12- 6 Doktor Cinta

419 22 5
                                    

HARI-HARI di minggu ini dimulai dengan agak janggal. Tiada lagi dia yang menjemput ku. Tiada lagi suara-suranya. Mungkin kah dia betul-betul terkesan dengan apa yang aku cakap sebelum ini? Tapi betul lah, kan? Marriage without love is nothing.

          Takkan la nanti kalau kitorang dah kahwin, hanya aku sahaja yang ada perasaan dekat dia. Tapi dia? Kahwin dengan aku hanya sebab rasa bersalah yang aku sama sekali tak tahu kenapa dan sebab nak jaga aku. Alasan apakah itu?

          Dah la, aku malas nak fikir. Baik aku pergi beli bunga, nak kasi dekat Kak Wawa sebab dah lama tak pergi kafe miliknya itu.

         Seperti biasa, sampai je di kedai itu, Candace akan memimpin tangan ku untuk membawa aku masuk ke dalam. Bunga-bunga yang ada di sisi ku, diperkatakan ciri-ciri istimewanya oleh Candace  untuk menarik minta aku. Namun, peribadi ku hanya tertarik pada bunga daisy. Bunga putih yang cantik.

          "Fatima ni selalu beli daisy, tak nak beli bunga lain ke? F'Rose Flower Shop ni ada jual banyak bunga tau". Izzat cuba untuk membujuk ku. Membuatkan aku berfikir sebentar.

         "Hm, okay la kalau macam tu. Fatima nak...".

          Kedua-dua daripada mereka bersedia, menunggu jawapan aku.

          "Baby breath...".
         "Baby breath...".

         Kepala ku automatik aku paling kan ke arah suara yang sama jawapannya dengan aku itu.

         "Tuan Muda nak baby breath juga?". Candace bersuara. 'Tuan Muda'? Encik Syed ke itu?

          "Ya, i wanna give them to my mother. She's sick". Suaranya perlahan, namun tetap boleh ku dengar. Aunty Roziah sakit? Sakit apa? Daripada suara lirih Encik Syed itu, aku tahu dia sedang bersedih.

          "Takpela Candace, imma stick to daisies". Aku tersenyum sedikit. Bukan apa, mana tahu kalau-kalau baby breath dah habis. Kesian pula dekat Encik Syed yang nak bagi bunga tu dekat mama dia.

          "Pasti ke ni, Fatima?".

          Aku mengangguk.

          Lalu mereka berdua, Izzat dan Candace, segera ke belakang kaunter untuk membungkus bunga-bunga yang ditempah oleh kami berdua. Meninggalkan aku bersendiri bersama lelaki itu di situ.

          Janggal. Itu sahaja yang mampu aku fikir. Tiada sebarang kata dikeluarkan. Macam bergaduh pula. Jap, aku gaduh ke dengan dia? Tak pon kan? Kenapa dia dingin je harini?

          "Awak...".
          "Fatima...".

          Suara kami bersatu lagi. Kemudiannya, terus berdiam diri lagi. Kedua-duanya seakan tidak tahu ingin berkata apa. Seakan kehilangan idea. Entah la. Aku sendiri pening.

          "Nah, daisies untuk Fatima. Baby breath untuk Tuan Muda".

           Tangan ku lantas mencapai jambangan bunga yang diberi kerana ingin cepat-cepat berlalu daripada situ. Tak mahu lagi aku berada di dalam situasi janggal itu.

"FATIMA!". Candace terjerit-jerit nama wanita itu di saat dia tersedar yang Fatima tidak sempat untuk mengambil duit baki yang ada.

         "Just let her be. Nanti dia datang balik la tu". Kata ku mendatar. Semacam tiada perasaan sahaja. Apa dah jadi dengan kau ni, Syed? Biasanya senyum sampai ke telinga setiap kali dapat tengok muka pujaan hati. Ini kenapa dingin je? Aku sendiri pelik dengan diri ku.

         "Tuan Muda dengan Fatima gaduh ke?". Straight to the point Candace bertanya.

          "Tak, tak gaduh. Biasalah, angin dingin dia datang". Seumpama menutup-nutup sahaja.

           "Tuan Muda, kalau nak pujuk or propose perempuan, kena la manis-manis sikit. Bawa dia pergi makan malam ke, bawa pergi taman ke. Kan comel tu. Yang penting, perasaan tu. Kena ikhlas. Perasaan apa, Candace?". Izzat seumpama menyuruh Candace menyambung.

