29- Free Therapy

415 20 5
                                    

"SYED, come here". Aku menarik kepala nya untuk dilentokkan ke bahu ku. Aku tahu, dia mesti penat dengan semua yang dah terjadi. Air mata nya juga sudah beberapa kali aku lap. Mungkin sudah pon kering pada saat ini.

Mama sudah dinyatakan meninggalkan tepat pada pukul 12:09 atau lebih lepat lagi pukul dua belas sembilan minit tengahari. Punca kematian arwah adalah luka tikaman yang dalam sehingga menembus beberapa organ dalamannya seperti usus besar dan perut. Nauzubillahimizalik, siapa lah yang sekejam itu, tergamak membuat begitu kepada mama. Mungkin perompak?

Lelaki yang berada di samping ku kini, duduk bersama-sama dengan ku di lantai hospital ini, kedengaran lemah sekali nafasnya. Bajunya yang turut berbau darah itu masih lagi tidak ditukar. Sulit untuk aku memperjelaskan keadaannya memandangkan aku sendiri tidak diperbolehkan oleh Allah untuk melihat dan menyaksikan keadaan nya dengan mata ku sendiri. Aku hanya boleh mendengar, menggunakan hidung aku untuk menghidu dan tangan aku untuk menggosok-gosok bahagian belakang badannya, menenangkannya. Ya Allah, ampun kan aku. Aku tahu, haram bagi ku untuk menyentuh ataupun berada sedekat ini dengan dia.

"Syed... Awak nak makan tak? Daripada pukul 11.00 tadi awak duduk kat sini. Sekarang dah pukul tiga setengah petang. Awak lapar tak?". Tangan ku menggengam erat tangan kirinya dan bertanya lembut. Ibu jari ku mengusap-usap bahagian belakang telapak tangan kasarnya.

Seketika kemudian, terasa kepala nya bergerak-gerak. Dia menggeleng perlahan.

" Kalau macam tu. Saya ada hadiah untuk awak". Tangan ku meraba-raba udara untuk mencapai beg tangan ku. Apabila sudah ditemukan, aku membuka zip kecil dia poket bahagian belakang dan mengeluarkan sebatang lolipop. Aku sendiri tak tahu lolipop yang ada di tangan ku sekarang ini berperisa apa. Tapi rasa-rasa anggur.

Pemberian ku diterima. Bukan ucapan terima kasih yang kedengaran, malahan suara esakan kecil dan ayat yang berbunyi, "Mungkin semua ini karma untuk saya". Lemah suaranya berkata. "Saya dah buat hidup seseorang hancur sehancurnya. Lalu, mungkin Allah menarik salah satu orang yang saya sayang. Kejam kan Dia?".

Mengucap panjang aku mendengar olahan ayatnya. Aku tahu, dia langsung tidak berniat untuk berkata seperti itu. Dia hanya mengikutkan emosi. Senyum manis aku lemparkan kepada nya.

" Saya pon selalu salahkan Allah dulu. Saya tanya, kenapa dia jadi kan saya buta? Kenapa dia kejam sangat dengan saya? Kenapa hamba lain tak buta macam saya? Saya tanya Dia lagi, macam mana saya nak teruskan hidup kalau buta macam ni? Saya nak kahwin macam orang lain. Dahtu kalau buta, siapa je yang nak kan saya?".

Tangisnya serba sedikit berkurang membuatkan aku sedikit lega.

" Sampai la satu ketika ni, Allah sendiri hantar kan seorang hamba-Nya kepada saya. Saya tak tahu siapa hamba itu tapi dia telah menghadiahkan saya senaskhah Al Quran Braille. Al Quran tu cantik sangat. Kulitnya dibalut dengan kaca dan ada beberapa batu permata cantik di seluruh tepi Al Quran itu. Cantik sangat. Satu tahu Al Quran tu cantik walaupun saya tak boleh melihat. Hamba Allah yang tersangat lah baik tu beri Al Quran tu dekat saya pada hari lahir saya di tahun pertama saya tidak boleh melihat. Sampai lah ke hari ini, saya selalu baca Al Quran itu. Saya suka sangat dengan Al Quran itu. Dan kalau diberi peluang untuk bertemu dengan si pemberi, saya nak berterima kasih dekat dia sebab dah sedarkan saya yang Allah tu sama sekali tidak kejam. Sebab menyedarkan saya yang semua ni dah memang takdir saya". Aku tersenyum manis mengakhiri cerita aku pada saat itu. Tangisnya juga sudah reda.

"Siapa orang tu?". Tiga perkataan. Tiga perkataan itu dia ajukan sebagai sebuah pertanyaan.

" Entah. Pada saat itu lah, saya jatuh cinta kepada dia. Saya pernah cakap yang saya tak pernah cintakan manusia kan?". Aku ketawa kecil di hujung pertanyaan ku.

"Tapi sebenarnya, saya pernah cintakan seseorang. Dia la orang tu. Orang yang menghadiahkan saya Al Quran itu. Tapi, saya lupakan cinta saya kepada dia kerana satu, saya ingin fokus terhadap cinta saya kepada Sang Pencipta dan dua, saya tahu yang saya mungkin tak akan pernah jumpa dia lagi".

"Awak masih cintakan dia?".

"Ngeh, saya kan dah ada awak. Tapi pada akhir cerita saya ni, saya nak bagitahu awak yang Allah langsung tak kejam Syed. Allah langsung tak kejam. Dia uji kita, sikitttt je. Ni saya nak kongsikan satu ayat Al Quran dengan awak. Awak nak dengar tak?". Aku menyoalnya dan mendapat anggukan lembut daripada nya. Terus aku membuka Al Quran Braille kecil yang ada di dalam beg tangan ku.

"
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ
Yang mana maksud dia, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." Panjang berjela aku membacakan ayat ke-286 daripada Surah Al Baqarah itu. Dan semestinya la aku membacakan terjemahannya sekali.

"Allah, tak kejam?".

"Tak, Syed". Aku mengeleng lembut.

"Tapi kenapa Dia ambil mama? Saya terlalu sayang kan mama. Nanti kalau dia ambil awak daripada saya juga macam mana? Saya hanya ada awak sorang je sahaja lagi sekarang ni". Genggaman tangannya kembali dieratkan.

"InsyaAllah, saya akan sentiasa ada untuk awak. Saya ni boleh kira macam free therapy awak la. Hehe". Tangannya yang ku pegang aku usap perlahan.

"Kalau awak perlukan saya, awak roger je saya. Walaupun kita belum kahwin, kan saya dah cakap dulu yang saya nak jadi best friend awak". Aku berkata sambil tersenyum lagi. Sengaja aku murahkan senyuman aku pada hari ini. Khas untuk Syed Mikhael Putra.

"Saya harap sangat awak boleh tatap wajah saya. Saya nak awak tahu yang saya ikhlas ingin ucapan terima kasih kepada awak. Awak sedarkan saya yang Allah itu ada. Allah itu tak kejam. Terima kasih, Mawar Fatima".

(a/n: bau-bau happy ending ke tu?)

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now