31- Pembedahan

511 18 25
                                    

"JANGAN risau tau kakak, ibu, ayah dan semestinya la aku akan ada untuk kau. Kau jangan takut tau, kau jangan takut. Aku akan tunggu dekat luar ni sampai kau siap operate. Aku tunggu kau, kak". Suara Qaseh sudah seumpama mahu menangis memberikan ucapannya itu.

         "Ya, jangan lah sedih. Nanti aku keluar, kau kena sambut tau. Kau kena belikan aku lolipop banyak-banyak. Bunga daisy jangan lupa". Uish, macam anak raja. Kalau boleh, semua jenis bunga aku nak minta.

        "Ibu dan ayah akan doakan yang terbaik untuk kamu, Fatima". Giliran ibu pula berkata-kata. Terdengar suara nya sedikit sebak. Kenapa semua orang sedih ni?

         "Terima kasih, ibu ayah". Aku mencapai tangan berurat yang ada di samping ku kerana menyangkakan yang itu ialah tangan ayah. Tapi tak sangka pula...

        "Tangan siapa ni?". Cepat-cepat aku larikan tangan ku semula ketika merasakan sedikit kepelikan.

         "Tangan Abang Syed". Tiba-tiba sahaja suara Qaseh menjadi perlahan.

         "Dia datang?".

         "Lepas je majlis pengebumian Aunty Roziah pagi tadi, dia terus datang sini. Tu ha, tengah tertidur atas kerusi ni. Penat sangat agaknya". Jelas Qaseh lagi. Masih bersuara perlahan.

         Oh... Tidur? Patut la diam semacam je. Kenapa dia datang juga ke sini? Kenapa tak rehat dekat rumah? Dia tak kesian kan diri dia ke?

         "Saya pergi dulu, Syed. Terima kasih untuk segalanya". Aku berbisik. Asal macam ayat orang nak mati je ayat aku ni? Berdiri juga la bulu-bulu roma aku bila dengar ayat aku sendiri.

          "Cik, kalau dah bersedia sepenuhnya, boleh kita ke bilik pembedahan sekarang?". Lembut suara jururawat yang menolak kerusi roda yang aku duduki itu menyapa halwa telinga ku.

         " Hm, saya dah bersedia". Sebuah senyuman nipis aku hadiahkan kepada semua yang ada di situ.

         Baru sahaja kerusi roda ku hendak ditolak oleh jururawat itu, terasa tangan ku ditarik. Oleh siapa? Mari kita dengarkan suaranya.

           "Fatima...". Ya. Itu dia.

           "Hm? Dah bangun? Saya dah nak masuk ni, awak balik lah ya, rehat?".

            "Saya nak tunggu awak. Saya tak nak hilang awak". Hilang? Pergi ke mana?

           "Hilang ke mana pula ni?".

           Soalan aku tidak dijawab. Sebaliknya, kedengaran lagi suara tangisannya. Sehari dua ni, dia banyak menangis. Dan satu-satunya waktu yang dia akan berhenti adalah apabila dia tidur. Seperti tadi.

         "Syed... Kenapa ni?".

         "Fatima, tolong jangan tinggal kan aku dan maafkan segala kesalahan aku dekat kau". Sekali lagi. Sekali lagi dia meminta maaf atas kesilapan lampaunya.

          Kerana sudah agak terbiasa dengan tindakannya yang satu ini, aku hanya tersenyum dan berkata, "Saya tak kan tinggalkan awak, Syed. Ich werde dich immer in meinem herzen haben und dafür möchte ich sagen, ich liebe dich, Syed". Satu ayat terakhir itu. Aku belajar khas untuk Syed. Yela, dia kan reti bercakap dalam Bahasa Jerman. Aku kasi la ayat-ayat sweet dalam bahasa tu sikit. Biar fancy gitu.

        "Ich liebe dich auch, Fatima". Kalini, esakannya sudah sedikit terhenti. Kata balasannya itu membuatkan jantung aku berdegup bukan pada kelajuan yang sepatutnya. 'Ich liebe dich', maksudnya 'I love you'. Selebihnya aku tak tahu. Tapi, ketiga-tiga perkataan itu yang digabungkan dengan nama aku, cukup membuang senyuman yang semakin membesar terukir di wajah ku.

         "Kita pergi sekarang ya, Cik Fatima?". Jururawat itu bertanya.