            " Cinta, Tuan Muda. Saya nampak, Tuan Muda betul-betul cintakan, Fatima. Cuma tak pandai je nak ungkapkan memandangkan Tuan Muda pandang cinta ni sebagai benda yang buruk kan? Sebab apa, Izzat?". Candace menyuruh Izzat pula menyambung.

          "Sebab kisah lama Tuan Muda. Tuan Muda terikat dengan kisah tu. Rasa bersalah yang ada dalam hati Tuan Muda saya percaya, sangat susah untuk dihilangkan walaupun itu bukan salah Tuan Muda sekalipun. You are just 19, ten years ago. A normal adult teenager  yang cuba untuk lalui hari-hari yang biasa tapi kena hadapai masalah yang besar pada waktu itu. Trust me, its not your fault. Berhenti rasa bersalah kalau tak nak rasa itu makan diri sendiri".

          Terpana aku mendengar kata-kata daripada kedua-dua pekerja ku itu. Mereka begitu pandai memberikan kata-kata hikmah. Lagi-lagi bersoalkan cinta. Ha, mereka la doktornya.

         "Entah la. Saya dah tak tahu nak fikir macam mana".

         "Macam ni, Tuan Muda ambil cuti harini. Pergi la tenangkan diri. Main golf ke, membeli-belah ke. Lepastu, dah tenang, fikir-fikir kan balik apa yang saya dan Izzat cakap kan tadi. Okay?".

          "Okay, thanks Candace, Izzat. Korang berdua memang terbaik".

         "Sama-sama, Tuan Muda!".

"EILIYAH, perempuan ni kalau moody, dia nak apa sebenarnya? Nak suruh kita pujuk ke?". Aku bertanya kepada isteri kepada salah seorang teman rapat ku, Harraz.

         "Kenapa tanya saya? Mana lah saya tahu". Selamba sahaja dia menjawab sambil menghirup air oren yang ada di dalam gelas tinggi di hadapannya.

        Niatnya nak lepak dengan Harraz dan Ameer sahaja. Sekali, diorang bawa isteri diorang. Tak ke terasa macam third-wheel nya aku kat sini.

        Akhirnya, aku membuat keputusan untuk meminta nasihat daripada isteri-isteri mereka berdua. Eiliyah dan Natalia.

         "Kenapa Mika? Wife you merajuk ke?". Natalia bertanya. Sejak bila pula aku ada isteri ni?

         "Mika, kau dah ada isteri ke?". Ameer membuat riak wajah terkejutnya. Ha bagus lah tu, sekarang ni semua ingat aku dah kahwin. Padahal masih single mingle lagi. Payah, payah.

         "Bukan... Ni seseorang. Bukan isteri, bukan girlfriend. Tapi, someone. Someone special to me". Bicara ku. Ayat terakhir dibiar dalam ton suara yang paling rendah.

         "Entah la, Mika. Saya tak biasa pujuk perempuan sebab saya ni perempuan. Cuba awak tanya Harraz ni". Eiliyah menyiku lengan suaminya yang sibuk bermain game yang ada di telefonnya. Mesti main dengan Ameer tu sebab nampak Ameer pon tengah melekat matanya di skrin telefon. Bukannya nak ajak aku. Diorang tinggal aku bercakap bertiga dengan isteri diorang. Kurang asam punya kawan!

         "Ha, apedie sayang?".

         "Macam mana awak pujuk saya kalau saya merajuk?". Dia mengajukan pertanyaan kepada Harraz.

         " I akan bagi you chicken nuggets atau mana-mana makanan selain chicken nugget because you love food so much, don't you?". Dia mencuit hidung isterinya. Elelele buat-buat depan orang single ni, aku tumbuk baru tahu.

          "Entahnya Mika. You kasi je makanan, senang. Perempuan suka makanan tau". Natalia menyokong.

         "Jap, saya ada soalan". Eiliyah membuka mulut lagi.

         "Apedie?".

         "Awak cintakan dia?". Soalan yang sama. Soalan yang sama seperti yang diajukan oleh Fatima sebentar tadi. Soalan yang mampu membuatkan ku terputus kata.

(a/n: ha, ni info tambahan sikit tau. sebenarnya saya ada tulis cerita untuk Harraz dengan Eiliyah ni. Dah siap dah pon BOOK 2 dia. Cumanya... BOOK 1 dia belum siapppppp 😭 masih stuck dekat chapter 8 tapi ending dh ada and BOOK 2 dh siap. so, tak boleh publish lgi cerita Harraz dengan Eiliyah ni. BAHAHAH sorry 🙏🏻)

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now