14- Wajah

433 21 3
                                    

(a/n: kalau nak nangis, sambil baca chapter ni please dengar lagu Untuk Mencintaimu by Seventeen)

"CINCIN kamu dapat daripada mana tu, Fatima?". Ibu.

        "Haah kak, cantik betul aku tengok". Qaseh.

         Soalan yang berbaur sama. Kalau ada ayah ni, mesti dia akan tanya soalan sama.

        "Cantik sangat ke, Qaseh?". Jari jemari ku cuba untuk menyentuh cincin yang tersarung manis di jari manis tangan kanan ku itu.

        "Cantik kak. Cincinnya warna silver. Macam cincin orang lelaki tu, tapi bezanya, ada lingkaran berlian kecil-kecil dekat tengah dia. Cantik sangat kak". Giliran Qaseh pula mengusap-usap cincin yang ada.

        "Mesti mahal kan?".

         "Syed ke yang bagi, sayang?". Ibu menannyakan soalan itu, lembut.

        Aku teragak-agak untuk mengangguk. Kedengaran ketawa kecil yang dilepaskan oleh ibu seraya dia berkata, "Cakap kat Syed, kalau dia nak masuk meminang, datang sini jumpa ayah ibu. Jangan risau, ayah ibu tak makan orang".

        "Sebenarnya kan, ibu. Encik Syed dah tiga kali rasanya tanya Fatima samaada Fatima nak ke tak jadi isteri dia. Tapi, tiga-tiga kali tu la, Fatima tolak. Fatima tak yakin". Aku bermain-main dengan jari ku. Gementar pon ada. Yela, hidup dah 27 tahun kat atas dunia ni, ni baru pertama kali aku bercakap tentang hal perkahwinan bersama ibu dan tak lupa juga Qaseh.

         "Kenapa kau tolak, kak? Encik Syed tu handsome wey. Kaya pon kaya. Baik pula tu".

         "Entah lah, Qaseh. Aku tak rasa aku sesuai dengan dia. Aku ada kekurangan. Mana mungkin orang yang elok seperti dia ikhlas untuk terima manusia seperti aku".

          Tangan lembut ibu tiba-tiba mengusap pipi ku.

         "Fatima masih tak redha dengan ujian yang Allah beri ni?".

          Pertanyaan ibu membuatkan aku terdiam seribu kata. Bukannya aku tak redha, cuma aku rasa diri aku ini tak layak bersama dengan manusia yang hampir sempurna seperti Syed. Bagaikan langit dengan bumi.

        " Kalau Fatima dah redha, Fatima tak akan fikir macam ni lagi, sayang. Syed tu, kalau dia dah betul-betul cintakan Fatima, dia sanggup buat apa sahaja tau. Tengok tadi, dia dukung Fatima dalam hujan, bawa balik sampai rumah sebab tak nak Fatima jalan sorang-sorang. Dia tinggalkan kereta dia macam tu je kat tepi jalan. Sekarang ni, mungkin dia tengah berdemam agaknya dekat rumah tu. Itu lah pengorbanan, sayang. Pengorbanan sebab apa? Sebab cinta. Fatima sendiri cakap yang cinta perlukan pengorbanan. Ini la dia. Mungkin ada banyak lagi yang belum terjangkau fikiran, Fatima".

          Percakapan wanita separuh abad itu terjeda sebentar sebelum dia menyambung kembali, "Ibu tak paksa untuk Fatima terima dia sebagai teman hidup, sebagai suami. Cukup la layan dia elok-elok sebagai teman rapat. Tak mahu la tunjuk muka masam tu je bila Syed datang. Tak elok tau". Ibu proceed to softly pinch my right cheek.

         "Entah akak ni. Kau tu dah tua, kak. Cari la lelaki buat ajak jadi suami. Kalau aku jadi kau lah kan, kak, aku terima je tau pinangan Encik Syed tu".

         "Kau je la pergi kahwin dengan dia, Qaseh!". Ketawa besar aku di hujung kata ku. Eleh, baru 17 tahun, dah sibuk nak fikir pasal kahwin. Seram aku dengan budak-budak zaman sekarang!

HARI-HARI tengok muka sama je. Dah naik muak aku! Eh, bukan tengok. Maksud aku, hari-hari orang yang sama je datang. Dia ni takde kerja ke? Bukan ke dia kerja dekat pejabat.

         "Awak-".
 
         "Awak ni takde kerja ke asyik datang tengok saya?". Dia ketawa. Belum sempat aku mengajukan soalan ku, dia terlebih dahulu menyebutnya. Seperti tahu-tahu sahaja apa yang aku nak tanya.

