1- Syed Mikhael Putra

1K 42 0
                                    

"FATIMA balik dulu, Kak Wawa!". Aku melambaikan tangan ku ke belakang seraya mengucapkan kata selamat tinggal itu kepada Kak Wawa atau nama sebenarnya Nurin Najwa itu. Entah betul entah tidak arah lambaian aku itu. Maklumlah, mata ni dah tak boleh nak melihat, susah lah sikit.

          Ya, dah masuk 10 tahun semenjak kejadian yang terburuk yang pernah terjadi di dalam hidup ku itu. Sudah 10 tahun juga lah aku telah meninggalkan dunia penulisan dan dunia musik klasik, violin. Rindu. Sungguh aku rindu akan kedua-duanya.

          Penulisan. Aku terpaksa membayar ganti rugi untuk menamatkan tempoh kontrak bersama syarikat penerbitan novel yang telah aku tandatangani kontrak yang bertempoh 4 tahun itu.

          Violin. Sedih tak terkata setiap kali aku teringatkan fakta yang aku sudah tidak mampu lagi mengalunkan alunan musik yang indah daripada violin kesayangan ku yang ku beri nama Jello itu. Violin bewarna putih itu kini tergantung sepi di dalam salah satu ruangan berpintu kecil yang ada di dalam bilik tidur ku. Aku pernah berfikir untuk membuang sahaja violin itu, tetapi apabila terfikirkan yang pembaziran adalah salah satu amalan syaitan yang direjam, aku memilih untuk menyimpannya sahaja. Violin itu juga merupakan pemberian daripada seseorang yang misteri yang sampai ke hari ini aku tidak tahu menahu siapakah manusia yang tersangat lah baik itu.

         "Ya la, hati-hati Fatima!". Laungan Kak Wawa itu mengejutkan aku daripada lamunan siang aku.

         "Okay, Kak Wawa!". Aku mengangkat ibu jari tanda thumb up dan membuka pintu kaca yang membawa ku keluar daripada book cafe itu.

          Bunyi dentingan besi-besi perhiasan yang digantung di luar pintu kaca kafe itu membuatkan aku tertarik. Setiap kali aku keluar daripada kafe ini, aku pastu akan memberhentikan langkah ku selama beberapa saat di hadapan pintu masuk itu untuk menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa yang sekaligus membuatkan besi-besi bergatungan itu berbunyi lagi. Entah, aku suka bunyi itu. Terasa tenang.

          Ting!

          Kedengaran bunyi pintu kaca yang kini berada di belakang aku dibuka, menandakan ada pelanggan yang baru sahaja keluar. Aku mengalihkan sedikit kedudukan aku ke tepi, memastikan yang dia tidak akan terlanggar aku.

          "Oi, perempuan!!!". Kuat suara itu menengking, sekaligus selepas itu terasa aliran air yang agak panas di bahagian belakang badan ku.

          Secara drastiknya, aku melemparkan tongkat dan beg kertas yang berisikan kek berperisa Red Velvet itu ke atas jalan raya. Terdengar bunyi tongkat besi dan beg kertas itu berlaga dengan jalan raya yang sudah sememangnya keras itu. Nasib baik lah, tidak kedengaran banyak kenderaan yang lalu di hadapan ku itu.

         "Saya minta maaf sangat-sangat, saya betul-betul tak nampak". Dengan tidak menghiraukan rasa melecur di bahagian belakang ku itu, aku terlebih dahulu menundukkan badan ku beberapa darjah untuk meminta maaf kepada jejaka yang ada di belakang, depan atau tepi ku itu.

         "Kenapa tak nampak pulak? Kau buta ke?". Selamba sahaja dia bertanya. Nasib baik lah aku ni jenis yang tidak mudah ambil hati jika ada orang yang bertanya. Kalau orang lain ni, mesti dah terasa hati. Kurang gula punya mamat ni!

          Aku tersenyum sekilas sebelum mengangguk. Tangan ku cepat-cepat mencari-cari kedudukan tongkat aku yang selalunya akan membantu aku sebagai panduan setiap laluan yang akan aku lalui.

         "Ni". Sesaat kemudian, jejaka yang menengking ku tadi, menghulurkan aku sesuatu. Apabila aku mencapai benda yang dihulurkannya oleh itu, terasa panas haba yang diserap oleh tongkat besi ku itu.

