20- Fiancé

436 19 2
                                    

"SYED ada dekat luar tu, Fatima. Fatima nak jumpa dia?". Mama bertanya sebaik sahaja dia menyarung cincin bewarna emas itu ke jari manis tangan kiri ku.

        Cincin? Ya, tepat seperti apa yang dijanjikan oleh lelaki itu, kami melangsungkan majlis pertunangan dua minggu setelah dia menghantar rombongan meminang kepada keluarga ku.

       "Encik Syed ada dekat luar?".

       "Apa pula panggil bakal suami sendiri, 'encik'. Panggil la 'sayang' ke, 'baby' ke?". Candace kalau bahagian menyakat orang, memang nombor satu. Sama la dengan Izzat tu. Nasib baik kembar dia yang lain mak, lain ayah tu tak datang harini. Katanya, ibunya demam. Kena lah teman.

       " Macam korang tak kenal kakak Qaseh ni, bukannya nak panggil boss macam tu. Mungkin kalau dia dengan boss berdua, dia boleh panggil macam tu". Qaseh menolak-nolak bahu ku lembut. Ha, dia ni boleh lah juga geng dengan Candace dan Izzat. Sekepala je ketiga-tiga orang ni.

        "Pandai je korang nak sakat Si Fatima ni kan? Tengok, dah merah dah pipi dia". Mama ketawa.

        Lalu sebelah tangannya dibawa ke belakang kepala ku, ditariknya kepala ku untuk mendekatinya dan bibirnya dilekapkan lembut ke dahi ku.

         Seraya itu dia berkata, "Terima kasih Fatima. Terima kasih sebab sanggup terima Syed, anak mama. Mama bersyukur sangat".

       "Mama, jangan lah nangis". Dapat ku rasa kan titisan air mata wanita itu terjatuh ke atas belakang telapak tangan ku. Suam sahaja suhunya.

        "Macam mana mama tak nangis. Mama gembira sangat. Kalau Fatima nak tahu, Syed tu setiap kali balik rumah selepas jumpa Fatima, mesti dia cerita macam-macam pasal Fatima dekat mama. Kalau mama tengah lipat kain dalam bilik, dia ikut sampai dalam bilik. Kalau mama tengah masak, dia duduk atas kitchen counter tu, goyang-goyang kaki sambil bercerita pasal Fatima. That man is really in love with you. Bila Fatima dah bertunang dengan Syed ni, mama terlalu happy. Ha, sebab tu lah mama nangis ni. Syed tu satu-satunya anak mama, mama nak juga tengok dia gembira since he lost his big smile long time ago".

        Kata-kata terakhir mama betul-betul menyedarkan aku. Tak semua manusia di atas dunia ini memiliki masa muda yang sempurna. Kalau aku, Allah menarik nikmat penglihatan aku, akan tetapi hidup ku senang, bahagia. Kalau Syed, dia masih boleh melihat, namun, masa remajanya tak begitu menyenangkan.

        Deringan telefon seseorang, menyedarkan aku daripada apa yang aku fikirkan ketika itu.

        "Ni, anak mama dah telefon". Oh, telefon mama rupanya.

        "Hello ma. Mana tunang Syed, Syed nak jumpa dia". Jelas kedengaran suaranya di corong telefon mama yang sengaja diperbesarkan suara sang pemanggil itu.

        "Sabar la, Syed. Gelabah lah awak ni, nanti mama bawa lah keluar". Mama mencebik.

        "Cepat la ma, Syed rindu ni". Tak semena-mena rona merah mulai bermunculan di segenap ruang pipi ku.

         "Yela-yela, mama dah siap sarung cincin ni. Awak tunggu la dekat luar, nanti mama bawa tunang kesayangan awak ini".

       Ya Allah, ini kah dinamakan cinta? Berbunga-bunga terasa hati ku. Ini kah yang dinamakan jodoh yang tepat?

        "Okay, ma. Sayang mama!".

         "Hm". Dengan kata akhir itu, mama terus meletakkan gagang. Tangan aku dipaut oleh tangan miliknya membuatkan aku sedikit terkejut.

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now