          "Hm, okay".

          Perlahan-lahan terasa kerusi roda yang aku duduki ditolak. Dan terdengar lah suara-suara yang menghantar aku pergi. Pergi untuk selama-, eh maksud aku pergi ke bilik pembedahan. Astagfirullahalazim, pelik betul cara otak aku berfikir hari ini.

           "Bye, Kak Fatima!".

           "Bye, Qaseh!".

"ASTAGFIRULLAHALAZIM, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim,....". Mulut ku terkumat-kamit berzikir sesudah aku menunaikan solat sunat hajat di surau kecil yang ada di hospital itu.

         Tasbih di tangan aku sentuh-sentuh. Mengira butir-butir manik kristal yang ada di situ. Tasbih ini. Aku ingat lagi, aku beli khas semasa aku belajar di Turki dahulu. Tasbih ni juga sebenarnya satu set dengan Al Quran berkulit kaca kristal yang sudah aku berikan kepada seseorang. Seseorang yang sangat bermakna dalam hidup aku.

           Aku tersenyum sebentar mengingat kan dia. Tak sampai tiga saat tersenyum, emosi ku kembali pudar. Minda ku teringat kan janji aku kepadanya.

          "Syaratnya, nanti... bila saya dah buka mata, selain ayah, saya nak tengok awak lah lelaki pertama yang ada dekat depan mata saya. Saya nak awak senyum besar-besar dekat saya sebab tu akan jadi kali pertama saya tengok senyum awak. Kalau awak bersetuju dengan syarat ni, saya akan terima pemberian awak dan lakukan pembedahan tu, okay?".

           Permintaan yang begitu tulus daripada seorang wanita yang bernama Mawar Fatima. Dia nak aku ada di situ pada saat pertama kali dia melihat dunia setelah 10 tahun, tertutup pandangan. Tapi aku... Aku tak tahu. Aku tahu dia akan marah bila dia tahu apa yang akan aku buat selepas ini. Pasti dia menangis. Ya Allah, aku tak sanggup nak tengok mata suci itu menangis lagi.

           Badan ku aku hempas perlahan ke atas karpet di surau itu. Aku meraup muka ku kasar dan menutupnya dengan songkok hitam yang aku pakai sebentar tadi.

            "Mama, Syed dah lakukan amanah terakhir mama". Kata ku, sayu.

          Andai dapat aku putarkan mata, aku langsung tidak mahu mama dinikahkan dengan lelaki dayus seperti Tengku Mansor. Lelaki yang hanya pentingkan takhta. Lelaki yang langsung tak pandang cinta suci mama. Ah, aku benci dia! Darah ku seumpama mulai menggelegak setiap kali aku teringat kan dia.

           Telefon di dalam poket ku dicapai. Aku meletakkan songkok ke tepi buat seketika dan mendail sebuah nombor.

          "Hello, Khairin".
(a/n: anda pasti tahu siap itu Khairin, bukan?)

          "Ya, saya. Perlukan bantuan?". Suara di hujung talian milik kawan lama aku itu berbunyi.

            "Kau pandai kan detect lokasi orang?".

            "Sudah semestinya. Itu merupakan kepakaran aku kot! Kau nak suruh aku kesan lokasi siapa ni? Kau bagitahu, nanti aku suruh Shah, anak buah aku buat kerja". Nice! Aku tahu yang aku boleh berharap pada dia.

            "Okay, thanks. Nanti aku hantar maklumat. Terima ka-".

             "Doll! Cuba ambil beg kerja aku kejap!".
              "Beg apa, sir?".
              "Kau ni pekak ke apa?! Aku kata beg kerja!".

              Belum sempat aku ucap terima kasih buat kedua kalinya, sudah terdengar suara pertelingkahan kecil kedua orang itu. Siapa? Khairin dan... Ah, tak nak la aku bercakap pasal dia.

              "Sorry bro, Doll aku. Pekak sikit dia harini. Apa kau cakap tadi?". See? Tu sebab aku malas sikit nak ambil tahu pasal dia ni.

             "Aku cakap, terima kasih. Nanti aku hantar maklumat".

              "Oh, okay bro. Cau lu!". Tengok tu, cepat je tutup telefon. Aku tak sempat nak kata apa lagi. Heh!

(a/n: sian khairina, sampai ke sini dia kena marah)

       

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now