34- Wasiat

734 18 16
                                    

BEG tangan yang dipegang aku hempas kasar ke atas katil. Tudung yang cantik terlilit di kepala ku aku rentap untuk membuangnya. Aku campak kan kain selendang itu ke lantai bilik.

            "Memang ada rahsia yang kami sorokkan daripada kamu, Fatima. Semua ini tentang Syed. Kalau kamu nak tahu, Syed sebenarnya dah terbang ke Turki. Katanya, dia nak mulakan hidup baru di sana. Dia ada pesan juga yang tolong rahsia kan perkara dekat kamu tapi ibu dah tak boleh nak rahsiakan dah. Ibu kesian tengok kamu. Dan dia pesan lagi yang Fatima tak payah cari dia lagi. Dia tak nak tengok muka Fatima lagi. Ibu pon tak tahu apa salah Fatima dekat dia. Ibu minta maaf, sayang".

           Kata-kata ibu sebentar tadi terngiang-ngiang di kepala ku. Aku sedih. Aku marah. Kenapa sampai macam tu sekali Syed bencikan aku? Apa salah aku dekat dia? Kenapa dia berubah? Hati aku masih lagi tidak boleh menerima apa yang berlaku. Dia tinggalkan aku tanpa khabar berita. Pergi macam tu je! He broke his promise and he broke my heart severely.

           "Dan dia nak kamu tahu satu benda lagi, Fatima. Violin putih yang kamu beri nama Jello itu sebenarnya pemberian dia. Ya, dia lah remaja lelaki yang bagi sebuah violin dekat kamu masa dekat mall tu. Katanya, sebab dia tak suka warna putih. Kebetulan, kamu pon nak beli violin kan masa tu? So, dia bagi je dekat kamu, Fatima".

          Kata-kata ayah membuatkan aku mengalihkan pandangan ku ke arah sebuah pintu yang menutup sebuah bilik kecil. Tempat penyimpanan violin kesayangan ku, Jello.

           Aku mempercepatkan langkah aku ke pintu itu, membukanya dan mengambil violin putih itu.

           He broke everything, every single thing. He once gave me love then now, he took it back together with my other half of heart. Otak ku berbicara. Mata ku menangis. Tangan ku memegang kemas violin itu sebelum...

          PRAKK!
          DUSH!
          PRAKK!

          Amarah aku naik ke kemuncak paling atasnya. Violin yang dulunya menjadi pujaan hati ku itu sudah aku lontarkan ke lantai bilik. Habis pecah berderai. Rosak 85% alat muzik itu. Sudah tidak boleh dipakai lagi. Ya, memang aku ikutkan emosi. Kalau tak, tak la sampai hancur violin ni. Ya, aku geram. Dan ya, aku marah. Tersangat marah.

          Kaki longlai. Aku akhirnya jatuh terduduk ke lantai. Di hadapan serpihan-serpihan kayu yang bersepah di situ, aku menyembamkan muka ku ke lutut, kedua tangan ku memeluk erat kaki ku. Aku meraung di situ. Masih susah untuk menerima kenyataan. Jadi, begini la rasanya putus cinta? Memang benar kata orang, sakitnya bukan kepalang.

           Atau selama ini, dia memang tak cintakan aku? Hanya minda aku sahaja bermain-main. Aku dah gila ke?

          Tangan ku mengacau bilau kan rambut ku sehingga ternampak seperti orang yang betul-betul murung. Air mata masih lagi meninggalkan kesan di keseluruhan wajah aku. Peluh-peluh turut mulai turun daripada dahi ke leher ku.

         Aku benci kau, Syed Mikhael Putra! Bicara hati ku sebelum aku membuat keputusan untuk bersandar di kaki katil dan tertidur secara terduduk di situ.

"FATIMA, kamu tidur ke? Ada orang nak jumpa ni". Suara ibu di sebalik pintu bilik ku itu mengejutkan aku daripada tidur petang ku itu.

          "Fatima baru bangun, ibu. Kejap". Aku bangun berdiri sambil menggosok-gosok mata ku lalu menyepak-nyepak ke tepi sedikit serpihan-serpihan kayu putih yang masih tidak dikemas itu dan berjalan pergi ke arah pintu untuk menyambut ibu.

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now