33- Rahsia Kehilangan Dia

607 20 3
                                    

"SIAPA awak? Maaf, saya baru boleh tengok muka awak. Kalau kita pernah jumpa sebelum ni, siapa awak?". Aku menyoal lelaki tinggi yang bermuka angkuh yang sedang duduk di salah satu kerusi di samping katil ku.

          "Ya, we met once. Dekat pantai tu. Nama saya, Tuan Riden". Dia tersenyum bangga.

           "Kenapa awak datang ke sini?". Tanya ku mendatar. Bila diingatkan balik siapa dia ni, tak suka pula aku nak melayan. Malas nak jumpa dia.

           "Saya nak melawat awak la".

           "Macam mana awak tahu saya ada di sini?". Tanya ku lagi. Muka seperti tiada ekspresi. Namun, hati dan perasaan penuh dengan tanda tanya.

            "Saya datang ke sini atas amanah terakhir...". Dia menundukkan wajahnya. Membuatkan aku semakin keliru. Amanah terakhir siapa pula ni? Mama? Atau...

            "... Syed Mikhael Putra. Dia yang nak saya jumpa awak". Ha? Apa maksud dia? Amanah terakhir Syed? Dia... Dia dah pergi tinggalkan aku ke? Apa semua ni?

            "Syed? Dia pergi mana?".

           "Itu lah perkara penting yang saya nak sampaikan kepada awak. Awak kena dengar betul-betul dan mohon kawal emosi". Hati ku berdebar hebat. Aku tak sanggup nak dengar tentang di manakah keberadaan Syed. Aku tak sanggup lagi.

             "You can close your ears with your hands if you are scared but you will still hear my words, dho". Pesannya sambil tertawa.

             "Syed sekarang ni tengah berada di...".

"SAYA tak kenal dia dan dia tak kenal saya. Kenapa dia datang ke sini? Siapa dia? Kenapa dia datang melawat saya?". Ujar suara itu membuatkan aku sedikit terkilan. Takkan lah aku sudah ditipu hidup-hidup oleh Riden? Sampai hati dia.

           Ya, keluar sahaja daripada hospital, terus aku ke tempat yang dikatakan oleh Riden. Di sebuah penjara. Ya, penjara. Dan sekarang ni, aku sedang menghadap seorang lelaki yang ada di sebalik kaca pemisah antara banduan dengan pelawat itu.

           "Awak tak kenal saya? Tapi, Riden cakap awak ni Syed. Syed, ni saya la, Mawar Fatima. Takkan awak dah lupa". Kata ku. Seperti orang bodoh sahaja.

           "Tak. Saya langsung tak pernah kenal perempuan bernama Mawar Fatima sepanjang saya hidup". Ujarnya mendatar. Wajah nya langsung tidak menunjukkan sebarang emosi. Membuatkan aku berasa semakin keliru.

           "Inspektor, saya nak masuk". Katanya kepada salah seorang polis yang menjaganya di dalam bilik itu.

           "Awak, sekejap".

           "Apa lagi?". Kedengaran dia sudah seperti bosan dan tidak mahu lagi melayan aku.

           "Tak, takde apa-apa. Terima kasih". Entah mengapa aku mengucapkan kata 'terima kasih' itu kepadanya.

           Dia langsung tidak berkata apa selepas itu. Mata ku merenung sahaja tangannya yang kini sedang digari oleh polis lelaki itu.

           "Kami pergi dulu ya, Cik Fatima". Kata inspektor yang agak itu sambil dia menggulum senyum.

            "Hm". Aku mengangguk kecil dan mata ku menghantar mereka keluar daripada bilik kecil itu.

           Jadi betul lah. Dia bukan Syed? Mungkin lelaki tadi hanya lah lelaki yang mempunyai nama yang sama dengan bakal suami ku yang tiba-tiba sahaja menghilang bagaikan ditelan bumi itu.

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now