25- Merajuk

436 18 10
                                    

AKU dengar sahaja perbualan di antara dua manusia yang ada di dalam kedai bersama aku itu. Sudah nak masuk satu jam mereka berbual. Aku kat sini? Terpatung tak boleh nak berkata apa.

"Cakap kedai tutup, kenapa ada juga orang yang datang?". Aku berkata menggunakan suara yang paling perlahan. Namun, aku tahu, pasti Syed mendengarinya. Walaupun daripada kejauhan. Ish, dasar telinga lintah!

"Kejap ye, Cik Liyana. Cik pilih dulu bunga yang cik berkenan, saya nak pergi jenguk kawan saya sekejap". JAP... JAP... SEKEJAP... APA DIA CAKAP?! KAWAN?! K.A.W.A.N?! AKU NI KAWAN DIA JE KE? WHAT THE F-.

"Cinta penat ke?". Dia menarik kerusi di hadapan ku dan duduk di situ.

"Siapa 'cinta' awak?". Aku mencebik. Masih geram dengannya. Begitu lah lelaki (bukan semua tau), asal nampak perempuan lawa sikit je, terus lupa yang dah ada. Huh!

"Kenapa ni? Hm?". Tangannya cuba untuk menggapai tangan ku tetapi terlebih dahulu aku tepis.

"Saya nak balik". Mendatar suara ku. Nak lari, tak boleh. Sebab apa? Sebab aku yang terpaling cerdik ni tertinggal tongkat dekat pantai, nak jalan pakai apa? Kan tersadung dekat atas jalan raya tu, mahu takde dah wajah cantik aku ni.

"Kejap la, cinta. Kan kita tengah ada pelanggan tu". Dia mendekatkan mulut nya ke telinga ku dan berbisik.

"Saya tanya tadi, siapa 'cinta' awak?". Soal ku masih terasa dengan tindakannya yang hanya melabel aku sebagai 'kawan' sebentar tadi. Sekurang-kurangnya, cakap la yang aku ni girlfriend dia kalau bukan tunang sekali pon. Tak la aku terasa sangat.

" Ya Allah, kenapa ni? Kenapa tiba-tiba buat perangai ni?". THE HECK?! DIA CAKAP AKU BUAT PERANGAI?! APA DIA INGAT AKU NI ANAK DIA KE?

"Dah la, Syed. Saya nak balik, saya penat".

"Penat buat apa? Lagipun, bukan ada siapa-siapa pon dekat rumah. Semua orang tengah ada dekat pantai sekarang ni, kan?". Ish!

"Saya cakap nak balik, saya nak balik la. Saya tak nak duduk sini lagi, awak faham tak?". Suara ku aku tinggikan sedikit. Tiba-tiba sahaja mood aku bertukar. Daripada tenang tadi, tiba-tiba jadi gorila.

"Okay, okay. Kita balik. Tapi bagi saya serve customer ni dulu, okay?".

"Saya nak balik sekarang".

"Fatima, hey. Dia beli bunga untuk mak dia la. Takkan saya nak halau dia balik macam tu je. Saya tahu, awak marahkan saya. Jangan lah macam ni, cinta". Kedua-dua tangannya kini mengenggam erat tangan ku.

"Yow, bro! Kenapa kau kat sini, semua orang ada dekat pan-". Terus suara sang penerjah masuk itu terdiam. Barangkali sedang melihat suasana yang agak tegang di situ.

"Ameer, kau buat apa kat sini?". Syed bertanya. Lah, Ameer rupanya. Kawan dia.

"Aku datang sebab mama bagitahu kau ada dekat sini. Saja lah, nak jumpa kau. Tengok-tengok, tengah bertegang urat dengan tunang sendiri rupanya". Straight to the point sahaja mulutnya. Takde dah nak lindung-lindung sikit.

"Ameer". Panggil ku.

"Tolong hantar saya balik, boleh? KAWAN saya ni sibuk sangat sekarang ni". Sengaja aku tekan kan perkataan 'kawan' itu.

"'Kawan'? Bukan Syed ni...".

"Boleh tak? Saya nak balik sekarang. Kalau tak boleh, saya naik Grab saja".

"Boleh boleh. Naik dengan aku arh. Daripada naik dengan Grab, mahal pastu tak pasti tentang keselamatan dia". Seloroh Ameer. Pandai sahaja dia mereka alasan. Padahal memang betul pon.

"Okay". Terus aku turun daripada kerusi. Syed diam tidak berkata apa sedari tadi. Dah sedar dah ke kesalahan dia?

"Syed, aku minta izin kau nak tolong hantar tunang kau ke rumah, ya? Kau layan lah customer kau yang daripada tadi dok tersengih-sengih dekat kau tu". Kan dah kata, Ameer kalau bercakap, dah takdenya nak ke kanan, ke kiri. Terus ke hadapan ada lah.

"Hm, ya lah. Tapi nanti, Fatima, please call saya tau. Awak nak balik sorang-sorang dengan Ameer ni buat saya risau la". Ujarnya. Jelas kedengaran nada kerisauannya yang terbit daripada mulut manis itu.

"Tak nak, huh!". Apa salahnya berperangai kebudak-budakkan sekali sekala kan? Biar padan muka dia. Nak sangat berteman hidup kan aku. Memang itu lah rasanya. Astagfirullahalazim, jahat betul kata hati aku ini.

"Fatima... Hey".

"Aku pergi dulu tau, Syed. Jumpa kau nanti. Risau juga aku takut meletup Fatima ni dekat sini". Fuh, nasib baik ada Ameer. Kalau tak, aku yakin 100% dia takkan bagi aku balik selagi dia belum siap layan Cik Liyana, pelanggan kesayangan dia tu.

"KAU okay tak ni, Fatima? Daripada tadi diam je. Apa masalah kau dengan Syed sebenarnya?". Pertanyaan Ameer berbunyi sedikit kasar kan? Tapi, tuan nya tidak pon. Ameer terkenal dengan sikap prihatin nya. Kalau kawan-kawan dia tengah gaduh dengan partner masing-masing, dia la yang pujuk. Ceh, patut la bini sayang. Jap, cakap pasal bini dia...

"Ameer, Natalia mana? Awak tinggal sorang-sorang dekat pantai ke?". Soal ku. Oh, kalau nak tahu, Ameer punya isteri, Natalia, kawan sekolah menengah aku dulu. Tu sebab aku boleh kenal dia.

"Takde la sorang-sorang. Dia duduk dengan Harraz dan Eiliyah. Okay je tu. Sekarang ni, kau. Kau alright tak alright ni?". Dia bertanya soalan yang sama seperti tadi.

"Kesian dia, awak tinggal sorang-sorang". Aku masih mengelak daripada menjawab soalannya.

"Dah dia tak nak ikut. Eh, kau ni. Jawab soalan aku dulu boleh tak? Kau okay ke tak dengan Syed ni? Ada masalah apa?". Kali ketiga dia mengulang soalan yang sama.

"Biasa lah perempuan. Cemburu sikit je, dah merajuk". Aku berkata-kata pujangga ku.

"Kau la perempuan tu".

"Hm".

Suasana sepi seketika sebelum dia bertanya lagi, "Kau cemburu sebab apa? No, no. Tukar soalan. Kau marah dia sebab apa?".

"Satu, sebab dia panggil saya 'kawan' je dekat depan customer kesayangan dia tu. Dua, dia cakap saya buat perangai, padahal tak pon. Mungkin sikit la, sikit. Tiga, ya, saya cemburu dengan Cik Liyana tu. Mesti dia lagi cantik daripada saya kan?". Lah, tiber je soalan yang berunsurkan insecurity ini terbit di hujung kata ku.

" Mana ada woi! Lepas mama dan Natalia, bini aku, kau la perempuan yang paling cantik pernah aku jumpa. Tapi nanti kalau aku dah ada anak perempuan, kau jatuh la ranking. Yang penting, kau sudah semestinya lagi cantik daripada Cik Liyana tu. Aku tengok dia, macam gedik je". Pandai je nak ambil hati orang kan?

"Ish! Tak baik la face shaming orang".

"Dah, kau tanya. Aku jawab la". Cebik Ameer.

(a/n: lah comel je Ameer ni, tpi dh kahwin HAHAHAHA)

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now