28- Tragedi

411 19 5
                                    

SEHARI sebelum tarikh perkahwinan Fatima dan Syed. Ya, tinggal sehari sahaja lagi sebelum Syed dan Fatima sah menjadi suami isteri. Betapa gembiranya Syed menanti hari-hari yang mendatang. Bagai rasa nak melompat-lompat sampai ke bulan. Begitu juga dengan bakal isterinya. Kedua-duanya tampak gembira sahaja.Namun...

🦋

"MAMA! Syed kan...". Mulut ku terlopong. Barang yang ada di tangan ku terus aku hempas ke lantai. Air kristal mulai jatuh daripada tubiran mata ku. Amarah ku memuncak naik.

          Bagaikan deja vu, mata ku menyaksikan kejadian yang sama. Aku menampar-nampar pipi aku. Aku yakin dan pasti yang kali ini aku tidak bermimpi.

         Di lantai yang sama seperti 10 tahun lepas, aku menyaksikan badan mama yang sudah terkulai seperti tidak bernyawa di situ dengan separuh daripada botol arak tertancap ke perutnya. Namun, bezanya, kalini pelakunya tiada di situ. Tiada di hadapan mama.

         Lutut ku lemah, aku kuatkan juga untuk pergi menyambut mama yang sudah terkulai layu di lantai sejuk itu.

         Aku menyambut kepala mama dan aku letakkannya ke riba ku. Luka di perut aku mama aku sentuh dengan tangan ku yang sejuk dan terketar-ketar itu. Aku takut... Kejadian 10 tahun lepas akhirnya berulang lagi. Semua ini berulang lagi. Dan aku tahu siapa pelakunya.

         "Mama... Mama jangan macam ni... Mama!". Rayu ku. Suara ku serak dengan tangisan.

          "Syed, maafkan dia... di-a...".

          BLWEKK!

         Darah pekat mulai tersembur-sembur keluar daripada mulut wanita kesayangan aku itu. Membuatkan aku menjadi semakin panik. Getaran di tangan ku semakin hebat.

        "Dah la mama! Syed... Syed tak nak dengar lagi. Kita pergi hos... hospital ya ma? Mama kena sihat. Mama kena ada masa majlis kahwin Syed lusa. Mama kena ada la, ma!". Aku menundukkan muka ku sehingga dahi ku bersentuh dengan dahi miliknya. Darah yang ada di wajahnya habis terkena ke wajah ku. Baju ku turut dilimpahi dengan darah ibu ku itu.

        " Mama sayang... sa... sangat dekat Syed. Ja... ga Fatima e-elok tau...". Sejurus sahaja ayat itu, terus kedua mata miliknya terkatup rapat. Tangisan ku terjeda seketika.

         "Mama? Mama? HAHAHA, mama tak lawak la! Ma, jangan lah tipu Syed. Syed dah takde siapa-siapa selain mama. Mama! Mama tolong jangan pergi! Syed sayang mama sangat-sangat. Tolong jangan tinggalkan Syed ma!". Sekejap aku tertawa, memikirkan yang mama hanya bergurau. Tapi, apabila merasakan nadinya yang sudah terhenti dan semakin banyak darah yang keluar daripada luka di perut nya, tangisan ku semakin kencang. Emosi ku menjadi semakin tidak terkawal.

           "Mama... tolong lah bangun ma. Syed merayu dekat mama... ma...". Bibir ku mencium-cium seluruh muka yang telah dilimpahi darah pekat itu.

           "Ma...". Panggil ku lemah. Tangis ku semakin bertambah saat, semakin lebat. Air mata ku habis membasahi bahagian atas gaun putih yang mama pakai.

AKU yang sedang dipakaikan inai oleh juru inai itu dikejutkan dengan sebuah panggilan telefon.

        "Qaseh, tu telefon kakak ke?". Aku bertanya kepada Qaseh yang setia menemani aku daripada tadi. Duduk sahaja dia di tepi 'pelamin' kecil ku itu.

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now