21- "Awak Sayang Saya Tak?"

430 15 8
                                    

"KITA kat mana ni, Syed?". Lantas aku bertanya di saat angin sepoi-sepoi bahasa menyapa badan ku. Bunyi air laut-, eh air laut? Aku sedang berada di pantai ke sekarang ni?

"Mama ada buat party kecil dekat pantai ni. Sempena majlis pertunangan kita semalam. Awak okay je kan?".

Aku mengangguk. "Saya okay je, cuma saya tanya je tadi. Ingat kan awak dah culik saya, bawa saya kemana-mana". Aku ketawa. Cuba menceriakan suasana.

"Saya culik awak betul-betul nak tak? Lama sangat lah nak tunggu enam bulan untuk kahwin. Kita kahwin je dekat Thailand, nak?". Kecut perut aku mendengar gurauannya. Aku gurau sikit-sikit je, gurauan dia ni, melebih dah ni. Bunyi macam bukan gurauan pon ada.

" Oh, semalam awak kata nak bagi saya sesuatu. Awak nak bagi apa?". Cepat-cepat aku tukarkan topik.

" Oh, tu. Maaf tau, patutnya saya bagi semalam tapi saya lupa pula yang Izzat tak datang". Apa kena mengena dengan Izzat pula ni?

" Barang tu ada dengan Izzat". Jelasnya sembari tangannya yang tersarung dengan kain lembut seperti kain satin itu menarik tangan ku untuk duduk di sebelahnya. Di aras pasir pantai itu.

"Kita duduk dulu, tunggu Izzat. Sementara tu, nganga mulut awak, saya nak suap makan". Kata-kata akhirnya itu, membuatkan pipi ku memerah serta-merta. Malu lah pula!

"Makan apa? Nanti yang lain nampak, malu lah".

"Buka je la mulut tu, cinta. Ke nak tunggu saya cium dulu baru awak nak buka?".

"Ish, apa awak ni!?". Tangan ku laju menampar bahagian badannya yang ada di sebelah kanan ku.

"Saya gurau je la. Cepat la, open your mouth, cinta".

Beberapa saat kemudian, aku akur. Perlahan-lahan aku membuka mulut ku dan menunggu apa-apa sahaja makanan yang ingin disuap olehnya ke dalam situ. Jangan dia suap pasir sudah. Memang aku selam kelapa dia dalam air laut masin tu nanti.

Dan terasa lah sepotong kek manis masuk ke dalam rongga mulut ku.

"Kek apa ni?".

"Carrot cake, your favourite". Mana dia...?

"Mana awak tahu ni perisa kek kegemaran saya?".

"Saya kan best friend forever dengan ayah awak. Mestilah dia yang cerita. Dia cerita semua pasal awak. Enough talking, now its your turn". Giliran apa pula ni? Nak suruh aku suap dia? Malas lah, malu!

"Giliran apa? Saya tak nak suap awak, okay? Nanti orang tengok". Awal-awal lagi aku menolak. Sudah tahu, itu lah niat dia.

"Suap la, cinta. Saya nak merasa juga bermanja-manja dengan awak. Biasanya saya je yang manjakan awak". Mengada-ngada betul suara dia sekarang ni. Ada juga yang aku selam betul-betul kepala dia dalam air pantai kat depan tu nanti.

"Ala, cepat la, cinta".

"Beria betul lah dia ni. Hm, mana kek nya?".

Tangannya sekali lagi memegang tangan ku untuk mengarahkannya kepada kek yang mungkin siap tercucuk di sudu garfu yang digunakan untuk menyuap aku tadi.

"Nganga luas-luas. Kalau tak, saya cucuk mata awak dengan garfu ni".

"Cucuk la. Nanti kita sama-sama buta". Amboi, dark joke dia! Melampau-lampau!

"Awak cakap macam tu sekali lagi, saya cancel je majlis nikah kita nanti. Biar padan muka awak! Kempunan!". Geram aku! Suka sangat buat lawak pelik-pelik.

"Forgive me, cinta. Niat saya hanya nak bergurau, tak tahu la pula awak ambil hati".

