35- Mawar Fatima (final)

1.1K 26 3
                                    

Setahun kemudian,

DARIPADA kejauhan aku memerhatikan kedai yang penuh dengan pelanggan itu. Maju betul perniagaan bunga sekarang. Tak sangka ya, zaman sekarang ada lagi yang membeli bunga untuk orang tersayang. Ingat kan dah takde.

          Aku mengorakkan lagi langkah ku ke arah kedai itu. Niat aku sudah diperkukuhkan. Benteng rindu telah runtuh. Tidak tahan lagi. Tidak sanggup lagi aku menahan rindu terhadap dia. Dah setahun aku tak tatap wajah dia. Wajah manis dia. Senyum dia. Ah, aku rindu sekali untuk melihat dia tersenyum. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku untuk bertemu dengannya pada hari ini. Kau lembutkan lah hatinya untuk memaafkan aku, Ya Allah.

            Nafas ku hela perlahan. Langkah semakin aku lajukan.

SELANGKAH sahaja aku masuk ke dalam kedai bunga yang nampaknya sudah sedikit diubah suai itu, telinga ku terus menangkap sebuah melodi indah. Melodi indah daripada violin yang dimainkan oleh seseorang. Fatima mungkin?

           "Ya, Encik. Encik nak beli bunga apa? Boleh saya bantu?". Soal salah seorang daripada pekerja di situ. Dia adalah seorang perempuan bertudung. Bukan lagi Candace mahupun Izzat. Mungkin mereka sudah berhenti kerja. Dah kahwin agaknya. Kot la.

            "Siapa yang main violin tu?". Aku bertanya.

             "Oh itu? Itu para pelajar Cik Fatima".

              Pelajar?

              Seperti tahu apa yang sedang difikirkan oleh ku, gadis muda yang berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudiannya berbicara lagi, "Sebenarnya, dekat tingkat atas bangunan kedai bunga ni, Cik Fatima ada bangunan sebuah kelab violin. Yuran setiap bulan tak perlu bayar pon. Bagi yang betul-betul baru nak belajar, violin-violin baru sudah disediakan. Kalau encik nak ikut kelas kami, boleh naik ke atas dan mendaftar ya?". Gadis itu menghidangkan senyuman manis kepada ku.

           Bersungguh-sungguh dia cuba untuk mempromosikan kelas violin ajaran majikannya itu.

           "Tutor violin tu, Cik Fatima lah ya?". Aku bertanya lagi. Seumpama berminat.

            "Ya, encik. Kalau encik berminat, encik boleh berjumpa dengan dia. Dia ada dekat atas, tengah menulis novel agaknya". Multitalented. Main violin boleh, tulis novel boleh, jaga kedai bunga pon boleh. Antara beberapa sebab mengapa aku menyukaikan dirinya. Mengapa aku jatuh hati terhadapnya.

              "Sekarang boleh ke?".

              Gadis itu mengangguk.

              "Hm, saya pergi ya? Tapi, awak tolong bungkus kan bunga daisy boleh? Saya nak beli". Sempat lagi aku mengajukan pesanan ku. Bunga daisy. Bunga kegemaran Fatima. Namanya sahaja Mawar. Sukanya pada bunga daisy. Katanya, kerana bunga itu bewarna putih. Melambangkan keikhlasan. Keikhlasan dalam memaafkan, mungkin?

              "Boleh, encik. Sila naik tangga tu, ya?". Dia menundingkan jarinya ke arah sebuah tangga yang menuju ke tingkat atas bangunan dua tingkat itu. Sudah dinaik taraf ya? Dulu satu tingkat je. Satu tahun sahaja aku tinggalkan, sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh Fatima ke atas kedai ini. I am proud of you, Mawar Fatima.

           Aku tersenyum bangga sebelum mula mendaki anak tangga bewarna putih itu. Semakin tinggi mendaki, semakin indah bunyi melodi-melodi violin yang kedengaran. Klasik. Thats why i really love being a violinist. Namun, sudah lama aku tidak menyentuh alat muzik itu. Dah berkarat bakat aku agaknya. Buat bazir je. Ada bakat, tak nak guna. Tak nak asah. Ni namanya, tak reti bersyukur. Ish, ish, ish!

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now