11- Maaf? Kesalahan? Cinta? Kahwin?

468 22 0
                                    

"SORRY, Fatima. Ni, daisies untuk awak". Bersungguh-sungguh dia cuba memujuk ku. Punya la tak nak kasi aku merajuk. Macam la aku nak sangat nak merajuk dengan dia. Huh!

        "Tak nak".

        "Ambil la dulu".

         Kerana terpaksa, aku relakan juga. Tangan ku mencapai bunga yang diberikan. Tangan ku menyentuh lembut setiap kuntum bunga yang diberikan. Kelopaknya lembut, baunya tak kalah wangi juga. Sebab itu lah, bunga daisy ialah bunga kegemaran aku. Warnanya yang putih suci mengingatkan aku tentang keikhlasan. Keikhlasan dalam memaafkan orang, mungkin?

         Usapan ku di jambangan bunga itu terhenti di bahagian tengahnya. Terasa seperti ada kotak kecil di situ. Bermaterial baldu? Mungkin.

         "Apeni?".

         "Saya tak paksa awak tapi, Cik Fatima. Su-".

         Oh, i know where is this going and thats why i cut him off first.

         "Maaf. Kenapa secara tiba-tiba awak tanya ni?". Aku menolak kembali jambangan bunga itu ke dalam pegangannya.

         Namun, dia terdiam. Tiada satu pon kata yang terkeluar daripada mulutnya. Persoalannya sekarang, kenapa dia nak kahwin dengan aku? Sampai tergesa-gesa macam ni sekali? Bukan aku ni ada buat maksiat ke apa dengan dia. Mana taknya, baru kenal tak sampai sebulan, dah ajak kahwin.

          "Kenapa awak nak kahwin dengan saya, Syed? Saya tak sempurna, saya tak boleh melihat. Lagi pula, kita baru je kenal kan?".

         "Tak salah nak mencuba kan? Saya tak kisah berapa banyak kali awak nak tolak pinangan saya, saya akan terus cuba sampai lah awak setuju. Sa-".

          "Kenapa awak nak kahwin dengan saya, Syed?". Kata-kata ku memotong percakapannya sekali lagi.

         "Saya rasa bersalah dan saya nak lindungi awak".

          "What makes you feel guilty towards me?". Aku bertanya lagi dan lagi. Daripada semalam lagi aku tak faham. Apa salah dia kepada ku? Kenapa dia asyik minta maaf dan cakap dia rasa bersalah terhadap ku? Begitu banyak persoalan bermain di fikiran ku berkisar tentang lelaki yang baru aku temui belum sampai sebulan ini.

          Namun, dia diam lagi. Ah! Aku dah bosan dengan perilakunya setiap kali aku bertanya tentang hal ini. Bukannya dia nak jawab. Malahan, dia diam membatu. Seolah-olah ada rahsia yang tak patut dibongkarkan.

         "Kenapa awak diam? Kesalahan apa yang awak dah buat kepada saya sampai awak rasa bersalah sampai sekarang? Besar sangat ke kesalahan tu? Kenapa awak tak nak cakap dekat saya?".

         "Tolong, Fatima. Kahwin dengan aku. Kalau tak, rasa bersalah tu akan hantui aku untuk selama-lamanya".

          "Rasa bersalah apa, Encik Syed?! Cakap la, kalau tak macam mana saya nak tahu. Macam mana saya nak kahwin dengan orang yang niatnya tak jelas". Suara ku naik seoktaf.

         Dia diam lagi.

         Niat dia untuk memujuk aku kerana memanggil ku dengan panggilan 'stupid girl' semalam bertukar menjadi drama murahan.

          "Atau, awak memang kenal saya? Perjumpaan di kafe haritu bukan perjumpaan pertama kita?".

         "Tak, aku tak kenal kau". He hesitated saying those phrases.

          "Jujur dengan saya". Aku berdiri tegak di hadapannya. Dada ku turun naik, berdebar ingin mengetahui kebenaran. Kebenaran tentang apa yang dia sedang sembunyikan.

         "DIAM, FATIMA!". Dada ku seumpama tersentak ke belakang. Suara kuatnya yang menengking ku itu, berjaya membuatkan aku terkejut besar.

         "Baik. Kalau awak tak nak jujur, then i quit. Awak tak perlu ajar saya main violin lagi. Kenapa? Sebab saya tak suka ditipu. Saya tak suka orang yang tak jujur dengan saya. Saya hanya tanya, kita pernah kenal ke sebelum ni? Susah sangat ke awak nak jawab soalan tu? Kalau awak betul-betul nak kahwin dengan saya, awak patut jujur. Susah sangat ke?".

        " Saya minta maaf, Fatima. Tapi buat masa ni, itu je yang mampu saya cakap. Saya hanya boleh ungkapkan kata maaf itu sahaja. Im sorry but im not ready". Dia bersuara lembut semula.

         "Then, sama la. Saya pon tak bersedia untuk semua ni. Kahwin? Saya tak pernah terfikir pon pasal kahwin. Apatah lagi dengan orang sesempurna awak". Jap, aku ada terlepas cakap.

         "Apa maksud awak, 'sempurna'?".

         "A normal human".

          "None of humans are perfect in this world. I am not perfect. Kita hanya berbeza sedikit daripada segi fizikal. Tapi hati, siapa tahu?". Betul kata dia. Memang dia siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Semua manusia ada kekurangan. Termasuk aku dan dia.

         " Awak cintakan saya?". Betapa tak malunya aku bertanya soalan sebegitu rupa. Ah, what were you thinking, Fatima!? Aku memarahi diri ku sendiri.

          Entah berapa kali untuk hari itu, Encik Syed Mikhael Putra terdiam. Banyak betul soalan yang diajukan oleh aku yang dia tidak boleh memberikan jawapan yang sebetulnya. Susah sangat ke soalan aku? Bukan soalan Matematik Tambahan pon, nak kena kira dua, tiga muka surat baru boleh dapat jawapan.

        "For me, marriage without love is nothing. Awak pernah cakap dulu yang awak akan buat saya jatuh cinta dengan awak. But instead of that, teach yourself to love me first. Sebab pada akhirnya, saya tak nak jadi satu-satunya orang yang berharap lebih dalam perkahwinan kita nanti. But love is not easy as you think, Encik Syed. Perlukan banyak pengorbanan dan air mata untuk dapat kebahagiaan. Sebab itulah, sepanjang 27 tahun saya hidup, i have never had my first love story and if you can be my first and last love, trust me, i will love you forever". Dan dengan ayat terakhir itu, kata-kata ku terhenti di situ.

         "Kalau awak rasa tak mampu, then don't bother to try. Assalamualaikum". Salam diberikan. Aku lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Meinggalkan dia sendiri.

"WAALAIKUMUSALLAM". Sebaik sahaja dia mengunci pintu rumahnya, aku menjawab salam yang dilontarkan sebentar tadi.

          Rasa bersalah itu semakin meruap setiap kali aku melihat wajahnya, mendengar suara lembutnya. Setiap kali aku melihat tangannya memegang tongkat yang membantu dia untuk mengetahui arah jalannya itu. I can't help myself to not to cry after seeing all of those little things.

          "Maafkan aku, Mawar Fatima".

          Klik!

          Bunyi pintu di belakang ku dibuka semula, membuatkan aku cepat-cepat berpaling.

          Muncul lah adik Fatima, Qaseh. Tangannya dihulurkan kepada ku. Ada sebiji lolipop kecil di genggam oleh dua daripada lima jari tangan kanannya.

         "Ambil lah ni, kakak yang beri. Kakak cakap, unless you got the answer, you don't have to come here again. Selamat berjaya, boss!". Lupa pula aku yang Si Qaseh ni pekerja separuh masa ni syarikat aku.

         "Terima kasih, Qaseh. Saya balik dulu".

         "Okay, Encik Syed. Hati-hati!". Aku mengangkat tangan ku, melambai ke arahnya. Begitu juga dia.

(a/n: hm... apa pendapat anda?)

        

        

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now