"Benda macam tu orang tak buat gurauan! Kalau buta betul nanti macam mana? Awak nak ke jadi macam saya? Ha?". Tiba-tiba sahaja aku menjadi terlebih sensitif hari ini. Tubir mata ku dipenuhi dengan air suam dalam sedetik tika sahaja.

"Hey, kenapa ni Fatima? Saya minta maaf kalau gurauan saya tu, ada melukai hati awak. Saya tak sengaja. Please don't cry, mein liebling. Your tears broke me. Saya minta maaf, cinta". Kedua tangannya terasa lembut sahaja di sisi kedua pipi ku. Ibu jarinya mengelap air suam yang sudah mengalir sebentar tadi.

Sungguh, kata-kata bodoh seperti itu tidak patut dikategorikan sebagai gurauan. Sebab semua tu, doa. Kalau Allah nak tunaikan doa tu, bila-bila masa sahaja Dia Yang Maha Kuasa boleh buat.

"Fatima... Saya minta maaf".

"Jangan lah cakap macam tu lagi lain kali".

Tangannya masih setia mengusap pipi ku.

Klakk! Kecekak!

Beberapa sinaran lampu kamera tiba-tiba sahaja muncul di hadapan kami. Membuatkan badan ku sedikit tersentak, terkejut mak ai!

"Syed? Awak buat apa?".

"Buat apa? Mana ada buat apa-apa, cinta". Katanya, berdalih. Mencuba untuk menipu.

"Cakap betul-betul la".

"Tak la, cinta. Saya upah photographer untuk ambil gambar kita".

Tiba-tiba sesuatu muncul di benak kepala ku.

"Sebab tu ke awak suruh saya suap awak kek tadi?". Kening ku bertaut, dahi ku berkerut. Ada-ada sahaja agenda pelik lelaki ini. Entah apa pula rancangan dia selepas ini. Bak kata cikgu Kimia penulis cerita ni, "Dia dah rancang, kita je yang lalai".

"Yela, Fatima. Kalau boleh saya nak abadikan setiap saat masa kita bersama. Saya tak nak sia-siakan masa dengan awak sebab saya sayang kan awak sangat-sangat". Kata terakhirnya yang penuh dengan ketiba-tibaan itu menghantar bahang kepanasan ke seluruh ruang muka ku. Telinga ku juga.

"Awak sayang saya tak?". Soalannya. Ah, kenapa dia perlu tanya soala sebegitu pada saat begini?

" Fatima sayang Syed tak...?". Soalannya semakin dileret-leretkan sewaktu aku enggan untuk menjawab.

"Akak, jom makan! Semua dah tunggu!". Terima kasih wahai adik kesayangan ku! Kau lah penyelamat ku, aku sayang kau dik!

"Okay, dik! Nanti aku datang!". Aku melaung kembali.

"Ajak Abang Syed, sekali!".

"Okay!".

Cepat-cepat aku menggapai tongkat ku untuk berlalu pergi daripada nya. Namun, tangannya sempat menarik lembut gaun putih yang aku pakai ketika itu.

"Nak pergi mana, cinta?". Soalnya seolah-olah sedang cuba untuk menggoda ku.

"Qaseh panggil makan la. Semua dah tunggu. Kalau awak tak nak, awak tunggu la Izzat dekat sini sorang-sorang".

"Awak belum jawab lagi soalan saya".

"Tak, saya tak sayang awak!". Aku menarik kain gaun ku untuk melepaskannya daripada pegangan lelaki yang juga merupakan tunang ku itu dan melajukan langkah aku, meninggalkannya.

"Kalau awak tak sayang saya, kenapa awak nak kahwin dengan saya?!".

"Entah!".

Jalan punya jalan nak lari daripada dia, tangan ku terasa dipegang oleh seseorang. Cepat-cepat aku melarikan tangan ku di saat aku merasa tiada kain satin yang memisahkan kulit kami. Mengetahui yang itu bukan lah tangan Syed Mikhael Putra. Namun, tangan lelaki lain. Kasar.

"Hey! Awak siapa!?". Kuat aku menjerit di tengah-tengah pantai itu.

"Hey, darling.... Finally, we met after 10 years".

Siapa dia?

(a/n: jeng jeng jeng, siapa tu?)

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now