13- "Cinta"

432 24 11
                                    

(a/n: kalau nak nangis, sambil baca chapter ni please dengar lagu Untuk Mencintaimu by Seventeen)

CUACA hari ini tak berapa baik sangat. Gelap semacam je. Oh, hujan sekali. Lebat pula tu.

        Aku dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah seharian lepak dengan Harraz, Ameer, Eiliyah dan juga Natalia. Jalan malam itu sunyi sepi. Kereta tak banyak. Hari yang hujan dan sunyi sepi seumpama menyambut perasaan ku yang sedang lara.

         Mata ku tiba-tiba terbuntang ketika melihat seorang wanita bertudung, berketinggian lebih kurang 5'5 kaki sedang berjalan di sisi jambatan bersama tongkatnya. Ya, di dalam hujan lebat itu. Terus aku menekan brek dengan serta merta lalu turun daripada kereta ku.

         Berlari aku ke arahnya lalu aku menyentap tangan wanita itu sehingga tongkatnya jatuh ke atas ruang pejalan kaki, tempat kami berdiri.

        "KAU BUAT APA KAT SINI, FATIMA! KALAU YA PON KAU BENCIKAN AKU, JANGAN LAH SAMPAI NAK BUNUH DIRI". Suara aku betul-betul meninggi. Muka ku yang dibasahi air hujan itu memerah, memarahi si dia.

        "Encik Syed?".

        "KAU NAK BUNUH DIRI KE FATIMA?!". Aku bertanya lagi. Suara ku masih kuat.

        "Apa awak ni?! Saya nak balik la!". Seketika dia terdiam, kemudian menengking aku kembali.

        "Dahtu kenapa jalan kaki dalam gelap macam ni? Kau tu dah la buta, kalau ada orang apa-apa kan kau? Kalau kau accident macam mana? BODOH LA KAU NI! TELEFON LAH AKU LAIN KALI!". Terduduk aku di hadapannya. Kedua tangan ku masih menggengam erat tangannya.

       " Tolong lah, Fatima... Jangan buat aku risau lagi. Aku merayu dekat kau, tolong lah Fatima". I was literally begging her.

        "Melebih-lebih la awak ni. Tadi saya naik Grab sebab nak pergi ke kafe Kak Wawa, lepastu bateri telefon saya dah mampos, tak boleh nak tempah Grab balik. Jadi, saya jalan lah kaki, bukan jauh pon. Yang Encik Syed cakap saya nak bunuh diri ni, dah kenapa? Saya ada iman lagi tau!". Dia merentap tangan ku, melepaskan tangannya daripada pegangan ku.

        Tangan kanannya yang sudah kelihatan pucat itu, kemudiannya memcapai tongkat yang jatuh tadi dan perlahan-lahan berjalan meninggalkan aku.

       " Fatima, balik dengan aku".

        Dia langsung buat tak endah sahaja.

        "Mawar Fatima! Balik dengan aku!". Sekali tengkingan sahaja, langkahnya terhenti. Wajahnya berpaling semula ke arah suara ku.

        "Kau balik dengan aku sekarang sebelum aku dukung kau, balik rumah!". Aku ugut dia. Terus berkerut dahinya. Mungkin sedang memikirkan tentang ugutan aku yang agak pelik itu.

        "Dukung la kalau berani!". Oh, dia cabar aku eh?

         Within seconds, i ran to her and immediately took her onto my back. Giving her a piggyback ride.

          "HEY! APA AWAK BUAT NI!". Dia mengetuk-ngetuk bahagian belakang badan ku.

         "Kau yang cabar aku. Baik kau duduk diam-diam, kalau tak, aku campak kau kat bawah". Bibir ku dijuihkan ke arah sungai yang ada di bawah jambatan yang berdekatan dengan kawasan perumahannya itu.

AKU hanya mampu terdiam. Dia. Syed Mikhael Putra, berjalan dia dalam hujan itu sambil membawa aku di atas bahagian belakang badannya.

        "Encik Syed, turun kan lah saya. Saya boleh berjalan sendiri la. Rumah saya jauh lagi ni".

MAWAR FATIMA ||©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt