32- Pada Akhirnya

540 17 9
                                    

CAHAYA. Itu perkara pertama aku rasakan ketika balutan yang ada di sekeliling mata ku dibuka secara perlahan-lahan. Cahaya itu terasa semakin terang dan semakin terang. Seumpama menyambut aku untuk melihat dunia lagi setelah 10 tahun. Setelah 10 tahun, aku kehilangan salah satu nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa.

             Balutan tertanggal sepenuhnya. Namun, mata ku masih lagi tertutup. Agak tidak bersedia untuk membukanya. Agak takut. Agak bimbang. Semua ada.

             "Dah boleh perlahan-lahan buka kedua-dua mata ya, Cik Fatima". Arah suara seorang wanita. Aku yakin, itu doktor yang bertanggungjawab untuk membedah dan merawat aku setelah selesai pembedahan.

              "Slow-slow, kak". Bisik Qaseh. Asal pula nak berbisik-bisik ni? Syed tengah tidur lagi ke? Cakap pasal Syed...

             Secara perlahan dan lembut, aku mencuba untuk membuka mata ku yang tiba-tiba terasa sedikit berat itu. Beratnya seperti ditekan-tekan oleh tongkat syaitan sahaja. Eh-, astagfirullahalazim!

              Mata dibuka.

             Perkara pertama yang menyambut pancaindera penglihatan aku adalah sebuah pemandangan bandar yang cantik. Tingkap hospital yang berlangsir bewarna merah jambu itu menghidangkan pemandangan bandar di kala senja yang sangat-sangat cantik. Membuatkan aku terharu.

           "Cik, kita buat ujian sikit ya?". Tanya doktor yang ada di sebelah ku. Aku tidak berpaling kepadanya, sebaliknya hanya menganggukkan kepala ku, lemah. Aku masih lagi terpesona dengan apa yang dilihat.

           "Okay Cik Fatima, berapa jari yang saya angkat ini?". Soalan pertama dia ajukan.

            "Dua".

            "Okay, bagus. Seterusnya, ini apa?". Terlihat sebiji oren berada di dalam genggaman tangan doktor itu.

            "Buah oren".

             "Bagus! Yang terakhir ya, Cik Fatima. Ini apa?". Kalini, dia sebentuk cincin. Cincin yang membuatkan aku terdiam. Mulut ku ingin sekali menjawab. Namun, aku masih keliru.

             "Cincin".

             "Cincin....". Doktor itu seumpama ingin menyuruh aku menyambung lagi.

               Lama aku berfikir. Pada akhirnya, aku menyerah kalah juga. Aku melepaskan sebuah keluhan dan berkata, "Just a ring. Saya tak ingat itu cincin apa atau siapa punya. Maaf".

              "Fatima, itu cincin tunang kamu". Ibu mengambil cincin yang ada di hujung jari ibu dan telunjuk doktor cantik itu lalu dengan penuh kelembutan menyarungkannya ke jari manis ku.

             "Cantiknya cincin tunang, Fatima". Aku merenung wajah ibu dan tersenyum.

             "Iya. Itu pula cincin yang Syed bagi sebelum kamu berdua bertunang". Seumpama aku baru terbangun daripada koma amnesia, ibu menjelaskan segalanya. Kalini, dia menunjukkan satu lagi cincin yang juga tersarung di jari manis ku, di tangan lain, cincin itu tidak mempunyai permata di tengah seperti cincin tunang aku. Malahan, ianya disalut dengan butiran permata di sekeliling.

              "Cantik". Aku menggumam lagi sambil mengusap-usap promise ring itu.

             Pandangan ku kemudian dialihkan ke segenap ruang bilik yang bercat dengan warna merah jambu pastel itu. Semua wajah di situ aku lihat. Sudah seperti bayi yang baru lahir sahaja, kelakuan aku ini.

             "Cantiknya, adik kakak. Dah tinggi sekarang". Bibir ku mengukir senyuman paling lebar untuk Qaseh. Adik kesayangan aku. Satu-satunya adik kesayangan aku.

             "A-aku memang cantik. Kau ba-baru tahu ke?". Suaranya menahan sebak.

             Wajah ku dipalingkan pula ke arah ayah dan ibu. Ya Allah, rasa rindu yang teramat untuk menatap wajah-wajah tua ini, akhirnya berakhir. Dapat juga aku lihat muka mereka pada akhirnya.

           " Assalamualaikum anak ayah. Ni ayah, dah tua dah". Bicara ayah. Sekali lagi, membuatkan aku tersenyum.

            "Fatima kenal la. Bukannya Fatima hilang ingatan pon". Seloroh aku. Mencuba untuk bergurau.

             Letus ketawa kecil ibu dan ayah. Lah lawak ke? Hehe, aku ingat tak lawak tadi. Sebab bak kata kaum Adam, kaum Hawa ni tak pandai buat lawak. Kalau buat lawak pon tak kelakar langsung. Betul atau hanya mitos? Fikir-fikir la sendiri.

             Mata ku kembali mencari lagi. Mencari gerangan yang sudah berjanji akan ada ketika pertama aku membuka mata, melihat dunia semula. Gerangan yang berjanji akan tersenyum selebar mungkin untuk aku. Gerangan yang berjanji akan menjadi lelaki pertama yang aku lihat setelah aku membuka mata, selain daripada ayah. Tapi, di manakah dia?

          "Nampaknya, semua baik-baik sahaja. Saya keluar dulu, ya? Nanti saya datang periksa lagi. Kalau ada apa-apa, boleh tekan je butang merah dekat tepi katil tu. Saya akan datang". Ujar doktor yang daripada tadi berdiri di samping ku bersama seorang jururawat.

            "Okay, doktor. Terima kasih". Ucap ibu.

            "Sama-sama". Dengan kata akhir itu, pandangan mata ku akhirnya menghantar mereka ke luar.

            KLAKK!

             Bunyi pintu ditutup olehnya.

             Aku mencari lagi. Mencari yang tak pasti. Mencari orang yang sudah tentunya tiada di sini di saat ini.

             He broke his promise. He lied. Bicara ku sendiri di dalam hati. Aku kesal, dia langsung tiada di sini. Adakah dia sedang sibuk? Ah, tapi dia sudah berjanji dengan aku!

            Astagfirullahalazim, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim. Aku beristighfar beberapa kali ketika merasakan yang syaitan mulai menghasut ku untuk mempunyai sikap pentingkan diri.

           Ya, mungkin sahaja dia sibuk. Aku perlu faham. The world doesn't revolve around you, Mawar Fatima. Dia bukannya hamba, nak berkepit dengan kau 24/7. Takpe takpe, think positive and everything will be fine. Aku tahu, kalau bukan sekarang, dia pasti datang juga pada akhirnya.

           Itu yang aku percaya. Kerana itu ialah janji dia.

"SEPERTI yang dijanjikan! Nah, bunga kegemaran kau. Aku beli khas dari kedai bunga yang selalu kau pergi tu". Dengan cerianya, Qaseh menghulurkan sebuah jambangan bunga daisy untuk ku.

           Aku yang sedang separa terbaring di atas katil hospital itu, menyambut nya. Namun, wajah ku kini sudah pupus senyumannya. Membuatkan remaja yang memberi bunga tadi, memberikan reaksi yang menyedihkan. Mungkin dia mengharapkan sebuah senyuman dan kata 'terima kasih' daripada kakak nya ini.

           "Kak, kenapa ni? Kau tak suka ke bunga tu? Ke kau nak benda lain?". Soal dia, risau.

             "Tak. Cuma aku pelik".

              "Pelik, kenapa?".

               "Mana Syed? Kenapa dia tak datang? Kau tahu tak dia pergi mana?". Terus riak wajah Qaseh berubah setelah mendengar soalan yang aku lontarkan itu. Kenapa? Aku ada sebut perkataan pelik-pelik ke?

              "Hm, akak nak makan? Qaseh boleh suapkan". Dia menukar topik.

               "Qaseh, kakak tanya ni. Kau tak tahu ke Syed ada dekat mana?". Sekali lagi, aku mencuba nasib.

              Namun, tetap sahaja dia diam.

              Bukaan pintu bilik itu seumpama menyelamatkan Qaseh daripada terus disoal dengan soalan yang sama oleh ku. Kau bernasib baik lah ni, Qaseh! Eh tapi, siapa yang datang tu?

             "Hai, saya nak jumpa Cik Mawar Fatima, boleh? Dia free tak sekarang? Kalau tak, saya boleh keluar dan datang lagi nanti atau esok".

              Dia. Jadi, itu lah wajah dia.

(a/n: siapa tu?)

   

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now