30- Keputusan Amanah Terakhir

467 19 6
                                    

"PUAN Roziah telah mendaftar sebagai seorang penderma organ pada usia kehidupannya. Dan satu-satu nya jenis organ yang boleh didermakan olehnya ialah sepasang matanya. Organ di bahagian perut nya semua sudah rosak. Jadi, kalau Encik Mikhael bersetuju untuk mendermakan mata arwah kepada pesakit lain, encik boleh tandatangan kat atas borang ini". Doktor lelaki itu menolak ke arah ku beberapa keping borang. Mungkin borang pengesahan untuk pendermaan organ arwah mama.

         Lepas sahaja Fatima berjaya memujuk ku untuk pulang beberapa jam lepas, aku terus pulang dan membersihkan diri. Lama juga aku termenung dan menangis di dalam bilik air apabila terfikirkan kembali yang aku sudah kehilangan mama.

         Pukul 8.30 malam. Aku datang semula ke hospital bersama Fatima. Doktor menyuruhnya untuk tunggu di luar dan diri ku di suruh masuk ke dalam bilik nya. Hanya untuk membincangkan hal ini.

        "Kalau saya tandatangan ni, mama akan gembira kan?".

        "Saya yakin dia akan gembira. Gembira sebab Encik Mikhael dah lakukan amanah dia yang terakhir. Derma organ merupakan amal yang besar, encik. Apabila kita melakukan amal yang besar, ganjaran pahala yang diterima juga akan berlipat kali ganda besarnya". Olah doktor lelaki yang agak muda itu.

        "Jadi sepasang mata mama akan didermakan kepada pesakit lain?".

         Soalan aku dijawab dengan sebuah anggukan kecil. Sebuah senyuman juga turut dilemparkan kepada ku.

        Tiba-tiba beberapa dialog terlintas di kepala ku.

         "Saya nak tengok muka awak. Saya nak tahu seikhlas mana awak daripada riak wajah awak".

         "Saya harap sangat awak boleh tatap wajah saya. Saya nak awak tahu yang saya ikhlas ingin ucapan terima kasih kepada awak. Awak sedarkan saya yang Allah itu ada. Allah itu tak kejam. Terima kasih, Mawar Fatima".

          Satu dialog daripada Fatima dan satu lagi daripada aku sendiri.

          "Kalau saya sign borang ni, mesti pesakit tu boleh melihat dengan normal semula kan?". Satu lagi soalan aku ajukan kepada doktor itu.

         "Ya, Encik Syed. Tepat sekali".

         "Boleh saya cadangkan nama pesakit tu?".

         "Sudah tentu".

          Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus mencadang kan nama yang sudah lama terlekat di dalam kepala otak aku ini.

KAKI ku digoyang-goyangkan di lobi hospital itu. Menunggu Syed untuk keluar daripada bilik doktor yang betul-betul ada di hadapan tempat duduk ku ini.

         Tangan ku terus mengusap-usap sesama sendiri. Sejuk nya bukan kepalang. Kalau dekat luar pon dah sejuk, apatah lagi dekat dalam bilik tu. Mesti lagi sejuk. Kesian Syed. Mesti dia tengah kesejukan sekarang. Tambah pula dengan sifat gementar nya. Ah, aku pula yang risaukan dia.

         KREKK...

         Bunyi pintu di hadapan ku dibuka. Terus aku berdiri dan berjalan beberapa langkah ke hadapan untuk mendapatkannya. Insan yang pada saat ini memerlukan begitu banyak sokongan.

         "Doktor cakap apa, Syed?".

         "Kita duduk dulu, okay?".

          Aku mengikuti sahaja arahannya untuk duduk semula di kerusi besi yang aku duduki sebentar tadi.

          Kurang daripada lima saat, aku merasa dua buah tangan yang memegang kedua tangan ku dan aku letakkan ke atas peha ku itu. Dia... Dia melutut ke? Ya Allah!

         "Syed, apa awak buat ni? Duduk la sebelah saya. Kenapa awak sampai melutut bagai ni?". Risau, aku bertanya. Yela, tiba-tiba sahaja dia melutut di hadapan ku. Mana aku tak risau.

         "Fatima, you once said yang awak nak tengok wajah saya kan? Untuk tahu seikhlas mana cinta saya kepada awak kan?". Kenapa tiba-tiba sahaja di bertanyakan soalan ini.

         "Saya ingat saya nak batalkan sahaja permintaan saya tu sebab saya tahu permintaan tu mustahil". Sayu aku berkata namun masih sahaja tersenyum.

        "Awak tak perlu batalkan semua tu. Saya akan tunaikan permintaan awak, Fatima". Apa maksud dia?

         "Apa maksud awak, Syed? Apa yang awak cuba cakap ni?". Keliru. Sungguh aku keliru sekarang. Entah apa maksud di sebalik kata-katanya. Aku sendiri tak tahu.

         "Saya dah jumpa penderma sepasang mata untuk awak". Tenang dia berkata. Daripada lembutnya genggaman tangannya, aku tahu yang dia sedang tersenyum nipis pada saat ini.

         "Siapa? Siapa penderma yang awak maksud kan itu?". Aku bertanya lagi.

        "Mama".

        Perlahan-lahan aku membuang genggaman kedua tangan ku daripada nya. Hati ku mulai gelisah. Muka ku berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

         "I can't do this, Syed".

         "Why? Saya hanya cuba untuk menunaikan permintaan awak. Kenapa awak tolak?".

         "Syed. Mama awak baru je pergi tinggalkan kita semua. Kenapa yang awak utama kan sekarang ni, saya? Apa penting sangat ke saya dalam hidup awak?".

         Terdiam terus lelaki itu mendengar kata-kata ku.

          "Saya tahu, niat awak baik, Syed. Tapi saya tak boleh terima pemberian ni, saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat. Pemberian ni terlalu besar". Aku berbicara lagi apabila merasa tangannya kembali memegang tangan ku.

          "Ini amanah mama, Fatima. Mama yang suruh saya buat semua ni. Kalau saya tak jalan kan amanah mama yang terakhir ni... saya tak ubah macam anak tak guna. Saya tiada di saat-saat terakhir mama perlukan saya. Saya balik je ke rumah, saya tengok mama dah terbaring tak sedarkan diri kat atas lantai. Awak nak tahu tak kata-kata terakhir dia apa, Fatima?". Dia mengakhiri cerita ringkasnya dengan sebuah soalan.

         " Mama suruh saya jaga awak baik-baik. Mama tahu saya cintakan awak. Sangat-sangat. Sebab tu lah, 10 tahun yang lepas, dia berirkrar untuk jadi penderma organ. Sebab dia tahu, kalau suatu hari nanti ada apa-apa terjadi kepada dia, dia tahu yang saya akan dermakan mata ni kepada awak. Dia rela, Fatima. Ini amanah terakhir dia sebelum dia pergi. Saya tak nak kecewa kan dia". Kepala nya terasa berat sahaja di atas peha ku. Tak lama kemudian, terasa aliran air hangat di seluruh telapak tangan ku. Dia menangis lagi.

         Risau juga aku terhadap keadaan dia sekarang ni. Daripada pagi tadi tak berhenti menangis. Mesti tenaga dia pon dah berkurang.

         "Bukan saya penting kan awak lebih daripada mama sekarang ni. Jadi, awak tak perlu rasa bersalah. Cuma, saya mahu tunaikan permintaan mama yang terakhir untuk jaga awak elok-elok. Awak penting dalam keseluruhan hidup saya, bukan pada saat ini sahaja. Awak.... Awak faham kan?". Tersekat-sekat suaranya di akhir kalam nya itu.

         " Saya harap sangat awak terima pemberian ni, Fatima". Dia menyambung lagi. Membuatkan aku terdiam lagi.

          Aku melepaskan keluhan halus sebelum berkata, "Baik. Saya akan terima. Sebab saya tahu yang ini amanah terakhir mama. Tapi, dengan satu syarat yang awak wajib tunaikan".

           "Apa syarat nya?".

(a/n: there will be a surprise)

    

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now