         "Aku dah tahu la kau nak tanya apa. Nak tahu sangat kan, ya, aku ada kerja tapi semua tu aku campak dekat atas bahu P.A aku. Jadi, kalau kau kesian kan dia, cepat-cepat la terima pinangan aku. Baru ringan sikit kerja dia". Dia ketawa lagi. Aih, aku pula yang kena? Kesian betul siapa yang jadi pembantu peribadi dia itu.

        "Ni satu lagi soalan".

         "Apa?".

         "Kenapa Encik Syed dah tak guna panggilan 'saya-awak'? Rasa macam tak ikhlas bila dengar Encik Syed bercakap guna 'aku-kau'. Dulu elok je bersopan santun". Aku memcebik. Muka ku dipaling kan ke luar tingkap rumah ku itu.

         "Entah. Aku lagi suka guna 'aku-kau'. Kenapa, kau tak suka ke?".

          "Tak la. Saya tanya je. Malas lah nak bercakap pasal ni lagi, kan tak pasal-pasal jadi isu besar". Syed ni bukannya boleh dijangka orangnya. Mana taknya, beberapa hari lepas, isu promise ring pon jadi bahasan parlimennya. Katanya, kenapa aku tak pakai cincin yang dia bagi haritu. Aku jawab lah yang aku simpan, takut hilang. Terus bermasam muka sepanjang hari tu. Tunggu ayah pujuk dulu, baru okay.

         Ya, ayah! Dan bercakap pasal ayah dan dia, semenjak kebelakangan ini, mereka sudah sepertinya menjadi sahabat baik. Teman rapat. Best friend forever lah katakan. Setiap kali datang rumah, kalau malam lah, akan sentiasa dia lepak dengan ayah dahulu. Berpuluh minit lamanya.

         "Aku tak cakap pon nak besarkan isu ni".

        "Tengok tu! Ada je nak sambung kan? Cuba awak tutup mulut awak. Sebab bila awak buka, awak bercakap benda-benda bodo-". Aku mengulang kembali percakapan salah seorang karakter di dalam sebuah drama Melayu tetapi berhenti pada perkataan terakhirnya.

       " Nanti kalau aku diam-".

        Ya Allah! Ada lagi nak sambung? Apa masalah dia ni? Dulu masa mula-mula jumpa, nampak macam diam. MACAM DIAM. Bila dah kenal lama sikit, LAMA SIKIT, mulut dia tu, kalau orang bercakap, ada je nak sambung.

          "Okay-okay, aku diam, lepasni lah tapi. Sekarang ni aku tanya kau, nak keluar dengan aku tak? Kalau kau jawab tak, aku bagitahu ayah". Sikit-sikit bagitahu ayah, sikit-sikit bagitahu ayah, ish!

          "Pergi mana?". Kerana takut dibebel ayah, aku ringankan mulut untuk bertanya.

         "Dinner nanti dengan  client aku".

          "Apa pula? Tu client awak, kenapa saya pula yang kena ikut? Malas la".

          "Ayah! Tengok Fatima ni!". Ya Allah, kau sumpah lah lelaki ni jadi batu. Bagi dia diam sikit.

          "Okay-okay, saya ikut. Jangan lah bagitahu ayah". Tangan ku mencuba-cuba untuk menutup mulutnya.

         "Aip, jangan sentuh. Belum kahwin ni. Nanti lepas kahwin, sentuh la apa kau nak pon. Sekarang ni, no no no". Dia menolak tangan ku menggunakan satu daripada jarinya.

          "Satu lagi, ayah mana ada dekat rumah. Aku saja je takutkan kau. Kau ikut eh? Kau dah cakap nak ikut tadi". Terkekek-kekek dia ketawa. Seronok sangat mainkan aku?

           "Seronok ke mainkan saya? Ni belum kahwin lagi, kalau kahwin nanti awak mainkan hati saya pula macam mana?".

         Terus berhenti ketawanya apabila terdengar soalan ku. Dia diam dahulu sebelum berkata, "Kenapa sampai ke situ pula ni? Aku tak akan pernah mainkan hati kau, Fatima. Bukti apa lagi yang kau nak untuk kau tahu yang aku cintakan kau?". Kata-katanya mulai serius.

           Air mata ku bergenang lalu aku berkata, "Saya nak tengok muka awak. Saya nak tahu seikhlas mana awak daripada riak wajah awak".

          Terkesima dia sesudah mendengar permintaan mengarut aku itu. Mungkin dia rasa yang permintaan ini terlalu berat.

          "Kau cakap je tarikh kau nak buat operation, aku akan cari penderma". Bersungguh-sungguh dia berkata. Ya Allah, demi cinta sanggup dia lakukan semua ini? Demi aku? Sejauj itu cinta dia kepada ku?

(a/n: SELAMAT TAHUN BARU, SAYANG-SAYANG KU!)
   

MAWAR FATIMA ||©Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz