23- 'Aku-Kau'

409 16 10
                                    

"KENAPA, awak takut hilang saya? Awak takut saya meninggal?". Aku ketawa terkekek-kekek setelah faham akan pernyataannya sebentar tadi.

"Aku tak buat lawak, Fatima". Tegas suaranya. Nama panggilan juga serta-merta ditukar. Membuatkan ketawa ku mati. Riak wajah sedih ditunjukkan.

"Kalau awak tak buat lawak, kenapa awak buka topik sedih ni?".

"Kematian adalah sesuatu yang menyedikan bagi kau?". Suaranya sebak, dia tiba-tiba bertanya lagi.

"Sedih la kalau saya terpaksa tinggalkan orang yang saya sayang, Syed. Kenapa awak tanya semua ni? Hari ni patut jadi hari yang happy tau untuk kita. Kenapa awak tanya soalan suram ni? Awak ada apa-apa yang tak kena ke?". Prihatin aku bertanya. Aku tahu, perilaku sedang berubah pelik sekarang. Dia menjadi sedih secara tiba-tiba. Terlalu takut untuk hilang yang dia sayang.

" Syed, awak dah makan?". Suara mama entah daripada mana, muncul dan bertanya.

" Hey, ya Allah. Kenapa anak mama menangis ni?". Ya Allah, dia menangis betul? Aku ingat aku sorang je yang terlebih sensitif hari ini.

"Kenapa ni, sayang?". Mama menyoal lagi. Dan lagi-lagi lah dia diam. Hanya bunyi esakan kecilnya yang bercampur dengan bunyi bayu laut itu sahaja kedengaran.

"Syed...". Aku cuba untuk memanggilnya. Rasa risau sudah sejak lama memenuhi hati. Yela, tiba-tiba sahaja dia yang riang berubah menjadi suram tadi. Mana tak risau.

"Kenapa dengan Syed ni, Fatima? Manja semacam je ni. Peluk mama macam tak nak lepas".

"Tak tahu la, mama".

"Nak peluk Fatima...". Membulat mata aku mendengar rengekan manja lelaki dewasa berumur 29 tahun itu.

"Mengada nya awak ni! Tunggu la kahwin dulu". Mama ketawa terbahak-bahak melayan jenaka anak tunggalnya yang terlampau manja itu.

"Nanti dah kahwin, Fatima kena tahan tau. Syed ni macam ni la, 24/7 nak berkepit dengan mama. Nanti dah kahwin dengan Fatima, dia berkepit 24/7 dengan Fatima pula. Tak ubah macam kanak-kanak umur tiga tahun. Bukan apa, Syed ni kalau dia sayang, memang dia tak nak lepas. Its not like he is a psycho or what, cuma kalau dia sayang, dia akan terlalu sayang. Dan dengan orang yang dia benci, dia akan terlalu benci". Mama menyebut ayat terakhir nya dengan penuh sayu.

"Macam mana dia benci kan saya, papa dia sendiri". Ha, kalau pemilik suara ni, aku sendiri pon benci. Aku tahu, aku tak patut menaruh setitik pon perasaan benci dekat siapa-siapa. Aku tahu 'benci' itu ditegah dalam Islam. Tapi, semenjak kejadian kurang ajar dia di music show beberapa bulan lepas yang masih tidak boleh aku lupakan, hati aku sakit. Maruah aku rasa tercalar diperlakukan seperti itu.

"Kau buat apa kat sini? Aku tak pernah jemput kau! Lagi satu, pesan dekat anak tiri kesayangan kau tu, jangan pernah dekat dengan Fatima lagi!". Suara Syed dipenuhi amarah. Entah syaitan apa yang merasuk jiwanya setiap kali dia berhadapan dengan papa nya. Asyik nak marah aje.

" Syed, mama yang jemput dia. Dah la tu, tak nak lah marah-marah lagi. Abang, abang dah makan?". Lembut sahaja mama bertanya. Namun, tiada sebarang jawapan daripada Encik Mansor.

Mungkin dia hanya mengangguk atau geleng kepala sahaja.

"Mama, suruh lelaki ni pergi. Syed tak nak tengok muka dia lagi". Berbaur arahan tegas. Aku sendiri takut mendengarnya.

"Mika...". Ayah kandungnya itu seumpama merayu sahaja kalau didengari daripada suara dan cara dia memanggil middle name Syed pada ketika ini.

"Jangan panggil aku dengan nama tu! Aku tak suka".

Tangan ku meraba-raba ke udara untuk mencari tangannya. Setelah berjaya menyentuh satu tangan yang bermaterial satin, aku terus membuka mulut.

"Syed, jom pergi. Saya nak pergi ke F'Rose, nak beli bunga daisy". Alasan aku reka untuk melarikan dirinya daripada terus bertengkar di parti itu. Tak mahu la pula parti itu dirosakkan dengan perbalahan kedua ahli keluarga ini. Nanti apa pula orang kata. Tak manis kan?

"Jap, aku nak ambil sesuatu dengan Izzat. Kau tunggu kat sini. Nanti aku bawa kau ke kereta". Nada nya sudah sedikit melembut itu masih sahaja terdengar kasar dengan panggilan 'aku-kau' itu. Terguris lah sikit hati aku ni.

Aku tiba-tiba menggeleng.

"Kenapa?".

"Tak jadi la. Tak nak". Mengada-ngada pula aku harini. Dah la di hadapan ku ini masih ada mama dan papa dia. Aku rasa la.

"Kenapa ni? Did i hurt you today?".

I nodded softly.

"Apa yang aku dah buat?". Suaranya mendatar. Namun, masih terdengar nada kerisauan.

"Abang Syed bercakap dengan Kak Fatima guna 'aku-kau'. Terasa ler tuew!". Eh, sejak bila pula Qaseh ada di sini. Dan, pandai pula dia baca fikiran aku. Keturunan nujum pak belalang ni.

"Im sorry, kleines mädchen. Aku-, eh saya. Yes, saya. Saya terlepas sikit emosi saya dekat awak tadi. Jangan lah marah saya, Fatima". Alalala, comel je minta maaf.

"Takdela, tak marah pon. Saja je nak uji awak". Tersengih-sengih aku kepada nya.

"Sejak bila pandai buat macam ni? Saya tak suka la. Kasi takut saja".

"Semenjak saya baca satu novel Braille yang awak belikan masa saya kerja haritu".

Aku bangun daripada tempat duduk ku dan berjalan bersamanya tanpa menghiraukan orang sekeliling yang mungkin sudah terlopong, ternganga melihat kami yang buat tidak endah dan pergi begitu sahaja.

"Baru baca? Saya dah belikan novel-novel tu untuk awak lama kan?". Dia menyambung lagi topik tadi.

"Haah. Nak tahu tak cerita dia pasal apa?". Soal ku, riang. Aku suka bila ada orang yang sudi mendengar celoteh aku. Hek eleh, yakinnya kau dia dengar. Kalau dia tolak macam mana?

"Hm, cerita la. Tapi, sebelum tu, masuk kereta dulu kat depan sana. Sikit lagi nak sampai".

"NOVEL tu pasal kehidupan sepasang suami isteri ni. Tapi, bukan biasa-biasa tau, sebab suami dia ni introvert dan isteri dia ni extrovert. Macam kita ni kan, dua-dua macam duduk tengah-tengah je kan? Ambivert namanya".

"Haah, pastu? Apa jadi".

"Takde apa jadi. Diorang hidup bahagia dengan anak perempuan diorang. Tapi, cerita tu comel gilerrrr. Saya suka sangat baca. Setiap kali baca, jiwa single saya ni macam meronta-ronta je". Aku buat-buat pegang dada ku dengan muka yang berkerut.

(a/n: anw, shout out to author oddishh for making the story that i mentioned above, ffs, i really really really love your story #bigfan. so dear readers, pegi la tekan profile author yg saya dah mention tu and baca cerita tu. Cerita tu tajuk dia, 'Cuddle' ---sequel kepada buku satu lagi iaitu 'Flirt' tapi boleh dibaca sebagai standalone ><. Tapi korang baca la 'Flirt' dulu baru 'Cuddle' nanti tak faham sangat, macam author T-T. okay itu je, cerita tu best nak mampos tau! so, pergi baca! bye!)

.
.
.
.
.
author point of view:

"Jap, awak single? Habistu saya yang dekat sebelah awak ni siapa? Hantu? Guardian of The Galaxy awak? Saya ni takde makna apa-apa ke dekat awak, Fatima?".

Sempat lagi erk tanya. Aku baru nak tutup chapter ni.

"Astagfirullahalazim, maaf. Saya dah lupa yang awak ni tunang saya. Sorry, Syed". Fatima ketawa kecil, niat tak mahu bagi bakal suami merajuk. Lah, tu pon nak merajuk. Ghisau!

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now