tahu, korang pasti tahu siapa pembunuh dia. Ya, pembunuh dia ialah papa aku sendiri. Motif pembunuhan? Disebabkan kerana, masatu papa mabuk. Ya, di siang hari. Papa mabuk dan kebetulan pula mama menyoalnya tentang isteri muda nya, ibu kepada Riden. Papa bunuh mama dengan cara menikam perut mama sedalam yang mungkin menggunakan separuh daripada botol arak yang sudah pecah. Aku benci papa! Aku akan benci papa sampai mati disebabkan hal itu! Dia bunuh mama! Dia seorang pembunuh! Memang layak pon dia lumpuh seluruh badan untuk seumur hidup! Biar dia terseksa!

Q3. Macam mana boleh bertemu dengan Fatima? (pertemuan pertama)

I don't really remember tapi rasanya, waktu tu aku berumur 17 tahun. Pergi mengikut mama ke kedai alat muzik untuk membeli sebuah violin. Tanpa menanyakan terlebih dahulu violin mana yang aku mahukan, mama mencapai sebuah violin bewarna putih dan terus membayarnya. Arh, aku benci warna putih! And that's when i saw her for the first time. Dia datang ke kedai yang sama, juga untuk membeli violin. Disebabkan aku tak suka violin bewarna putih yang dibeli oleh mama itu, aku berikan secara percuma sahaja kepada remaja perempuan itu. Yes, percuma. Nasib baik mama tak marah. Selepas 12 tahun, baru aku tahu yang violin putih diberi nama 'Jello' oleh Fatima.

Q4. Apa kaitan Al Quran braille berkulit kristal itu dengan Fatima ataupun Syed Mikhael Putra?

Al Quran... tu. Banyak kenangan antara aku dan dia dengan Al Quran tu. Setelah setahun mengetahui yang dia sudah kehilangan daya penglihatannya disebabkan aku, aku menghadiahi dia sebuah Al Quran braille berkulit kristal itu kepadanya. Al Quran itu merupakan pasangan kepada tasbih kepunyaan ku. Kedua-duanya aku beli semasa aku melanjutkan pelajaran aku di Turki dahulu. Tak sangka pula, sampai sekarang Fatima menyimpan Al Quran itu.

Q5. Siapa lelaki yang ada di penjara itu?

Ya, seperti yang sudah dijangkakan oleh sesetengah daripada korang, lelaki itu ialah aku.

Q6. Kenapa Syed Mikhael Putra buat-buat tak kenal Fatima?

Rasa bersalah. Rasa bersalah lah yang membuatkan aku berpura-pura tidak mengenal wanita teragung itu. Satu, rasa bersalah disebabkan peristiwa sepuluh tahun lepas. Peristiwa yang meragut deria penglihatan dia. Dua, aku rasa jijik dengan diri aku sendiri. Bagaimana mungkin dia bersama dengan lelaki yang pernah menjadi banduan seperti aku? Ya, aku begitu jijik dengan diri sendiri.

Q7. Kenapa Syed Mikhael Putra cintakan Fatima?

Entah. Mungkin sebab dia la wanita yang menyedarkan aku tentang cinta ini tak semestinya perkara buruk sahaja. Cinta itu indah jika bersama dengan orang yang betul. Dia juga yang menyakinkan aku bahawa Allah itu tidak kejam. Dia menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuan mereka. Ya, Fatima yang ajar aku semua itu. Dia ada bersama aku macam mana aku selalu ada bersama dengan dia 10 tahun lalu. Sewaktu pertama kali dia kehilangan deria penglihatannya. Yup, daripada situ aku jatuh cinta dekat dia. Dia wanita paling sempurna selepas arwah mama.

Q8. Kenapa F'Rose Flower Shop diberi nama sebegitu?

Sebenarnya part ni, author dah cerita dekat salah satu bab dekat dalam cerita ni. Tapi, bab itu TERhilang. So, biar aku pula yang cerita. 'F' tu stands for 'Fatima' manakala 'Rose' tu stands for 'Mawar' in Malay. Yang apabila digabungkan, terbentuk la nama seorang gadis, Mawar Fatima. Ya, aku buka kedai bunga tu untuk dia. Kedai bunga tu merupakan hadiah yang aku berikan untuknya. And yes, sekali lagi, kerana rasa bersalah.

Q9. Kenapa Syed Mikhael Putra tinggal banyak harta untuk Fatima? Bukan kah mereka belum kahwin?

Bukan. Kalini, bukan kerana rasa bersalah. Bukan juga atas niat untuk menyogok dia dengan duit. Bukan. Aku tidak lah sekejam itu. Alasan peninggalan harta yang banyak beserta dengan syarat yang complicated itu adalah disebabkan... aku tahu yang aku akan pergi jauh daripada dia. Mungkin aku akan mati? Mungkin juga aku akan lenyap daripada memori dia? Ya, hadiah-hadiah tu adalah untuk dia sentiasa ingat pada aku. Walhal, wajah aku pon belum pernah ditatap olehnya sepanjang kami berkenalan :( Ah! Sedih pula rasanya.

Q10 (last). Siapa Mawar Fatima di mata Syed Mikhael Putra?

The most beautiful girl i have ever met. The kindest girl i have ever met. The girl with the purest heart i have ever met. She's the best after my mother. Dia wanita teragung dalam hidup aku. Kahwini, miliki, cintai dan lindungi  dia adalah kemahuan aku. Tapi mungkin, aku dan dia tiada jodoh? Mungkin Tuhan tidak mahu kami bersatu? But overall, she's my world. I love her with all of my heart. Fatima, walaupun awak tak pernah tatap wajah saya, saya nak awak tahu yang saya ikhlas cintakan awak. Tiada siapa akan mampu gantikan awak dalam hidup saya. Andai kata, memang betul bukan jodoh kita untuk bersama di dunia, saya akan tunggu awak di syurga, cinta. Saya tunggu awak di sana. Awak jangan lupa cari saya, Fatima. Tolong jangan lupakan saya, Fatima. Saya cintakan awak selama-lamanya. Selama-lamanya. Ich liebe dich <3

DIARI MIKHAEL ENDED HERE.

MAWAR FATIMA ||©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt