5- Deal Lolipop

626 24 14
                                    

BAJU oversized berpoket yang gayanya seperti baju melayu, aku kenakan seluar palazo. Kedua-duanya cantik bewarna kulit ataupun putih susu. Tudung bawal putih menjadi pilihan ku untuk hari ini. Malas lah nak belit-belit shawl, rasa serabut pula.

        Beg galas kecil ku yang bewarna putih aku itu galas dan tongkat ku yang berada di tepi katil ku itu aku ambil, terus langkah ku perlahan-lahan berjalan keluar daripada bilik ku itu dengan bantuan tongkat 'ajaib' ku itu. Oh, tak lupa juga sebuah paper bag yang berisikan kot yang diberikan oleh lelaki itu semalam.

        Kenapa aku bagi balik?

        Sebab, selepas aku rasa huruf-huruf yang terukir di atas kolar kot itu, aku rasa tak pantas untuk aku ambil baju semahal itu. Louis Vuitton, itu yang tertulis di sepanjang sisi kolar kot yang dikatakan bewarna putih itu.

"AMBIL la balik, saya tak nak ambil baju mahal-mahal macam ni". Tangan ku didepakan ke depan, menghulur beg kertas yang dipegang.

       "Mana Cik Fatima tahu yang tu baju mahal?". Dia masih lagi tidak menyambut pemberian ku. Sedikit sebanyak membuatkan tangan ku lenguh.

       "Saya rasa dengan tangan huruf yang terukir dekat kolar dia. Tertulis 'Louis Vuitton' dekat situ. Confirm-confirm lah baju mahal. Saya tak nak ambil baju mahal ora-".

        "Ambil je Fatima. Syed ada banyak lagi baju macam tu, dia ni jenis pemurah".

      "Siapa tu?". Dahi ku berkerut, aku bertanya tatkala mendengar suara asing yang muncul di sekitar ku sebentar tadi. Entah di belakang, depan atau sisi ku.

       "Mama, panggil je mama. Mama ni ibu kepada Syed, anak tunggal mama".

      Oh, ibu Encik Syed ni rupanya.

       "Oh, ibu Encik Syed ke? Aunty mesti cantik kan?". Tangan ku meletakkan beg kertas tadi ke lantai dan cuba untuk mencapai tangan wanita itu untuk disalami.

        "Panggil je mama. Haah, Syed ni satu-satunya anak mama. Dah lama single, kalau berminat, Fatima boleh roger mama". Wanita itu ketawa perlahan, menyakat anaknya.

        Baru sehari jumpa, dah suruh kahwin. Tak nak aku, muka pon tak kenal! Entah-entah anak dia ni duda tua ke? Ha, tak ke haru jadinya tu?

       "Duduk la, Fatima. Kita bincang". Wanita yang menyuruh aku untuk memanggil nya 'mama' itu memimpin aku untuk menjemput ku duduk di atas sofa lembutnya.

"JADI, macam mana Fatima? Fatima nak tak kerja dengan mama? Senang je, Fatima temankan mama je. Sembang-sembang dengan mama. Kalau bosan, Fatima boleh baca buku-buku Braille, nanti mama suruh Syed beli. Lepastu, hujung minggu, Syed boleh ajarkan Fatima main violin balik". Panjang lebar mama cuba untuk memujuk ku. Bersungguh betul dia nak aku jadi peneman dia.

        "Fatima kena tidur sini ke, mama?".

        "Its up to you, dear. Kalau nak tidur sini, nanti mama suruh maid kemaskan bilik. Kalau tak nak, Syed boleh tolong hantar pergi dan balik. Betul tak Syed Mikhael Putra?". Nama panjang terus disebut oleh mamanya. Barangkali nak paksa anak terunanya itu memberikan kata sepakat.

      " Betul ma, 100 markah untuk anda!". Eh, eh lelaki ni.

      " Jangan lah main-main, Syed. Mama cubit nanti". Lah, comel je mama ni.

      "Syed tak main-main la mama. Ikut Fatima jela, kalau dia nak pergi balik dengan Syed, Syed okay je. Kalau nak tidur sini, melompat-lompat Syed suka. Boleh tengok muka Fatima setiap masa".

MAWAR FATIMA ||©حيث تعيش القصص. اكتشف الآن