Epilog

1.5K 26 9
                                    

"BOLEH bagi nama panjang tak encik? Sebab saya nak catat dalam buku ni". Wanita itu tersenyum lalu tangannya mengangkat sebuah yang berkulit agak tebal sambil mengetuk-ngetuk hujung pena yang dipegang pada kulit buku yang keras itu.

           "Mikhael. Mikhael, sahaja". Kata ku.

           "Encik, saya nak nama panjang. Saya nak tulis dalam ni, nanti buku ni saya simpan untuk rekod". Wanita itu cuba untuk menahan sabar.

          Sebenarnya, dah nak dekat 20 kali wanita ini bertanyakan soalan yang sama. Namun, jawapan yang sama juga dia perolehi. Nasib baik la, dia ni penyabar orangnya.

           "Nama saya...". Teragak-agak aku untuk memberi tahu nama ku yang sebenar.

            "Haah, nama encik...".

            "Syed. Syed Mikhael Putra". Kata ku pada akhirnya.

             Kelihatan dia seperti terkesima di situ. Pen yang dipegang juga jatuh ke semula ke atas meja. Buku yang dipegang tadi, diletakkan semula ke tempatnya.

             "Kenapa, Cik Mawar?". Giliran aku pula menyoal.

             "Tak, takde apa-apa. Cuma nama awak macam pernah saya dengar. Forget it or i will ruin the mood". Dia... Dia masih ingat pada aku? Bibir ku menjongketkan senyum kecil.

             "Fuh, okay. Finally, awak bagi tahu juga nama awak. Penat 20 kali saya tanya. Sekarang, nak suruh saya panggil awak apa? Atau nak saya bagi nama samaran? For your information, kebanyakan pelajar-pelajar saya, saya bagi nama samaran tau". Terangnya bersungguh bersama senyum yang langsung tak rasa untuk menghilang daripada wajah cantiknya itu.

            "Well, of course. You can gave me one nickname".

             "Kalau macam tu... hm... mulai daripada sekarang, saya akan panggil awak...". Jari telunjuk kanannya diletakkan ke sisi kepala seolah sedang berfikir.

            "Saya akan panggil awak 'Mein Prinz'. Maksud dia, 'putera' kalau dalam Bahasa Jerman".

             Bukan. Bukan 'putera' sahaja...

             'My Prince'.

             "Cik Mawar pandai bercakap bahasa asing?". Soal ku ingin tahu.

             "Someone taught me to learn that language because he once called me 'my darling' in Germany and i don't even know the real meaning behind it. Kalau saya tanya dia maksud 'mein liebling' tu apa, dia akan cakap yang frasa tu bermaksud 'stupid girl'". Aku terdiam. Terlihat kesedihan di balik senyuman dan kedua matanya ketika berceritakan tentang memori lampau kami berdua itu.

             " Oh, patut la. Good for you, dho". Janggal. Berasa sungguh janggal situasi kami pada saat ini. Setiap daripada kami tiba-tiba sahaja terdiam. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan.

                "Mama!". Keheningan itu dipecahkan oleh suara seorang kanak-kanak lelaki yang menerjah masuk bilik kecil yang ada di dalam studio violin milik Fatima itu.

               Kejap. 'Mama'? Maksudnya, dia dah ada anak? Dah kahwin? Takkan lah. Baru setahun aku pergi, takkan anak dia dah besar macam ni.

               Mata ku teralih pada figura kecil yang berketinggian rendah yang sedang berdiri tepat di sebelah kerusi yang aku duduki itu.

              "Hey, sayang! Datang dengan siapa?". Fatima menyoal kanak-kanak itu.

              "Datang dengan Mommy Qaseh".

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now