9- Mimpi

460 24 12
                                    

VIOLIN putih aku itu disentuh perlahan-lahan. Rindu. Itu sahaja perkataan yang mampu aku ungkapkan. Kalau dulu, lepas je waktu sekolah, aku akan selalu bermain violin di tepi-tepi jalan. Sekurang-kurangnya dapat la juga duit belanja sekolah, kurang la sedikit beban ibu dan ayah.

          "Rindu?".

            Lantas aku mengelap air mata ku. Lupa pula yang Encik Syed ambil cuti hari ini.

           "Saya ada satu soalan. Boleh saya bertanya?". Bunyi kerusi di hadapan ku ditarik, menandakan yang dia mahu duduk.

         "Tanya lah".

            "Saya dengar ibu cakap, awak hilang daya penglihatan sebab kemalangan. Kalau awak diberi peluang untuk cakap sesuatu dekat orang yang langgar awak tu, apa yang awak nak cakap?". Tenang sahaja suaranya walaupun terdengar sedikit kerisauan terselit di celah-celah kata-katanya itu.

           " Mulanya, saya memang marah dekat sang pembawa kereta tu. Mulanya, saya salahkan Allah atas segala apa yang berlaku. Saya anggap Dia tak sayangkan saya sebab Dia tarik semula nikmat yang Dia beri. Berhari-hari juga saya fikir apa salah saya sehingga diuji sebegini. Tapi, bila dah terbiasa, saya dah mula menerima kenyataan. Saya tak patut salah kan Allah atas semua ni. Dia berhak menguji saya. Pasti ada sebab di samping ujian yang Dia berikan itu. Dan, saya berpegang pada satu kalimah suci Al Quran iaitu, فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ yang bermaksud, 'maka nikmat Tuhan kamu yang manakah hendak kamu dustakan'. Saya berpegang pada kalimah itu dan terus percaya yang ujian diberikan oleh-Nya ini, semuanya bersebab. Mungkin pada masa lampau, seorang Mawar Fatima memang tak reti nak bersyukur. Siapa tahu kan? Semua tu kuasa Allah".

          Aku memulakan mukadimah ku. Kemudian, disambung lagi.

            "Jadi, kalau saya diberikan rezeki untuk bertemu dengan orang yang langgar saya pada malam itu, saya nak berterima kasih dekat dia".

           Terkedu dia mendengar jawapan ku. Mungkin tidak disangka-sangka yang perkataan-perkataan itu yang bakal dikeluarkan daripada mulut ku.

           "Kenapa? Awak tak marahkan dia ke?".

           Aku menggeleng lembut dan menyambung lagi, "Buat apa saya nak marahkan dia, Encik Syed? Kalau dia la manusia yang membuat saya sedar akan erti bersyukur. Kalau dia la manusia yang buat saya berubah. Tak guna saya marahkan dia. Benda dah lepas kan? Kita manusia biasa ni, tak boleh nak putarkan masa, kan?".

            Terdengar keluhan berat terlepas daripada mulutnya entah buat kali ke berapa pada petang itu. Kenapa? Cerita aku ini terlalu menyedihkan ke? Aku dah rosakkan mood dia ke?

            " Encik Syed? Encik Syed, okay?".

            " Saya okay. Oh, pasal kelas violin kita, awak nak sambung petang ni ke esok?".

           "Ni dah pukul 5.30 kan, Encik Syed?". Aku bertanya.

           "Macam mana awak tahu?". Soalan ku dibalas dengan soalan.

            "Cuaca redup. Arah cahaya matahari. Semua tu".

           "Haah. Lebih kurang 5.30. 5.40 sebenarnya".

            Oh, how close! Kena banyak practice lagi ni!

           "Hm, kalau saya balik dulu boleh? Saya risaukan ibu. Biasanya ayah keluar ke kerja, balik malam. Saya tak biasa balik lewat, tinggalkan ibu sorang-sorang. Saya sambung esok, boleh?".

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now