Prolog

2.2K 51 4
                                    

AKU terbangun dikala angin malam yang bertiup melalui tingkap ku yang terbuka itu. Entah kenapa dan bagaimana boleh terbuka pon, aku tak tahu.

          Mata ku, aku usap dan berjalan perlahan-lahan, ingin menutup pintu tingkap kaca itu.

          "Apa Milo buat kat luar tu?".

          Mata ku sekali lagi melorot ke luar tingkap, ke arah kegelapan malam yang diterangi cahaya bulan itu. Kelihatan kucing jantan ku yang berbulu coklat itu sedang duduk di atas pagar rumah ku sebelum dia kemudiannya melompat ke atas jalan raya yang sunyi itu.

          "Milo, masuk! Nanti ada kereta lalu!". Aku menjerit perlahan.

           Memastikan yang suara ku tidak akan membangunkan ibu, ayah ataupun Qaseh Fatima, adik ku, yang sedang lena tidur di atas katil bersampingan dengan katil ku itu.

          "Ish, milo ni!".

           Aku yang sudah nekad itu, menyarungkan tudung sarung hitam ku dan berjalan keluar daripada bilik.

          Kaki ku terjengket-jengket menuruni tangga, agar tiada sesiapa yang terjaga dan bertanya ke manakah aku ingin pergi pada pukul 3.15 a.m ini.

          Tombol pintu yang diperbuat daripada besi dan sudah menurun suhunya itu, aku pulas perlahan-lahan. Pintu berukuran 2 meter lebih itu aku kuak dan kepala ku dijulurkan keluar untuk mengintai-ngintai keberadaan kucing kesayangan aku itu. Ternyata, dia masih lagi sedang tidur di tengah jalan, betul-betul di bawah sinaran lampu jalan yang bewarna kuning keputihan itu.

         Apa yang Milo buat kat situ tengah-tengah malam ni? Omel ku sendiri. Mulut ku terkumat-kamit membacakan ayat kursi. Takut la juga nak keluar rumah pagi-pagi buta ni!

          Kaki ku melangkah perlahan ke luar rumah, apabila merasa keadaan sudah semakin 'selamat', aku berlari kecil ke tengah jalan untuk mendapatkan Muhammad Milo bin Muhammad Syamsuddin itu. Ha, siap ada bin lagi, kau tahu apa! Sayang kot ayah dengan kucing tunggal dia ni. Yela, dah 5 tahun juga lah bela. Daripada kecil sampai besar. Selain Qaseh, Milo lah yang teman aku kalau ibu dan ayah pergi ke kerja. Milo lah sahabat baik aku.

         "Milo, buat apa kat sini sayang? Jom masuk".

          Melihat jalan yang senyap sunyi itu, aku duduk bersila di hadapan kucing berbulu coklat yang sudah diangkat, naik ke atas peha ku.

          "Meow ". Kucing itu membalas pertanyaan ku. Dia seolah-olah tersenyum manis kepada ku apabila aku mengusap-usap kepala nya yang berbulu sungguh lembut itu.

         "Jom masuk, sayang".

        Sebaik sahaja aku bangun berdiri di tengah jalan itu, ada sebuah kereta yang berkelajuan sangat tinggi menghala ke arah ku. Aku yang tidak sempat mengelak itu hanya mampu menutup mata ku dek kerana sinaran lampu kereta yang sungguh terang itu.

          "Allahuakbar!". Kuat aku melaungkan kalimat suci itu sebelum badan ku terpelanting ke jalan kembali.

          Cecair panas mulai terasa melalui hidung, kepala dan mulut ku. Mata ku mulai menjadi kabur dan perlahan-lahan menjadi terus gelap. Tiada lagi cahaya yang menerangi penglihatan ku. Namun, masih dapat ku dengari yang kereta yang telah melanggar ku sebentar telah berlalu pergi.

         Hati ku mulai menyebut kalimah-kalimah suci Allah, mula membacakan syahadah. Jika ini la pengakhiran hidup aku Ya Allah, kau ampunkan lah dosa aku, kedua ibu bapa ku dan adik kecil ku, Ya Allah. Aku mohon kepada mu.

          "Mi... lo...". Itu ialah perkataan terakhir yang terkeluar daripada mulut ku sebelum aku betul-betul menutup mata ku sepenuh nya dan telinga ku sempat mendengar bunyi suara ibu dan ayah yang terjerit-jerit memanggil nama ku.

KATIL yang lembut itu aku sentuh. Cadar yang sedikit tebal itu juga aku sentuh. Tangan ku menyentuh lembut semua barang-barang yang ada di sekitar ku.

          Syukur ke hadrat Ilahi, aku terselamat daripada kemalangan yang telah meragut nyawa kucing kesayangan ku itu. Akan tetapi, Allah telah menguji aku dengan menarik daya penglihatan ku. Aku dinyatakan oleh doktor, telah buta 100% akibat langgar lari yang dilakukan oleh suspek yang masih tidak dikenali itu.

          3 hari berada di hospital, 3 hari itu lah aku menangis semahu-mahunya. Manakan tidak, aku kini sudah tidak mampu menulis lagi. Aku sudah tidak boleh bermain violin lagi. Aku sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi dengan kecacatan aku ini.

          Sudah bermacam-macam cara ibu dan ayah memujuk ku untuk meredhai semuanya. Katanya, ini salah ujian yang diberikan oleh Allah kepada ku. Dan yang paling membuatkan aku kuatkan semangat aku adalah apabila ayah berkata yang Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang lebih berat daripada yang hamba-Nya boleh tanggung. Ayah berkata lagi yang Allah menguji aku agar aku lebih bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan olehnya.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

          Mungkin selama ini, aku sudah mengsia-siakan nikmat yang diberi oleh Yang Maha Kuasa. Oleh kerana itu lah, dia menariknya kembali.

           Aku tidak menyalah kan Tuhan ku, Allah atas apa yang telah terjadi. Nauzubillah himizalik, aku hanya lah umat yang kerdil, mana mungkin aku tergamat untuk membenci Tuhan ku sendiri hanya kerana ujian yang sekecil ini. Ujian hamba-hamba mungkin lebih besar daripada apa yang aku lalui. Aku sedar akan kenyataan itu.

        Akan tetapi, rasa sedih itu tetap masih ada. Aku hidup sebagai seorang novelis dan pemain violin jalanan, bagaimankah aku ingin meneruskan hidup aku selepas ini? Bagaimanakah aku ingin menghadap dunia luar? Apakah pandangan masyarakat terhadapa aku?

(a/n: hye! so this is a new story from me! prolog dia a bit short, hehe. story ni akan ada dalam ±30 bab and author baru je tulis sampai bab 25, so korg baca dulu prolog ni, nnti author update lagi tau! so good to see you guys again, dho :D)

MAWAR FATIMA ||©Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora