16- Mama

397 23 0
                                    

"SAYA balik dulu. Terima kasih sebab hantar kan saya". Aku mencapai tali beg tangan ku dan berura-ura untuk keluar daripada keretanya. Tapi, tindakan ku terhenti apabila terdengar dia menyeru nama ku.

"Fatima...".

"Hm?".

"Fatima, panas". Lemah suaranya. Telinga ku menangkap bunyi dia membuang tali lehernya. Jap, pergi makan malam pon pakai tali leher ke? Pelik betul aku dengan lelaki ni.

"Kenapa panas? Awak okay tak ni?". Wajah ku berkerut, aku mulai kerisauan.

"Fatima... Tolong aku...".

Sobsob...

Perlahan sahaja suara tangisan kedengaran. Dia menangis? Kenapa? Kemudian, baru lah otak aku menangkap sesuatu. Astagfirullahalazim! Aku lupa yang Encik Syed ni tengah demam. Tangan kanan ku lantas menepuk dahi sendiri.

"Ya Allah, sorry Encik Syed. Saya lupa yang awak tengah demam". Entah apa fungsinya, tapi aku mengibas-ngibaskan tangan ku ke muka ku sendiri. Barangkali, merasa gelabah.

"Macam ni, kita masuk rumah dulu okay? Maksud saya, rumah ibu. Ke awak nak balik rumah mama awak? Tapi siapa nak drive? Ish! Saya pula tak reti nak drive. Ya Allah, nak buat apa ni?".

"Hey, hey, hey. Relaks lah. Aku demam je, bukan nak mati pon". Hek eleh!

"Dahtu tadi siapa yang merayu-rayu, cakap panas? Buaya mana kalau bukan awak". Aku mencebik. Betul apa, tadi dia juga yang mengada-ngada sangat. Sekarang? Baca lah sendiri!

"Tapi betul la, aku panas ni Fatima. Tolong aku".

"Nak tolong apa? Tolong buka kan baju?". Aku melepaskan tawa riang. Seronok sekali sekala bergurau dengan lelaki ini.

"Buka lah kalau berani. Lepastu, aku telefon mama. Bila mama datang sini, aku suruh kahwinkan kita berdua dekat masjid depan sana tu". Subahannallah, tak boleh diajak bergurau lah manusia bernama Syed ni.

"Dah la, tunggu sekejap. Saya panggilkan ibu".

"Alright, mein liebling". Dia ketawa kecil dibalas dengan aku yang bermasam muka setelah mendengar dia SEKALI. LAGI memanggil aku dengan panggilan itu.

"Suka la tu kan?".

"Suka". Makin dibuka mulut dia tu, makin aku rasa nak sumbat dengan stokin.

"AWAK tak penat ke?".

"Penat apa?".

"Penat kejar saya? Buat semua ni semata-mata untuk saya. Tak penat ke? Saya tolak pinangan awak. Saya tak bermakna apa-apa lagi untuk awak".

"Kau nak tahu jawapan untuk soalan kau haritu tak, Fatima?". Di dalam keadaan huja yang lebat itu, dia bertanya.

"Ya, aku cinta kan kau. Aku bukan nak kahwin dengan kau hanya sebab rasa bersalah ataupun kesian. Aku memang betul-betul cinta kan kau. Tapi, kalau sekalipun bukan jodoh kita untuk hidup bersama, aku akan tetap ada untuk kau. Sebagai kawan rapat kau. Your guardian angel. Sebab tu, aku tak akan pernah penat ada untuk kau. Selain mama, kau la wanita teragung dalam hidup yang pernah aku jumpa. Kau berjaya buat aku jatuh cinta meskipun kita baru sahaja berjumpa, seperti apa yang kau katakan beberapa hari lepas". Di dalam kegelapan malam dan hujan yang lebat itu sambil dia memberikan ku piggyback ride home, dia menjelaskan segala-galanya. Dia meluahkan perasaannya kepada ku. Aku agak tersentuh dengan segala tindakan dan kata-katanya pada saat itu.

Sekilas daripada kejadian pada tempoh hari tiba-tiba terlintas di kepala ku, membuatkan air mata ku bergenang kembali. Tak pernah lagi aku merasakan perasaan ini. Cinta? Tak mungkin. Kesian? Tidak. Entah. Oh, mungkin aku terasa dihargai. Sepanjang 10 tahun aku kehilangan daya penglihatan ku, aku pernah terfikir yang ada ke lelaki yang akan memperisterikan aku.

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now