         "Your cake was damaged by a car, im sorry". Aik, dia pula yang minta maaf? Patutnya aku lah kan?

         "Eh, takpe-takpe. Saya yang patut minta maaf, Encik...".

         "Syed. Syed Mikhael Putra".

          Aik, ni pelik juga ni. Aku tak tanya pon nama penuh dia. Takpe la, tak salah pon kenal dengan orang baru.

         "Saya Fatima. Mawar Fatima". Aku menghidangkan sebuah senyuman indah kepadanya.

          Namun, tiada sebarang kata lagi daripadanya. Seolah-olah aku dapat melihat yang tubuhnya kini mematung tanpa kata di hadapan ku. Seolah-olah kepalanya tertunduk ke bawah.

         "Kenapa awak diam? Nama saya terlalu cantik ke?". Aku cuba untuk bergurau.

          Namun, dia tetap sahaja terdiam. Eh, atau dia dah pergi? Kalau dah pergi, mesti dengar bunyi tapak kaki kan? Kenapa tak dengar pon? Ke aku dah pekak? Bukan aku buta je ke?

         "Nama awak pon cantik juga. Nice to meet you, Syed. You sounds like a good guy, saya harap saya boleh jumpa awak lagi suatu hari nanti. Saya pergi dulu". Sekali lagi aku tersenyum sebelum betul-betul pergi meninggalkan lelaki itu sendiri di situ.

WANITA itu. Siapa dia? Kenapa seperti semuanya seperti terulang semula tatkala dia memperkenalkan dirinya. Ah, mungkin sahaja aku telah melihatnya di mana-mana di jalanan atau kedai ataupun restoran. Entah, siapa yang tahu kan?

          Ataupun, dia merupakan pelanduk dua serupa dengan seseorang yang aku kenali. Siapa? Entah, otak ni tak dapat nak berfikir dengan waras pada ketika itu.

          Mata ku yang sedang menatapnya tadi, kemudiannya beralih kepada baju kemeja putih ku yang sudah agak kotor terkena kopi yang tertumpah dek kerana aku yang secara tidak sengaja terlanggar wanita itu tadi.

         "Ah! Kena tukar lah ni?". Tangan ku mencampakkan cawan kopi yang sudah kosong itu ke dalam tong sampah yang ada di hadapan ku itu.

         "Tu la kau, cuai lagi!". Terbahak-bahak Harraz Hakimie, kawan baik ku sejak daripada aku berumur 5 tahun lagi, mengetawakan ku. Apa yang lawak pecah perut sangat pon tak tahu la.

         "Tapi kan, cun wey awek tadi. Kau tak minta nombor telefon dia ke? Kalau aku takde bini ni, dah lama aku mintak". Harraz ni kalau bab-bab perempuan, laju je. Entah-entah kalau hantu Kak Limah tu pakai make up, dia nak ambil juga rasanya. Susah betul ada kawan tak berapa nak pandai macam dia ni. Aku bagi tahu bini dia, baru tahu!

         "Tak. Ambil nombor nak buat apa? Bukan aku ada kena mengena pon dengan dia. Tak penting, dia tu hanya sekadar stranger sahaja. Tak lebih dan sekali lagi aku ulang, tak penting pon dalam hidup aku". Aku bertanya seraya kaki ku melangkah, membiarkan Harraz yang masih tercegat di hadapan pintu masuk kafe itu seorang diri.

         "Eleh, dah tu kenapa kau diam macam patung cendana bila perempuan tu sebut nama dia tadi?". Lah, mamat ni, tak habis lagi ke? Penat la aku nak layan.

         "Kau nak balik ke tak nak ni? Kalau tak nak, pergi jalan kaki". Penat melayan perangai pelik Si Harraz itu, aku masuk ke dalam perut kereta ku dan mulai menghidupkan enjin Nissan GTR r35 itu.

          Kalau melayan Harraz tu, sampai Maghrib pon belum tentu sampai office. Dah la lepasni aku kena pergi kedai bunga lagi. Ingat tak penat ke? Eh, asal macam salah je ayat aku tu. Ah, apa-apa jela!

(a/n: fuh! yeayy published first chapter of the book. please don't let this book flop :l)

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now